MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Monday, November 17

PERMAINAN TARIK UPIH PINANG

Pengenalan
Tarik upih merupakan satu permainan kanak-kanak yang dimainkan oleh kanak-kanak di beberapa negara ASEAN. Upih pinang adalah pelepah atau "pangkal" daun pokok pinang. Lazimnya apabila pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh ke tanah. Ketika pelepah ini jatuh ia masih berguna. Daun pinang dari pelepah itu akan dibuang dan dijadikan hulu atau tempat untuk menarik upih tersebut.

CARA PERMAINAN
Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. Seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk dalam upih. Biasanya yang seronok adalah apabila orang menarik kita. Terasa punggung macam digeletek. Tetapi sakit juga kalau terlanggar tunggul kayu atau ketul batu.

Upih ni boleh naik seorang, dua orang, tiga orang atau berapa saja asalkan muat dan bergantung kepada saiz upih yang luruh itu. Biasanya muat setakat seorang dua saja.
Permainan upih ini seronok kalau kita adakan pertandingan atau perlumbaan. Kenalah ada ramai kawan-kawan yang jadi penarik dan "penunggang" upih. Cuma lecehnya, upih ini nak kena tunggu luruh dulu baru boleh main. Upih pula bukan luruh hari-hari atau selalu.
Biasanya yang lebih tua atau besar akan menjadi penarik, sementara yang kecil menjadi penunggangnya.
Peraturan Permainan Tarik Upih
1.      Pemain MESTI berpakaian sukan atau memakai pakaian yang sesuai.
2.      Setiap kumpulan perlu dianggotai oleh lapan (8) orang peserta iaitu;
a.       Empat (4) pemain lelaki
b.      Empat (4) pemain perempuan
3.      Dalam pasangan, seorang peserta akan menarik upih sementara seorang lagi duduk di atas upih.
4.      Pasangan pertama dikehendaki sampai di garisan pertukaran bagi pasangan kedua meneruskan perlumbaan tersebut.
5.      Pasangan akan saling berganti sehingga pasangan terakhir berjaya melintasi garisan penamat.

6.      Kumpulan yang menghabiskan perlumbaan dengan cepat dikira pemenang.