Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Permainan ini dimainkan oleh semua golongan masyarakat iaitu golongan kanak-kanak dan golongan dewasa. Ia juga dijadikan sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan dan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong.
Gambar 4: Permainan galah panjang
Permainan ini dimainkan secara dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.
Gambar 5: Jumlah pemain galah panjang
Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.
Gambar 6: Bahagian-bahagian gelanggang galah panjang
KEBAIKAN PERMAINAN GALAH PANJANG
1. Aspek Sosioemosi
Permainan ini dapat membina sosialisasi kanak-kanak tersebut. Ini kerana biasanya permainan ini akan dimainkan secara berkumpulan.Secara tidak langsung disini kanak-kanak tersebut dapat bergaul dengan masayarakat disekitarnya terutama yang sebaya dengannya.
Permainan ini memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan untuk memenangi pelawanan secara tidak langsung kanak-kanak ini dapat terdidik untuk bekerja dalam kumpulan serta memupuk sikap toleransi.Semasa bermain galah panjang, kanak-kanak akan melepaskan emosinya. Mereka akan berteriak, tertawa, dan bergerak. Kegiatan seperti ini boleh digunakan sebagai terapi untuk kanak-kanak melepaskan emosi mereka dan mereka berasa gembira.
Gambar 7: Galah panjang membina sosialisasi kanak-kanak
2. Aspek Fizikal
Permainan ini memerlukan strategi serta kepantasan pergerakan. Dengan melibatkan diri dalam permainan ini, kanak-kanak dapat membinagaya hidup yang sihat serta mendorong kepada kehidupan yang lebih harmonis. Ini kerana dewasa ini kanak-kanak sudah terdedah dengan permainan computer, jika dikaji penggunaan masa yang banyak untuk permainan cyber ini adalah sesuatu yang tidak bagus untuk kesihatan mereka amnya.
Gambar 8: Galah panjang memerlukan strategi dan kepantasan pergerakan
3. Aspek Intelektual
Permainan galah panjang ini dapat mengembangkan kecerdasan intelektual mereka. Hal ini kerana mereka perlu memikirkan strategi yang sesuai untuk menang disamping mereka diberikan pengetahuan tentang cara-cara untuk bermain.
Gambar 9 : Galah panjang mengembangkan kecerdasan intelektual kanak-Kanak.
nak "COPY"
ReplyDeletenak copy, bolehkan..
ReplyDeletenak copy blh tak...
ReplyDeletecopy jer
ReplyDeletenak copy
ReplyDeletenak copy
ReplyDeletenk c0py , b0ley ?
ReplyDelete