MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Friday, November 14

JENIS-JENIS KUIH TEMPATAN


Kuih tempatan adalah kuih yang mencerminkan kebudayaan masyarakat setempat yang menjadi turun menurun dalam kalangan masyarakat setempat.Oleh itu kuih tempatan merupakan satu hidangan yang popular dalam masyarakat setempat. Kuih tempatan dihidang untuk sajian sarapan, minum pagi, minum petang, desert dan untuk majlis keramaian.

Bahan-bahan untuk membuat kuih tempatan terdapat di persekitaran halaman rumah atau kebun di kampung-kampung. Antara bahan-bahan yang diguna untuk membuat kuih tempatan adalah seperti tepung beras, tepung pulut, kelapa, gula melaka, gula apong, ubi kayu, ubi keledek dan daun pandan.


Pelbagai kaedah digunakan untuk memasak kuih tempatan. Antaranya adalah menggoreng, mengukus, memanggang, membakar dan merebus. Kuih tempatan sangat kaya dengan karbohidrat dan lemah. Kuih tempatan ini boleh dihidang dalam dua rasa iaitu rasa savouri (pedas) dan manis. Kuih tempatan ini tidak tahan lama dan mudah cepat basi.    

a.  Kuih Tempatan Savouri
Kuih tempatan savori berkhasiat kerana mengguna sumber protein seperti ikan, daging, ayam, udang kering dan vitamin seperti sayur-sayuran.dan kekacang  Rasanya sama pedas atau masin. Perasa yang sering diguna adalah garam, serbuk kari, cili, sos dan lain-lain.

b.  Kuih Tempatan Manis
Kuih tempatan manis mengandungi banyak karbohidrat. Karbohidrat yang terdapat dalam kuih tempatan manis ini dalam bentuk kanji seperti tepung gandum dan tepung pulut;  dan gula dari gula melaka, gula pasir dan gula apong.