MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Monday, November 17

CONTOH PENGHARGAAN

Assalammualaikum w.t.b dan salam sejahtera..

Terlebih dahulu, bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana atas limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan bagi kursus ______ iaitu ________ ini. Alhamdulillah.

Seterusnya, terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah matapelajaran ini _______ atas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan tanpa jemu. Sesungguhnya tunjuk ajar yang diberikan sangat bermakna buat saya dan rakan-rakan sekelas _________ Bimbingan yang diberikan juga meningkatkan lagi semangat dan motivasi saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan bersungguh-sungguh.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya, _______  dan ______  yang tidak jemu memberi motivasi dan dorongan yang berterusan. Mereka juga banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini di mana mereka memberi sokongan padu dan juga dorongan serta semangat yang jitu tanpa henti kepada saya. Terima kasih ibu dan bapa.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak membantu sepanjang menyiapkan tugasan ini. Kehadiran rakan-rakan memberi banyak manfaat kepada saya di mana melalui perbincangan dengan kawan-kawan saya dapat menjana idea dan mengembangkan idea tersebut dengan pantas. Terima kasih sekali lagi kepada rakan-rakan.

Akhir kata dari saya, terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dalam saya menyiapkan tugasan ________ ini.  Segala bantuan, tunjuk ajar, bimbingan serta dorongan yang diberikan sangat saya hargai. Secara tak langsung, tugasan ini telah mengeratkan lagi hubungan saya dalam kumpulan dan dengan semua pihak. Oleh itu, saya membuat kesimpulan bahawa melalui tugasan ini saya telah mendapat banyak input berharga.


Sekian dan terima kasih.