MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Friday, November 14

DESSERT


Dessert dibahagikan kepada tiga  jenis iaitu (i) panas; (ii) sejuk;  dan (iii) dingin beku. Dessert dihidangkan selepas makan tengah hari atau malam untuk melengkapkan atau menyeimbangkan hidangan. Dessert juga akan memberi pelbagai warna pada hidangan dan menghilangkan rasa muak. Desert hendaklah seimbang ataupun lengkap dengan hidangan-hidangan lain. Sekiranya hidangan lain sudah berlemak, perlu dipertimbangkan hidangan dessert yang kurang berlemak.  


Dessert panas
Dessert panas hendaklah segera dihidang sebaik sahaja deserat tersebut disediakan supaya rasa dan rupanya tidak terjejas. Contoh dessert panas yang akan terjejas apabila dibiarkan terlalu lama di meja hidangan ialah souffle akan jatuh, pisang  goreng akan hilang kerangupannya dan pankek (crepe) akan menyerap sos.

Dessert Sejuk
Dessert sejuk terdiri dari kastard, jeli, puding, tat, kek dan mousse. Dessert ini dihidang dalam acuan kecil dan dihias dengan buah-buahan, coklat, kekacang, krim atau sos.

Dessert  Dingin Beku
Dessert dingin beku sangat pupolar dan disukai ramai. Dessert ini menambah variasi kepada hidangan dan sangat sesuai dihidang pada cuaca panas terutama selepas makan tengah hari.  Aiskrim, sundae adalah sherbet contoh desert dingin beku.ontoh resipi dessert dingin beku.