MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Friday, November 14

JENIS-JENIS ALATAN PENJIMAT MASA

1. Pengisar / Bleander


Mengisar makanan untuk sos, bahan sup, kacang, gula kasar, dan biji kopi, mencincang buah-buahan , sayur-sayuran untuk chutney dan jeruk; daging dan isi ikan untuk membuat pes ikan, menggaul bahan minuman seperti buah-buahan dan campuran susu. Penggunaan pengisar makanan telah menggantikan fungsi lesung batu pada ketika ini dapat mempercepatkan kerja penyediaan makanan dalam kuantiti yang lebih banyak dan lebih bersih. 

2. Pengadun
Pembancuh cangkuk digunakan untuk menggaul dan menguli adunan, pembancuh urai digunakan untuk mengenjut telur dan krim, pengadun leper dan nipis digunakan untuk memutar lemak dengan gula, ubi kentang rebus, desert sejuk, menggaul lemak dengan tepung, dan bater dengan sos.

3. Ketuhar gelombang mikro
Alat ini merupakan satu rekaan  moden yang paling senang dikendalikan dan cepat untuk proses memasak. Memasak dengan olakan gelombang mikro & menghasilkan makanan yang seakan-akan direbus atau dikukus. Mempunyai pelbagai fungsi seperti memanggang, membakar, mengrill, mengukus, merendidih, memanas makanan dan menyahbekukan makanan sejuk beku. Penggunaan alatan ini dapat mempercepatkan jangka masa memasak sehingga 50% hingga 70%.

4. Pembakar Roti
Pembakar roti digunakan untuk membakar roti agar lebih sedap, rangup dan boleh dimakan panas. Sering digunakan untuk menyediakan sarapan pagi yang cepat dan ringkas sesuai dengan keperluan gaya hidup masa kini. Alat ini sangat mudah dikendalikan. 

5. Pengadun kopi/ Cofee Maker

Pengadun kopi/ cofee maker digunakan untuk mendidihkan air, membuat air kopi dan alat ini dapat  mengekalkan kepanasan sepanjang masa. Penggunaan alat ini menghasilkan air kopi yang lebih halus dan bersih.

6. Periuk Tekanan
Merebus & mengukus makanan dengan cepat menggunakan tekanan wap yang tinggi. Semasa menggunakan periuk tekanan kita harus mengetahui peraturan dan langkah penggunaan yang betul untuk mengelakkan kemalangan/ kecederaan. Penggunaan alatan ini dapat mengurangkan jangkamasa memasak.

7. Ketuhar
Membakar kek, pastri, biskut, memanggang daging & memasak menggunakan kaserol. 

8. Periuk nasi elektrik
Periuk nasi elektrik digunakan untuk memasak nasi secara merebus, digunakan juga untuk masakan lain yang direbus seperti sup dan bubur.