Pemilihan Alatan
Penjimat Masa
1. Fikirkan sama ada alatan yang
hendak dibeli betul-betul diperlukan.
2. Pemilihan alat penjimat masa
haruslah disesuaikan dengan keperluan penggunaan dari segi kekerapan
penggunaan. Keadaan hidup masa kini yang sibuk dengan pekerjaan di pejabat
menghadkan masa untuk penyediaan makanan yang rumit. Oleh yang demekian
kebijaksanaan pemilihan alatan yang benar-benar diperlukan amat penting
agar tidak berlaku pembaziran.
3. Semasa membeli alatan harus
mengambil kira dari segi kemampuan ekonomi keluarga, jika berkemampuan
adalah lebih baik yang berjenama kerana lebih terjamin dan tahan lebih
lama.
4. Selain daripada itu harus juga
disesuaikan dengan kemudahan bekalan elektrik di kawasan kediaman.
5. Jenis alatan haruslah yang
mudah dikendalikan serta mudah dibersihkan.
6. Pemilihan juga bergantung
kepada ruang penyimpanan di bahagian dapur.