MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Friday, November 14

CARA MEMBUAT BATER

Cara membuat bater

i.              Tepung dan garam diayak bersama. Jika mengguna serbuk penaik ayakkan bersama tepung supaya ia rata.
ii.            Tepung gandum atau tepung beras boleh digunakan.
iii.           Tepung beras mudah diadun kerana ia tidak mengandungi glutin. Bater yang dibuat daripada tepung beras garing apabila digoreng. Bater mestilah cair. Jika dikukus keadaannya menjadi seperti kastard pekat apabila sejuk.
iv.           Buat lubang di tengah-tengah, masukkan telur dan sedikit air dan gaul dengan mengguna sudu kayu. Teruskan masukkan air sedikit demi sedikit dan pukul sehingga sebati. Pastikan tidak ada ketulan. Semasa proses ini udara diperangkap ke dalam adunan.
v.            Jika adunan berketul-ketul tapis. Tepung gandun akan bergentel kerana ia mengandungi glutin
vi.           Biarkan adunan seketika di tempat dingin sebelum di guna untuk melembutkan kanji.
vii.          Jika hendak mengguna bater sebagai saduran pastikan makanan  kering.
viii.        Pastikan suhu minyak sesuai apabila menggoreng. Minyak yang tidak cukup panas akan menyerap ke dalam bater menyebabkan makanan berminyak dan berat. Minyak yang terlalu panas pula akan menyebabkan bahagian luar cepat masak atau hangus tetapi bahagian dalam masih mentah.
ix.           Gunakan kertas tisu untuk menyerap minyak.