MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Friday, November 14

JENIS-JENIS MINUMAN

Minuman boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu (i) menyegar dan menghilang dahaga pada hari panas; (ii) memberi khasiat untuk tumbesaran; dan (iii) merangsang yang menyebabkan tubuh kita menjadi aktif dan menambah selera untuk makan. Minuman juga membantu proses pencernaan dan melarutkan bahan-bahan buangan di dalam badaN.

1. Minuman Menyegarkan

Minuman ini dihidang dalam keadaan sejuk untuk memuaskan dahaga dan menyegarkan. Minuman ini boleh dihidang sebelum atau selepas makan dan pada bila-bila masa. Minuman dari buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin, garam galian dan karbohidrat dalam bentuk gula dan juga sebagai bahan pelawas. Contoh minuman sejuk adalah air limau nipis, air nenas, air lamnit, jus tomato dan jus keret.

2. Minuman Merangsangkan

Minuman ini meningalkan kesan ransangan ke atas sistem saraf dan jantung. Minuman ini tidak mengandungi  khasiat nutrien melainkan jika dihidang bersama gula dan susu. Oleh itu elak daripada memberi minuman ini kepada kanak-kanak. Contoh minuman yang merangsang ialah air kopi dan air teh 

>>Air Teh
Teh mengandungi bahan perangsang ’theine’ yang sesuai untuk masa keletihan dan bahan ’tanin’  yang memberi air teh rasa pahit, mengeraskan protein dan mengandungi florida. Daun teh perlu disimpan dalam bekas yang bersih, kedap udara dan letak di tempat sejuk.  Terdapat pelbagai jenis teh iaitu teh hijau, ter berperisa dan teh segera. Teh hijau mengandungi lebih banyak tanin

>>Air Kopi
Kopi mempunyai bahan perangsang kafein. Terdapat pelbagai jenis kopi, iaitu serbuk kopi rasa lebih pahit, kopi segera tidak perlu ditapis dan kopi ’de-caffeinated’ yang kandungan kafein telah dikurangkan.

3. Minuman Berkhasiat


Susu dan koko merupakan minuman yang berkhasiat. Koko mengandungi kanji, asid folik, besi dan lemak dan sangat sesuai untuk kanak-kanak dan pesakit. Susu pula mengadungi vitamin A, B,  protein, lemak dan besi. Susu senang dihadam oleh  itu ia sangat sesuai untuk bayi, kanak-kanak, pesakit, ibu mengandung dan orang-orang tua.

Jenis-Jenis Susu

Susu cair
Separuh daripada air dalam susu ini disejatkan menjadi pekat dan kemudian ditinkan. Susu ini mengandungi lebih lemak dan boleh dicairkan dan tidak sesuai untuk bayi atau pesakit. Susu ini digunakan dalam masakan seperti membuat kek, puding, salad dan aiskrim. Contoh susu Ideal, Carnation dan F&N.

Susu pekat
Lebih daripada setengah daripada air dalam susu disejatkan dan dicampurkan dengan gula untuk memaniskannya dan mencegah pembiakan bakteria. Susu ini tdak sesuai untuk bayi kerana mengandungi banyak gula dan ia digunakan dalam masakan atau minuman. Contoh susu Milk Maid, F&N da Teapot.

Susu tepung
Semua kandungan air dalam susu disejatkan meningalkan pepejal berderai dalam bentuk tepung. Susu ini boleh disimpan lama di tin kedap udara. Susu tepung perlu dibancuh dengan air dan sesuai untuk makanan bayi, ibu mengandung, paskit dan orang-orang tua. Contoh susu Dumex, Lactogen dan Promil.

Susu segar 
Susu ini diperolehi dari lembu dan tidak boleh diberi kepada bayi kerana terlalu keras. Susu ini perlu dimasak atau melalui proses pensterilisasi sebelum diminum untuk membunuh bakteria dan menahannya daripada masam. Contoh susu Dutch Lady.