MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Thursday, February 20

Faktor Pertimbangan Untuk Pemilihan Jenis Haiwan

Tujuan Pemeliharaan
Sebagai hobi, perniagaan, sumber pendapatan dan lain-lain. Untuk tujuan perniagaan, perlukan tempat, kawasan yang luas, kuantiti yang lebih banyak berbanding pemeliharaan sebagai hobi. Kucing, hamster sesuai untuk kanak-kanak, penyelengaraan mudah dan tidak melibatkan kos yang tinggi.

Gaya Hidup Bakal Pemelihara
Gaya hidup yang sibuk, sentiasa out station dan lain-lain. Gaya hidup yang sibuk mungkin menyebabkan kebajikan haiwan peliharaan dan ikan hiasan akan terabai. Waktu pemberian makanan tidak menentu, sangkar tidak dijaga dengan rapi dll. Pemelihara yang tidak penyayang, akan menganiaya haiwan.

Tabiat semula jadi haiwan
Ada haiwan yang lincah dan menjadi haiwan penggerit seperti hamster. Selain itu ada juga haiwan kesayangan yang mungkin di bela kerana ianya manja, licik, mencakar, pemangsa, garang dan berani.

Kos
Kos membeli atau membina sangkar, tempat tinggal bagi haiwan yang memerlukan sangkar. manakala ikan perlukan bekas atau akuarium dan aksesori. Makanan dan makanan sampingan serta perubatan juga memerlukan kos tertentu. Sesetengah haiwan perlukan alat permainan dan lain-lain keperluan. Pemelihara perlu ada kemampuan menyediakan tempat tinggal dan kemudahan yang sesuai untuk ikan hiasan dan haiwan kesayangan
.
Masa
Penjagaan rutin, memberikan makanan, minuman, membersihkan sangkar dan peralatan lain seperti permainan hamster memerlukan masa dan tenaga. selain itu kita juga perlu membersihkan haiwan itu sendiri dan membersihkan akuarium, air serta aksesori.

Ruang
Kita perlu ruang yang mencukupi untuk menempatkan sangkar atau akuarium. Jika memelihara untuk perniagaan kita perlukan kawasan yang lebih luas untuk menempatkan akuarium mahupun sangkar.
Haiwan peliharan lain yang sedia ada Jika ingin memelihara ikan hiasan, haiwan peliharaan yang sedia ada seperti kucing perlu diberi perhatian. Begitu juga dengan hamster, anjing peliharaan, burung dan arnab .


CIRI-CIRI ISTIMEWA IKAN HIASAN

Ciri Istimewa Ikan Hiasan

Ciri-ciri istimewa ikan hiasan boleh dilihat melalui warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan dan jantina. Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan mampu memberii pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha ikan hiasan. Kebanyakkan ikan diselaputi oleh sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bacteria dan serangan penyakit. Kulit ikan mengandungi „chromatophoraes‟ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ikan hiasan terkenal dengan beberapa ciri istimewa. Antaranya:

a. Pergerakan
Ikan mempunyai pergerakan unik contohnya ikan mas yang bergerak perlahan dan mengasyikkan apabila kita memerhatikannya.

b. Sisik
Ikan hiasan mempunyai sisik yang cantik dan pelbagai warna mengikut spesis.Sisik nipis berlendir berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria dan serangan penyakit.

c. Saiz
Terdapat ikan hiasan yang kecil dan ada yang besar seperti ikan Kelisa mempunyai saiz badan yang besar manakala ikan Guppy mempunyai saiz yang kecil.

d. Sirip
Ada ikan sirip pendek dan ada yang sirip panjang

e. Bentuk badan
Ikan hiasan mempunyai pelbagai jenis bentuk badan seperti pipih,gemuk, pendek dan panjang. Ikan Tiger Barb mempunyai bentuk badan pipih.

f. Warna badan
Badan ikan hiasan mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik.

g. Cara makan

Ikan hiasan mempunyai bebeapa jenis spesis dan habitat. Terdapat ikan hiasan yang makan makanan hidup dan makanan kering.Contoh ikan Tiger Barb makan makanan rumusan dan makanan hidup.

h. Jantina
Terdapat beberapa perkara yang membezakan jantan atau betina ikan hiasan seperti bentuk badan, warna dan saiz ikan. Ikan Angelfish dibezakan melalui bentuk badan.Ikan jantan lebih besar dan perut pipih.

i. Cara pembiakan
Ikan membiak dengan dua cara iaitu bertelur dan beranak. Tiger barb dan Guppy merupakan spesis yang beranak. Di anggarkan setiap kali kelahiran sebanyak 40-50 ekor anak ikan terhasil.Ikan Arowana bertelur dan di eram di dalam mulutnya sehingga menetas menjadi anak ikan. Ikan hiasan biasanya
bertelur di celah-celah tumbuhan akuatik.

TUJUAN DAN FAEDAH PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Tujuan Pemeliharaan Ikan Hiasan

Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan. Kegiatan
ini memerlukan pengawasan dan penjagaan yang rapi pada keseluruhan atau sebahagian dari
proses pembiakan, pengasuhan anak-anak ikan dan pembesaran atau pemeliharaan mengikut
saiz untuk mendapat keuntungan ekonomi atau pun sosial sekiranya dilakukan secara intensif.
Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan diminati kerana sifatsifat
unik dan menarik pada ikan hiasan itu mampu menarik perhatian seseorang.
Ada beberapa tujuan dan faedah memelihara ikan hiasan. Memelihara ikan hiasan dikaitkan
sebagai satu hobi yang unik. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina
ketenangan dan kesabaran seseorang.Kepelbagaian ikan-ikan hiasan dengan tabiat hidup yang
berbeza memerlukan kaedah penjagaan yang rapi dan teliti. Dengan adanya sifat keperihatinan
seperti ini dapat mewujudkan suasana kasih sayang terhadap ikan hiasan yang dipelihara.
Memelihara ikan hiasan juga boleh mendatangkan keuntungan kerana ia dapat menjana ekonomi seseorang. Aktiviti memelihara dan menjual ikan hiasan serta aksesori dapat
memberikan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha ikan hiasan.

Faedah Pemeliharaan Ikan Hiasan

Melalui kaedah penjagaan yang memerlukan ketelitian dan berbeza mengikut jenis ikan akan
melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang
mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat
hidupnya. Ikan emas dan arowana umpamanya menjadi lambang kemewahan dan tuah kepada
pemiliknya melalui sisiknya yang keemasan dan sifatnya yang agresif. Ada juga ikan yang
diguna untuk merawat penyakit atau membuang parasit dan kotoran.
Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan diminati kerana sifatsifat
unik dan menarik pada ikan hiasan itu mampu menarik perhatian seseorang. Ada
beberapa tujuan dan faedah memelihara ikan hiasan. Memelihara ikan hiasan dikaitkan sebagai
satu hobi yang unik.Hubungan sosial antara pemelihara dapat mempereratkan hubungan dalam
bertukar pendapat dalam pengetahuan mengenai ikan hiasan. Dari segi emosi, ketekunan
dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran seseorang.
Kepelbagaian ikan-ikan hiasan dengan tabiat hidup yang berbeza memerlukan kaedah
penjagaan yang rapi dan teliti.

HARI_HARI PUASA YANG DIMAKRUHKAN, DIHARAMKAN DAN DISUNATKAN




PUASA-PUASA YANG DIMAKRUHKAN
Puasa-puasa yang dimakruhkan itu ialah:
PUASA HARI JUMAAT ATAU HARI SABTU ATAU HARI AHAD SEMATA-MATA
Adalah makruh berpuasa pada hari Jumaat satu satunya sahaja tanpa di sambung sebelum atau sesudahnya dengan puasa yang lain. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Jangan kamu berpuasa pada hari Jumaat sahaja.”
(Hadits riwayat Ahmad)
Tetapi jika digabungkan puasa hari jumaat itu dengan satu hari puasa yang lain sama ada di sebelumnya atau sesudahnya, maka tidaklah dihukumkan makruh. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata, aku mendengar Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
Maksudnya: “Jangan berpuasa salah seorang daripada kamu pada hari Jumaat melainkan (dia berpuasa) sehari sebelumnya atau selepasnya.”
(Hadits riwayat Bukhari)
Adapun dihukumkan makruh hanya berpuasa sehari semata-mata pada hari Sabtu kerana hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Busr daripada saudara perempuannya sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Jangan kamu berpuasa pada hari Sabtu melainkan apa yang telah difardhukan Allah ke atas kamu. Jika seorang daripada kamu tidak mendapati (pada hari itu apa-apa makanan) melainkan satu kulit anggur atau ranting pokok, maka hendaklah dia memamahnya. (supaya kamu tidak dinamakan berpuasa pada hari itu)”
(Hadits riwayat Tirmidzi)
Maka oleh kerana itu juga dimakruhkan hanya berpuasa sehari semata-mata pada hari Ahad kerana hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Nasrani. Diriwayatkan oleh An-Nasa‘i bahawa hari-hari yang paling banyak Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan puasa ialah hari Sabtu dan Ahad (dengan bergabung), dan baginda bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya Sabtu dan Ahad adalah dua hari raya bagi orang-orang musyrik dan aku suka supaya aku menyalahi mereka.” (Lihat Mughni Al-Muhtaj 1/603 dan Tuhfah Al-Muhtaj 3/458)
Jika dilakukan puasa dua hari tersebut (Sabtu dan Ahad) bersama-sama atau didahului puasa hari Sabtu itu dengan berpuasa pada hari Jumaat atau disambung puasa hari Ahad itu dengan berpuasa pada hari Isnin, maka tidaklah dihukumkan makruh kerana sedemikian itu tidak diagungkan oleh mana-mana kaum.
Dihukumkan makruh berpuasa sehari semata-mata pada tiga hari tersebut (Jumaat, Sabtu dan Ahad) apabila tidak ada sebab lain yang dianjurkan untuk berpuasa. Apabila ada sebab lain yang menganjurkan untuk berpuasa seperti bertepatan hari tersebut dengan puasa hari Arafah, ‘Asyura’ atau hari tersebut bertepatan dengan puasa orang yang melakukan puasa Nabi Daud (berpuasa sehari dan berbuka sehari) atau ia melakukan puasa pada hari tersebut kerana puasa qadha atau nazar, tidaklah dihukumkan makruh. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berkata:
Maksudnya: “Jangan kamu mengkhususkan pada malam Jumaat untuk mendirikan sembahyang (malam) daripada malam-malam yang lain, dan jangan kamu mengkhususkan pada hari Jumaat untuk berpuasa daripada hari-hari yang lain kecuali satu puasa yang (kebetulan bertepatan) seorang di antara kamu berpuasa (pada hari itu).” (Lihat Mughni Al-Muhtaj 1/603, Fath Al-‘Allam 4/165 dan Syarh Shahih Muslim 4274)
(Hadits riwayat Muslim)
PUASA SEPANJANG TAHUN  SELAIN DUA HARI RAYA
DAN HARI-HARI TASYRIQ
Adalah makruh hukumnya berpuasa sepanjang tahun selain dua hari raya dan hari-hari Tasyriq bagi sesiapa yang takut akan kemudaratan atau terabai hak sama ada yang wajib atau yang sunat. Diriwayatkan daripada ‘Atha bahawa Al-‘Abbas, seorang ahli syair mengkhabarkan kepadanya bahawa dia mendengar Abdullah bin ‘Amr Radhiallahu ‘anhuma berkata:
Maksudnya: “Telah sampai kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawasanya aku terus menerus berpuasa dan mengerjakan sembahyang malam. Sama ada baginda mengutus seseorang kepadaku (untuk berjumpa baginda) atau aku sendiri yang menemui baginda. Maka baginda bersabda: “Benarkah adanya dikhabarkan bahawa engkau berpuasa dan tidak berbuka dan engkau mengerjakan sembahyanag malam dan tidak tidur? Puasalah sehari dan berbukalah sehari, dan dirikanlah sembahyang malam dan tidurlah, sesungguhnya bagi dua matamu ke atasmu mempunyai bahagian hak dan sesungguhnya bagi dirimu dan keluargamu ke atasmu mempunyai bahagian hak” Dia berkata: “Sesungguhnya aku mempunyai kekuatan untuk mengerjakan sedemikian” Baginda bersabda: Berpuasalah seperti puasa Nabi Daud ‘Alaihissalam” Dia berkata: “Bagaimana (puasa Nabi Daud ‘alaihissalam)?” Baginda bersabda: “Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari dan dia tidak lari apabila bertemu musuh (tetap segar dalam menghadapi musuh di medan pertempuran) Dia berkata: “Aku harus bagaimana (dalam hal ini) wahai Nabi Allah?” ‘Atha berkata: “Aku tidak mengetahui bagaimana disebut perihal puasa sepanjang masa”. Nabi bersabda sebanyak dua kali: “Tidak dianggap berpuasa sesiapa yang berpuasa sepanjang masa.”
(Hadits riwayat Bukhari)
Tetapi bagi sesiapa yang tidak takut akan kemudaratan dan perkara-perkara yang boleh membawa kepada pengabaian hak-hak, tidaklah dihukumkan makruh berpuasa bahkan disunatkan. (Lihat Mugni Al-Muhtaj 1/603 dan Fath Al-Allam 4/165)
PUASA YANG DIHARAMKAN
Puasa yang diharamkan itu ialah:
Puasa pada hari raya Aidilfitri, Aidiladha dan hari-hari Tasyriq
Adalah diharamkan berpuasa pada hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha dan pada hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata:
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah berpuasa dua hari iaitu hari raya Adha dan hari raya fitri.”
(Hadits riwayat Muslim)
Manakala daripada Nubaisyah Al-Hadzali berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Hari-hari Tasyriq adalah hari-hari makan dan minum (bukan hari berpuasa).”
(Hadits riwayat Muslim)
Puasa pada hari Syak dan hari-hari separuh yang kedua bulan Sya‘ban
Adalah haram berpuasa sunat pada hari Syak iaitu pada 30 haribulan Sya‘ban yang tersebar berita di kalangan orang bahawa anak bulan Ramadan telah dilihat, akan tetapi tidak disabitkan oleh hakim (pemerintah) kerana tidak dipersaksikan penglihatan anak bulan itu oleh seorang yang adil atau ianya dipersaksikan oleh dua orang kanak-kanak atau beberapa orang perempuan atau seorang hamba atau seorang fasik. Jika tidak ada tersebar berita tersebut maka tidaklah dikatakan pada hari itu adalah hari Syak bahkan ia adalah termasuk hari-hari daripada bulan Sya‘ban. Begitu juga adalah diharamkan berpuasa sunat pada hari-hari separuh yang kedua bulan Sya‘ban (16 hingga 30 Sya‘ban) tanpa ada sebab. Diriwayatkan daripada ‘Ammar bin Yasir berkata: (Lihat I‘anah Ath-Thalibin 2/309 dan Al-Qamus Al-Fiqhi 201)
Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa pada hari yang syak padanya manusia (hari Syak) maka sesungguhnya dia telah menderhakai Abu Al-Qasim Shallallahu ‘alaihi wasallam.”
(Hadits riwayat Tirmidzi)
Manakala diriwayatkan pula daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Apabila telah masuk separuh bulan Sya‘ban maka janganlah kamu berpuasa.”
(Hadits riwayat Abu Daud)
Jika seseorang itu berpuasa pada hari Syak atau pada separuh kedua bulan Sya‘ban dengan ada sebab seperti puasa qadha, nazar dan kaffarah atau kebetulan bertepatan hari syak itu dengan puasa yang pada adatnya dia berpuasa seperti puasa hari Isnin dan Khamis dan puasa sehari dan berbuka sehari atau dia telah berpuasa pada 15 Sya‘ban dan berterusan puasanya itu tanpa berbuka hingga ke hari Syak, maka baginya dibolehkan berpuasa pada hari Syak dan separuh kedua bulan Sya‘ban itu. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: (Lihat I‘anah Ath-Thalibin 2/309 dan Fath Al-‘Allam 4/151-152)
Maksudnya: “Jangan kamu dahului bulan Ramadan itu dengan berpuasa sehari dan juga dua hari melainkan puasa seseorang yang (kebetulan bertepatan) dia berpuasa (pada adatnya hari itu).
(Hadits riwayat Muslim)
Puasa seorang isteri tanpa
keizinan suaminya yang berada di dalam negeri
Adalah haram bagi seorang isteri berpuasa sunat atau puasa qadha muwassa‘ (yang mempunyai masa yang panjang lagi untuk diqadha) tanpa keizinan suaminya yang berada di dalam negeri. Ini adalah berdasarkan hadits yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: (Lihat Tuhfah Al-Muhtaj 3/461)
Maksudnya: “Janganlah seorang perempuan (isteri) berpuasa sedangkan suami ada (di dalam negeri) melainkan dengan keizinan suami; dan janganlah dia mengizinkan (orang lain) masuk rumah suami sedangkan suami ada, melainkan dengan keizinan suami; dan apa pun yang dia nafkahkan dari hasil kerja suami tanpa perintah suami, maka separuh pahala itu adalah bagi suami.”
(Hadits riwayat Muslim)
Demikianlah disebutkan puasa-puasa yang sunat, makruh dan haram. Di antaranya ada yang dihubungkan hukumnya sama ada sunat, makruh dan haram dengan bersempenakan hari-hari tertentu dan ada pula dihubungkan hukumnya sama ada sunat, makruh dan haram dengan keadaan diri orang yang berpuasa. Semoga ia akan menjadi panduan dan rujukan ringkas dalam mengerjakan ibadah puasa-puasa sunat sepanjang tahun.