MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Monday, November 17

RPH KEMAHIRAN HIDUP

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5 EARTH 

Mata Pelajaran               
Kemahiran Hidup
Kelas  
5 Venus
Tarikh                             
22 Julai 2014 ( Selasa )
Masa  
11.30-12.30 pagi
Bilangan Pelajar             
32 orang
Tajuk                               
Reka Bentuk dan Penghasilan Projek.

Sub Tajuk                       

Mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula.

Pengetahuan Sedia Ada      
Murid pernah menghasilkan Projek Menara Rumah Api semasa tahun 4.
Objektif Pembelajaran
a.    Murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya satu irri bagi setiap lukisan dengan betul.
b.    Murid dapat melakar sekurang-kurangnya satu daripada tiga jenis lukisan dengan maklumat yang tepat.
Bahan Bantu Mengajar
Projek sebenar, kad manila, kertas F4,

aktiviti
meneka, melakar, perbincangan.
Pendidikan Alam Sekitar                             
Pengurusan bahan kitar semula.
Kajian Masa Depan         
Melahirkan insan yang berkemahiran dalam menghasilkan lakaran projek dan pengurusan bahan kitar semula.




Langkah /Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set induksi
(5 minit)
Pengenalan kepada tajuk soalan :
1.    Apakah bahan yang disembunyikan?
2.    Apakah kesan jika bahan yang hilang tidak dapat dikesan?
3.    Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini daripada berlaku?
Guru menunjukkan bahan projek sebenar yang belum dicantumkan.
Murid diarahkan memerhati bahan dengan teliti.
Murid diminta menutup mata, guru menyembunyikan salah satu bahan projek.
Murid diminta meneka bahan yang disembunyikan.
Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran iaitu “mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula”.
BBM:
Video

KBKK:
Membuat inferens, menjana idea

Nilai-nilai Murni:
Kerjasama dan bertanggungjawab

PAS:
Pengurusan sumber yang tidak sistematik banyak menyebaban pencemaran alam sekitar.
Langkah 1
(5 minit)
lukisan projek
definisi :
ciri-ciri :
murid duduk dalam kumpulan masing-masing.
guru menunjukkan contoh lukisan projek.
Guru menerangkan tentang definisi dan ciri-ciri lukisan projek.
guru mengagihkan lukisan projek kepada setiap kumpulan.
BBM:
Nota edaran.

KBKK:
Membuat gambaran mental, imbas kembali
Langkah  
(15 minit)
lukisan berdimensi definisi :
ciri-ciri :
Guru mengedarkan senarai bahan dan alatan kepada murid.
Guru meminta murid untuk menyenaraikan seberapa banyak alatan tangan yang murid tahu.
Guru memberi penerangan tentang jenis-jenis dan fungsi-fungsi bahan yang digunakan.
BBM:
Nota Edaran.

KBKK:
Imbas kembali, menjana idea

Nilai-nilai murni:
Mengutamakan keselamatan.
Langkah 3
(5 minit)
lukisan terlerai.
Mengedarkan kertas urutan langkah kerja kepada murid.
Memberi penerangan kepada murid tentang kepentingan langkah kerja.
1.    Guru meminta murid untuk menitikberatkan tentang kepentingan dalam mengikuti langkah kerja apabila membuat sesuatu projek.
2.    Guru meminta murid untuk memberikan akibat jika langkah kerja tidak diikuti.
BBM:
Nota Edaran.

Nilai-nilai murni:
Disiplin
Penilaian
(15 minit)
aktiviti melakar lukisan
Memberi soalan kepada murid secara rawak.
Meminta murid untuk melakarkan tiga jenis lakaran yang berkonsepkan alam sekitar.
Murid diminta untuk menjawab kesemua soalan yang diberikan oleh guru.
Setiap murid perlu melakarkan tiga lakaran projek kayu yang berkonsepkan alam sekitar.
Guru perlu memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai oleh murid.
BBM:
Kertas Lukisan,pensel.
Penutup
(5 minit)
Rumusan:
Penghasilan projek kayu menggunakan logam dan bahan kitar semula.
Mengamalkan langkah-langkah menjaga alam sekitar.
Fikirkan faedah yang dapat jika menjaga alam sekitar.
Murid dibimbing untuk membuat rumusan.
Guru menunjukkan rakaman video tentang faedah apabila alam sekitar dijaga.

Tugasan susulan:
Murid dikehendaki menyediakan
Kemahiran Berfikir:
membuat rumusan

Kajian Masa Depan:
Melahirkan insan yang berdisplin dan bekerja sama dalam menjadikan alam sekitar lebih sihat dan ceria.


: