MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Sunday, May 13

SISTEM PENDIDIKAN MALAYSAI SELEPAS MERDEKA

LAPORAN/PENYATA RAZAK

Antara tujuan utama laporan..

1. menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.
2. memenuhi keperluan negara yang merdeka dan mengembangkan sistem pendidikan.
3. melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa tanah melayu.
4. merapatkan jurang perbezaan antara kaum di tanah melayu.
5. mewujudkan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.
6. menyediakan kemudahan pelajaran yang mencukupi.
7. mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih dan progresif.

LAPORAN RAHMAN TALIB

Antara cadangan-cadangan laporan..

1. semua kanak-kanak diberi pendidikan percuma bermula tahun 1962.
2. semua sekolah rendah bantuan akan dijadikan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.
3. penubuhan sekolah pelajaran lanjutan bermakna dinaikkan umur untuk berhenti sekolah kepada 15 tahun. hal ini membolehkan pelajar menyambung pelajaran selama tiga tahun lagi.
4. pelajar dinaikkan darjah secara automatik dengan syarat diadakan peperiksaan sekurang-kurangnya sekali sepenggaldan juga peperiksaan tahunan.
5. bantuan separuh dihentikan mulai 1 januarai 1962. sekolah persendirian dibenarkan diteruskan dengan beberapa syarat perlu dipatuhi.
6. semua peperiksaan diadakan dalam bahasa rasmi sahaja.
7. guru-guru dijamin untuk menerima gaji mereka sebaik sahaja sekolah mereka menjadi sekolah bantuan penuh.
8. sistem lembaga pelajaran tempatan digantung.
9. sistem jemaah pengurus atau pengelola diteruskan. kenaikan pangkat perlu disahkan oleh menteri pelajaran.
10. penubuhan jemaah penasihat pelajaran negara dan jemaah penasihat pelajaran negeri.
11. sekolah menengah pertukangan dan sekolah menengah teknik diadakan.
12. penambahan sekolah lanjutan kampung yang menyediakan pelajarn vokasional dan menekankan pelajaran perusahaan kampung menuju kepada Sijil Rendah Pelajaran dibuka kepada lelaki dan perempuan.
13. penambahan guru terlatih terutama mengajarkan matapelajaran pendidikan vokasional dan bahasa melayu.
14. pembentukan jemaah nazir tempatan.
15. menitik beratkan pendidikan akhlak.

AKTA PENDIDIKAN 1961

antara penekanan dalam akta ini..

1. penguasaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama.
2. penggunaan kurikulum yang sama bagi semua sekolah.
3. pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua murid.


LAPORAN AMINUDDIN BAKI 1964

Memperkenalkan pendidikan aneka jurusan kerana

1. pelajaran menengah rendah selama 3 tahun selepas pelajaran sekolah rendah perlu disediakan sejajar dengan dasar kerajaan untukmenaikkan umur berhenti sekolah kepada 15 tahun.
2. perlu menyediakan pelajar menjawat jawatan yang sesuai setelah mereka tamat pengajian.
3. menyediakan peluang pelbagai jenis pekerjaan.
4. mempelbagaikan jenis kursus supaya dapat mengeluarkan pelbagai tenaga manusi yang berkemahiran.

LAPORAN JAWATANKUASA KABINET

Antara perubahan yang disyorkan..

1. kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang  untuk membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, manusia dengan alam sekitar dan perkembangan diri individu.
2. kurikulum pada masa itu perlu disusun untuk membolehkan pelajar lemah menguasai kemahiran asas dan pelajar cerdas lebih maju.
3. kajian semula untuk menentukan cara penyediaan guru dan jenis perkhidmatan.
4. susunan bilik darjah perlu dikaji semula untuk memenuhi pendekatan P&P masa kini.
5. kekalkan kenaikan darjah secara utomatik.
6. penyediaan pendidikan pemulihan untuk pelajar lemah.
7. perbaiki kaedah mengajar, bahan bantu mengajar dan peruntukan guru bagi  pendidikan pemulihan.


SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA SEBELUM MERDEKA

LAPORAN CHEESEMAN

Antara cadangan dalam laporan tersebut ialah:

1. Kanak-kanak tidak perlu membayar yuran jika mereka menghadiri sekolah vernakular pada peringkat rendah.
2. Sekolah menengah terdiri daripada 2 sahaja.
3. Pelajar di sekolah rendah berpeluang mempelajari bahasa Inggeris.
4. Pendidikan vokasional seperti mana termaktub dalam Laporan Pelajaran 1938 dilaksanakan sepenuhnya.

LAPORAN BARNES

Antara cadangan dalam laporan tersebut..

1. Matlamat pendidikan ke arah membentuk satu rupa bangsa berasaskan pelbagai kaum.
2. Semua sekolar vernakular dibubarkan dan digantikan dengan sekolah kebangsaan.
3. Sekolah kebangsaan ini hanya menggunakan bahasa inggeris atau bahasa melayu sebagai bahasa penghantar pada peringkat sekolah rendah.
4. Kanak-kanak berusia 6-12 tahun yang menerima pendidikan di sekolah kebangsaan diberi pendidikan percuma.
5. Setelah tamat pendidikan sekolah rendah, murid-murid yang meneruskan pelajaran ke peringkat menengah akan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar.
6. pembinaan sekolah vokasional yang moden.
7. Kurikulum hendaklah menekankan mata pelajaran seperti sains, seni perusahaan, dan sains rumah tangga.
8. Pentadbiran dana kewangan sekolah kebangsaan perlu ditanggung oleh penguasa pelajaran setempat dan kerajaan.
9. Penubuhan jemaah nazir persekutuan.
10. Pembinaan maktab perguruan berasrama untuk pemegang Sijil Persekolahan.

LAPORAN FENN-WU

Antara cadangan laporan tersebut..

1. walaupun bahasa melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa inggeris sebagai bahasa antarabangsa, namun orang-orang cina perlu diberi peluang untuk membentuk kebudayaan negara.
2. galakan diberikan kepada orang-orang cina untuk menguasai bahasa melayu dan bahasa inggeris.
3. orang-orang cina digalakkan oleh kerajaan inggeris untuk menguasai ketiga-tiga bahasa.
4. pengajaran bahasa iaitu bahasa cina, bahasa inggeris, dan bahasa melayu hendaklah diperbaiki.
5. guru terlatih bagi sekolah cina adalah tidak mencukupi.
6. bantuan kewangan untuk sekolah cina perlu ditambah.
7. buku teks sekolah cina terutama dari negara China dan Hong Kong perlu disemak dan dimasukkan unsur-unsur masyarakat tempatan.
8. dasar pendidikan negara hendaklah ke arah matlamat membentuk kewarganegaraan melayu.
9. sekolah-sekolah menti menyediakan kanak-kanak untuk menempuh semua aspek kehidupan berasaskan latar belakang kehidupan masyarakat melayu.

ORDINAN PELAJARAN 1952

Antara cadangan..

1. mengadakan dua sistem persekolahan iaitu sekolah menggunakan bahasa melayu sebagai penghantar dan satu lagi menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar.
2. pelajaran bahasa cina dan tamil perlu disediakan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar yang ingin belajar bahasa ibunda.
3. pelajaran bahasa melayu diwajibkan di sekolah inggeris, manakala bahasa inggeris diwajibkan di sekolah melayu.