MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Monday, November 17

PERMAINAN BAHASA

 PERMAINAN MEMBINA AYAT TUNGGAL

1.     Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada  8 orang murid.
2.     Setiap kumpulan murid itu diberi nombor 1 hingga 8.
3.     Murid diminta berbaris mengikut kumpulan masing-masing mengikut susunan nombor yang telah diberi.
4.     Kad perkataan diletakkan di dalam kotak di tengah-tengah antara kedua-dua kumpulan tersebut.
5.     Apabila guru menyebut nombor ahli kumpulan, murid dari kedua-dua kumpulan tersebut akan berlari ke arah bakul untuk mengambil mana-mana kad perkataan itu.
6.     Murid yang berjaya terlebih dahulu mengambil kad perkataan itu, akan  menunjukkan kad perkataan kepada kelas kemudian mengeja dan menyebut perkataan yang diperolehnya dengan kuat dan jelas.
7.     Murid nombor yang sama dari kumpulan lawan mesti membina ayat tunggal dengan menggunakan perkataan pada kad perkataan tersebut.  Sekiranya murid tersebut tidak berjaya membina ayat dalam tempoh yang tertentu, satu markah akan diberikan kepada kumpulan lawan.  
8.     Aktiviti ini akan dilakukan berulang kali mengikut nombor yang berlainan.