MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Friday, November 14

PRINSIP MEMASAK

Prinsip memasak merujuk kepada kaedah memasak manggunakan haba lembab dan haba kering. Kaedah memasak secara haba lembeb adalah mengukus, mencelur, mereneh, merendidih dan merebus. Kaedah memasak secara haba kering pula ialah menggoreng, membakar dan memanggang. 

>>Kaedah Memasak makanan dengan menggunakan haba kering<<
Haba dipindahkan kepada makanan melalui udara panas dalam kaedah memasak dengan haba kering. Makanan dimasak sama ada di dalam ketuhar, gril atau di atas bara api yang panas. Kaedah memasak yang menggunakan haba kering ialah menggoreng, membakar dan memanggang.

            Melalui kaedah memasak dengan haba kering makanan yang dipanaskan akan menyebabkan protein di permukaan makanan membeku. Ini akan mengelakkan jus makanan daripada keluar. Apabila makanan bertukar ke warna keperangan, suhu hendaklah dikurangkan supaya bahagian dalam makanan akan masak.

a. Menggoreng




Menggoreng ialah kaedah memasak makanan dalam minyak atau lemak yang telah dipansakan. Terdapat tiga cara menggoreng iaitu menggoreng kering, menggoreng tohor dan menggoreng dalam minyak penuh.

b.  Memanggang
Memangang ialah memasak makanan dengan menggunakan haba yang sangat panas daripada elemen pemanas, api gas, bara arang, di atas api yang terbuka atau di dalam ketuhar. Makanan yang sesuai dipanggang ialah daging, ikan. Ayam itik, dan sayur-sayuran berubi.

c. Membakar
Membakar ialah memasak makanan di dalam ketuhar yang panas menggunakan arus elektrik, gas, kerosin atau arang. Makanan yang sesuai dibakar ialak roti, kek, pastry, biskut dan sebahagian kuih tempatan seperti kuih bingka ubi dan kuih bakar. 

d.  Menggril

Memasak makanan di bawah gril dapur gas atau elektrik di atas bara api yang panas misalnya memanggang sate atau di bawah gas yang panas atau penggeril letrik. Makanan cepat dimasak kurang berminyak dan berasa sedap.


>>Kaedah Memasak Makanan dengan cara haba lembap<<
Kaedah memasak menggunakan haba lembab adalah seperti mengukus, merebus, mereneh, merendidih dan mencelur.

a. Mengukus
Mengukus ialah kaedah memasak menggunakan wap daripada air mendidih. Kaedah mengukus mengambil masa yang lebih lama berbanding dengan kaedah menggoreng dan merebus. Air kukusan hendaklah sentiasa mendidih dan jika perlu, air mendidih perlu ditambah untuk mengekalkan  suhu air kukusan itu. Terdapat dua cara mengukus iaitu secara langsung dan secara tidak langsung.

b. Mencelur
Makanan dimasukkan ke dalam air mendidih selama satu minit atau dua minit, kemudian ditoskan. Sesuai untuk tauge, kangkung,tauhu, kacang panjang.

c. Merebus
Merebus ialah kaedah memasak makanan dalam air mendidih (100*C) dan dibiarkan masak secara mereneh sehingga lembut. Cecair daripada makanan yang direbus mengandungi nutrient yang boleh digunakan untuk membuat sosa) Memasak makanan dengan memasukkan dalam air mendidih, kemudian reneh hingga empuk.

d. Rendidih

Memasak makanan dengan sedikit cecair sahaja atau secukup cecair untuk meliputi makanan. Cara ini sesuai untuk bahagian daging yang liat, ikan, telur, sayur-sayuran berubi, kekeras, kekacang dan buah-buahan.