MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Monday, November 17

CONTOH RPH BAHASA MELAYU KSSR (KAMI ANAK MALAYSIA)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA TAHUN 2 EARTH TAHUN 2
Tarikh : 28 Ogos 2014
Masa : 11-12 tengah hari
Tahun : 2 Earth
Bilangan Murid : 28 Orang ( Lelaki:  , Perempuan :    )
Tema : Kami Anak Malaysia
Tajuk Pelajaran : Bendera Malaysia
Standard Kandungan :
4.1 menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian  secara didik hibur.
Standard pembelajaran  :
4.1.2 memahami dan menyatakan maksud perkataan dalam seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.

Objektif pembelajaran: pada akhir pembelajaran, murid dapat,
i.              Menyatakan sekurang-kurangnya tiga daripada enam maksud tersirat jalur gemilang dengan bantuan guru.
ii.            Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua contoh bagi setiap imbuhan awalan ber-, men- dan me- dengan tepat tanpa bantuan guru.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid –murid pernah melihat bendera Malaysia melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah.

Pengisian Kurikulum :Pendidikan Muzik,
Sistem Bahasa : Imbuhan awalan ber-, me- dan men-.
Kamahiran berfikir : menjana idea, membuat rumusan, mengimbas kembali
Teknik dan strategi : soal-jawab, penerangan.
Penerapan nilai-nilai murni : perpaduan, patriotik, berdikari, bekerjasama
ABM : pembesar suara, lirik lagu jalur gemilang, bendera malaysia, kertas manila, kertas majung, roda berputar dan soalan.

Langkah & Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan










Set Induksi
( 5 minit )

Lagu Jalur Gemilang

Soalan
i.              Murid-murid pernah tak mendengar lagu ini?
ii.            Apakah nama lagu ini?
iii.           Bilakah biasanya lagu di nyanyikan?
iv.           Lagu ini menceritakan tentang apa murid-murid?

Cadangan Jawapan
i.              Pernah.
ii.            Lagu Jalur Gemilang
iii.           Biasanya dinyanyikan ketika sambutan Hari Kemerdekaan.
iv.           Lagu ini menceritakan tentang bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.

*      Guru menperdengar Lagu “Jalur Gemilang “ kepada murid.
*      Murid mendengar lagu yang dimainkan.
*      Murid disoal oleh guru mengenai lagu yang dimainkan.
*      Murid menjawab soalan yang guru kemukakan.
*      Guru mengaitkan lagu dengan tajuk pembelajaran iaitu Bendera Malaysia.


           
ABM
·         Pembesar suara
·         Lagu “Jalur Gemilang”

Kemahiran Berfikir
·         Menjana idea

Pembelajaran Kontekstual
·         Mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman sedia ada.
Langkah 1
( 10 minit )

Lirik lagu “Jalur Gemilang”.


Soalan
      i.        Apakah nama bendera Malaysia?
    ii.        Berapakah warna Jalur Gemilang?
   iii.        Apakah bentuk yang terdapat pada Jalur Gemilang?
   iv.        Berapakah bucu bintang?
    v.        Apakah yang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi?

Cadangan jawapan
i.              Bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang.
ii.            Jalur Gemilang berwarna merah,putih,biru dan kuning.
iii.           Terdapat bentuk anak bulan dan bintang.
iv.           Bintang mempunyai 14 bucu
v.            Anak bulan melambangkan agama islam sebagai agama rasmi.

*      Murid diminta membuka buku teks Bahasa Melayu Tahun 2 m/s 122 iaitu lirik lagu “Jalur Gemilang”.
*      Murid diminta menyanyikan lagu jalur gemilang.
*      Untuk mencungkil pengetahuan murid, murid disoal mengenai “Jalur Gemilang”.
*      Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. 
*      Murid diterapkan nilai murni semangat patriotik dan perpaduan oleh guru.

ABM :
·         Lirik lagu “Jalur Gemilang”
·         Bendera Malaysia

Nilai Murni
·         Semangat Patriotik
·         Perpaduan

Teknik dan kaedah
·         Soal-jawab
·         Didik hibur


Langkah 2
( 15 minit)




Imbuhan Awalan
Digunakan untuk mengubah bentuk atau tugas.
·         
Awalan  ber-
i.              digunakan apabila bertemu dengan semua kata dasar kecuali yang bermula dengan huruf r.
contoh : bertani, berniaga, berubah
 Imbuhan me- 
i.              digunakan untuk menggabungkan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf l, m, n, ng, ny, r, w, y.
ii.            contoh : melawat, menari, menyanyi

Imbuhan men- 
i.              untuk kata dasar yang bermula dengan huruf c, d dan j.
ii.            contoh : mencabut, menjual, mendua
·        

*      Guru menerangkan makna imbuhan awalan.
*      Murid diterangkan mengenai penggunaan imbuhan awalan ber-, men-, dan me-.
*      Setelah murid-murid faham makna perkataan dan proses pengimbuhan awalan, guru akan menguji kefahaman murid –murid.
*      Guru memilih murid-murid secara rawak untuk memberikan contoh perkataan yang berimbuhan awalan ber-, me- dan men-.

ABM
·         Kad manila


Teknik dan Strategi
·         Penerangan
·         Soal-jawab

Nilai Murni
·         Memberi tumpuan
Langkah 3
( 10 minit)
Memberi contoh perkataan berimbuhan ber-, mn- dan men-.
*      Setiap murid diberi satu kertas yang mengandungi kata dasar.
*      Murid dikehendaki menulis semula perkataan dengan menambah imbuhan awalan.
*      Murid dikehendaki menampal pada kertas majung.
ABM
·         Kertas majung

Nilai Murni
·         Berdikari

Kemahiran Berfikir
·         Menjana idea
Pengukuhan
( 15 minit)
Roda Impian
Contoh Soalan :
i.              Warna merah pada jalur gemilang melambangkan apa?
ii.            14 garisan merah dan putih pada jalur gemilang melambangkan apa?
iii.           Simbol bulan pada jalur gemilang melambangkan apa?
*      Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
*      Murid diterangkan syarat permainan oleh guru.
*      Guru memberikan peneguhan positif kepada murid.
ABM
·         Roda berputar dan soalan

Nilai Murni
·         Bekerjasama

Penutup
(5 Minit)

Penutup Kognitif

Penutup Sosial.
*      Murid diminta merumus isi pelajaran dengan teknik soal jawab.
*      Murid diminta mengingatkan semula apa yang telah dipelajari.
*      Guru memberi pujian kepada semua murid kerana melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang.
Kemahiran Berfikir
·         membuat rumusan
·         mengimbas kembali

Nilai Murni
·         Menghormati bendera Malaysia dan lagu patriotik.