MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Wednesday, October 16

CONTOH ANALISIS MODUL ASSURE

ANALISIS MODEL ASSURE
Tajuk Pembelajaran : Jahitan
Nama Guru : Syalviana binti Sahelin
Kelas : 5 Mawar
Isi Kandungan : Jahitan (Membaiki Pakaian)
a.    Menyenaraikan jenis alatan dan bahan jahitan
b.    Menyenaraikan kegunaan alat jahitan.
c.    Menyatakan  jenis jahitan asas dan kegunaannya.

Tempoh Pembelajaran :  60 minit
Aspek
Model ASSURE
Penerangan
Justifikasi daripada Rancangan Pengajaran Harian
A
Analisis Murid
Ini merupakan penerangan keseluruhan mengenai butiran am murid. Antaranya ialah maklumat mengenai jumlah murid, umur, jantina, tahap sosioekonomi, bangsa dan jenis diversiti.
Butiran Am
Kelas
5 Amanah
Umur
11 Tahun
Bangsa
15 Melayu, 4 Cina, 1 India.
Jantina
10 Perempuan, 5 Lelaki
Masalah mental, emosi, fizikal atau sosial.
Tiada



Tahap murid
Sederhana
Spesifikasi Kebolehan
Pengetahuan, kemahiran dan sikap sedia ada murid.
Murid telah mempunyai pengalaman pakaian koyak.
Murid pernah melihat beberapa alat dan bahan jahitan di bengkel jahitan sekolah.
Cara pembelajaran
Visual
100%
Pendengaran
90%
Kinestetik
70%
S
Nyatakan objektif
Pernyataan mengenai apa yang akan diperoleh oleh murid di akhir pembelajaran.
Objektif
ABCD
A (Audiences) Sasaran : Murid Tahun 5 Amanah
B (Behaviour) Tingkah laku : Demonstrasi daripada guru.
C (Condition) Suasana : Suasana terkawal di mana tingkah laku diperhati.
D (Degree) Pelajaran : Kemahiran mudah dikuasai
A (Audiences) Sasaran
Sasaran terdiri daripada murid Tahun 5 Amanah iaitu seramai 20 orang.
B (Behaviour)
Tingkah Laku
Objektif Tingkah laku  perlu ditunjukkan sebagai persembahan murid,  permerhatian, dan penilaian hasil kerja murid.

Objektif Tingkah Laku dalam pembelajaran :
1.    Dapat mengenal pasti alatan dan bahan jahitan.
2.    Dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 alatan dan bahan jahitan dengan kegunaannya.
3.    Dapat mengenalpasti jenis-jenis mata jahitan.
4.    Dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 jenis mata jahitan dan kegunaannya.




C (Condition)
Suasana
Dengan penggunaan teknologi multimedia seperti video, teks, gambar dan persembahan powerpoint, lagu dan Alat Bantu Mengajar  yang menarik, murid lebih tertarik untuk mengikuti pembelajaran Kemahiran Hidup.




D (Degree)
Tahap
Murid dijangka dapat mengenalpasti alatan dan bahan jahitan serta jenis-jenis mata jahitan serta kegunaannya.



Pembelajaran
1.    Kecerdasan pelbagai : ruang, muzik, kinestetik
2.    Kemahiran berfikir : membuat kesimpulan
3.    Nilai moral : kerjasama, tolong-menolong, bersyukur, berkomunikasi dengan baik, berhati-hati.




Objektif pengelasan
Kognitif : Kemahiran berfikir murid dapat ditingkatkan  apabila mereka melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan.

Efektif : Pembelajaran melibatkan perasaan dan nilai-milai. Pembelajaran mengandungi isi-isi yang telah dipilih berkaitan dengan kehidupan harian murid.

Kemahiran Motor : Dalam pembelajaran, murid dikehendaki mengabungkan serpihan kotak membentuk pakaian dengan menggunakan mata jahitan yang sesuai dengan lubang yang disediakan.
Hasil pembelajaran
Aras 1
a.    Mengenal pasti alatan dan bahan jahitan.
b.    Mengenal pasti mata jahitan asas.
c.    Menyatakan kegunaan jahitan asas.
Objektif pembelajaran
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat;
a.    menamakan sekurang-kurangnya 3 jenis alatan dan bahan jahitan tanpa bantuan guru.
b.    menyatakan kegunaan alat dan bahan jahitan dengan betul.
c.    menerangkan sekurang-kurangnya 3 jenis-jenis mata jahitan asas dan  kegunaannya.
s
Pilih Kaedah, Media Dan Bahan
Ini merupakan langkah di yang membolehkan murid untuk mencapai objektif pembelajaran.
Kaedah
Keseluruhan Rancangan Pengajaran
Guru akan memulakan pengajaran dengan menunjukkan sebuah klip video yang menunjukkan bagaimana baju terkoyak. Kemudian guru menunjukkan sehelai baju yang terkoyak dan bersoal-jawab dengan murid.

Perbincangan
Dalam kumpulan, murid akan berbincang apakah mata jahitan yang sesuai untuk membaiki baju boneka. Selain itu, murid juga akan berbincang untuk menjawab lembaran kerja yang diberikan.

Membaiki Baju Boneka
Guru memberikan satu boneka kepada setiap kumpulan. Murid dikehendaki membaiki baju boneka menggunakan mata jahitan yang sesuai.

Lembaran Kerja
Lembaran kerja yang diberikan mengkehendaki murid untuk menamakan gambar alat dan bahan jahitan dan menyenaraikan kegunaannya.

Media
Klip Video Mengenai Baju Koyak
Klip video ini mengisahkan seorang budak lelaki yang sangat menyukai baju barunya. Dia selalu memakai baju tersebut sehingga suatu hari baju tersebut terkoyak. Klip video ini bertujuan untuk menarik perhatian murid di samping merangsang murid untuk berfikir bagaimana untuk membantu budak lelaki dalam video untuk membaiki pakaian yang terkoyak.

Persembahan Powerpoint
Jika dibandingkan dengan kad imbas atau kad gambar, persembahan powerpoint boleh menampakkan gambar yang jelas dan dapat dilihat oleh semua murid kerana ianya akan dipancarkan pada skrin LCD supaya setiap murid dapat melihat video dan persembahan powerpoint dengan jelas. Ini juga memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru dapat mengawal bahan pengajaran menggunakan jari sendiri. Ini juga dapat menjimatkan masa untuk mencetak, memotong dan menampal gambar di kadbod.

Laptop Dan Projektor
Sebuah laptop boleh digunakan untuk memainkan klip video dan persembahan powerpoint kepada murid.
Bahan
Nota Bahan Dan Alat Jahitan
Nota ini mengandungi bahan dan alat jahitan. Ini merupakan ringkasan daripada persembahan powerpoint. Nota ini dibuat dalam bentuk jadual agar murid lebih mudah melihat perbezaan setiap alat dan bahan jahitan. Nota beserta gambar ini juga memudahkan murid untuk mengenalpasti nama-nama alat dan bahan jahitan.

Lembaran Kerja
Lembaran kerja bertujuan menilai pemahaman murid. Dengan adanya lembaran kerja, guru dapat mengetahui sama ada objektif pembelajaran tercapai atau tidak.

U
Penggunaan Kaedah, Media Dan Bahan
Rancangan bagaimana media dan bahan dipersembahkan. Untuk setiap jenis media dan bahan yang dipilih dan penerangan mengenai bagaimana guru menggunakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid mencapai objektif pembelajaran.
Bahan

Persediaan Bahan
Klip video
Klip video digunakan pada set induksi. Klip video menunjukkan seorang lelaki yang mempunyai sehelai baju yang sangat disukainya. Lelaki tersebut sering memakai baju itu sehinggalah pada suatu hari baju tersebut terkoyak. Dengan video klip ini, murid akan disoal apa yang perlu lelaki itu lakukan agar baju tersebut boleh dipakai semula.

Laptop dan projektor
Jika sekolah tersebut tidak mempunyai LCD, guru boleh menyediakan buku cerita pendek beserta gambar untuk menyampaikan isi utama dalam video klip agar pembelajaran dapat diteruskan.

Lembaran kerja
Guru perlu menyediakan lembaran kerja yang berkaitan dengan topik pembelajaran untuk menilai penguasaan murid. Lembaran kerja merupakan bahan yang sangat berguna untuk menguji penguasaan murid. Lembaran kerja hendaklah dapat mencapai objektif pengajaran.

Persediaan Persekitaran
Proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam keadaan berkumpulan di mana murid dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu satu kumpulan terdiri daripada 4 orang. Bilik darjah dilengkap dengan skrin LCD, kipas, LCD, computer dan kemudahan lain. Dengan adanya kemudahan ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dalam keadaan selesa.

Persediaan Murid
Set induksi merupakan sesi persediaan untuk menyediakan murid menerima isi pembelajaran. Tajuk membaiki pakaian berkaitan dengan kehidupan harian murid, murid pernah mengalami baju terkoyak dan pernah melihat alat dan bahan jahitan di bengkel jahitan sekolah. Guru memulakan pembelajaran dengan menunjukkan sebuah klip video yang mengisahkan baju terkoyak. Bagi menarik lagi perhatian murid, guru menunjukkan sehelai baju yang terkoyak ke dalam kelas. dengan baju tersebut, guru akan bersoal-jawab dengan murid. Jawapan murid akan dikaitkan dengan isi pelajaran.

Menghubungkaitkan dengan pengalaman murid
Pembelajaran mengunakan kaedah berpusatkan murid dan juga berpusatkan guru. Guru tidak berkuasa sepenuhnya, guru juga berperanan sebagai fasilitator. Murid diberi lembaran kerja dan aktiviti yang menarik. Contohnya, membaiki pakaian boneka. Lembaran kerja yang disediakan juga mampu mengukuhkan lagi pemahaman murid tentang isi pelajaran.

R
Galakkan Penglibatan Murid
murid perlu membuat latihan mengenai apa yang telah mereka pelajari. Terangkan bagaimana murid akan aktif dengan menggunakan bahan yang telah dipilih. Respon yang betul perlu diwujudkan. Ini memerlukan aktiviti yang melibatkan penglibatan aktif murid bagi mendapatkan respon dan maklumbalas sebelum penilaian.
Penggunaan kaedah pengajaan dan aktiviti berbeza dalam kelas.
Terdapat banyak strategi yang diguanakan dalam pembelajaran. Kebanyakannya ialah berpusatkan murid dan berdasarkan tugasan yang melibatkan penglibatan aktif murid.
a.    Perbincangan/soal-jawab
Perbincangan ini bertujuan untuk menguji pengetahuan sedia ada murid mengenai alat dan bahan jahitan serta jenis-jenis mata jahitan. Murid perlu melibatkan diri dalam sesi perbincangan. Ini dapat merangsang kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis murid.

b.    Lembaran kerja
Berdasarkan lembaran kerja yang diberikan, murid dapat mengenalpasti nama alatan dan bahn jahitan serta kegunaannya. Ini juga membantu guru untuk mengukur penguasaan murid dalam pembelajaran.

c.    Aktiviti memperbaiki pakaian boneka
Aktiviti ini mengkehendaki murid untuk memperbaiki pakaian yang dipakai oleh boneka menggunakan jenis mata jahitan yang sesuai. Ini seterusnya membantu murid untuk mengaplikasikan isi pelajaran yang dipelajari.

E
Penilaian Persembahan Murid
Penilaian perlu selaras dengan objektif pembelajaran. Terdapat objektif yang boleh dicapai  dengan penilaian menggunakan pen dan kertas lembaran kerja.

Penilaian  dan Pengulangan
Penilaian yang digunakan ialah penggunaan lembaran kerja, perbincangan dan sesi soal-jawab pada setiap subtopik yang diajar. Penilaian dapat dibahagikan kepad 3 iaitu persembahan murid, keberkesanan media dan penyampaian guru.



Persembahan Murid
Dengan menggunakan lembaran kerja dan soal-jawab dengan murid, guru dapat mengenalpasti perkembangan murid berdasarkan objektif yang telah ditetapkan.

Hasil pembelajaran : Aras 1
a.    Mengenal pasti alatan dan bahan jahitan.
b.    Mengenal pasti mata jahitan asas.
c.    Menyatakan kegunaan jahitan asas.
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat;
a.    menamakan sekurang-kurangnya 3 jenis alatan dan bahan jahitan tanpa bantuan guru.
b.    menyatakan kegunaan alat dan bahan jahitan dengan betul.
c.    menerangkan sekurang-kurangnya 3 jenis-jenis mata jahitan asas dan  kegunaannya.
Dengan menggunakan objektif pembelajaran, guru dapat mengukur keberkesanan pembelajaran dan perkembangan murid. Jika objektif tercapai, guru boleh meneruskan sesi pembelajaran seterusnya tetapi jika murid tidak mencapai objektif, guru perlu mengulangi semula konsep pembeajaran sehingga murid faham dan dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Berdasarkan lembaran kerja yang diberikan, guru boleh mengukur pemahaman murid dalam topik yang diajar. Contohnya jika murid dapat menyebut 3 alat dan bahan jahitan serta kegunaannya maka murid telah faham. Jika murid gagal membuat demikian maka bermaksud murid belum faham.
Selain itu, guru juga boleh menguji murid dengan bertanya secara lisan mengenai tajuk yang diajar. Murid perlu diuji setiap kali pembelajaran agar guru dapat mengenalpasti masalah murid dan menggunakan strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Keberkesanan Media
Keberkesanan media berkait rapat dengan penerimaan murid. Penggunaan media sangat mempengaruhi untuk merangsang keseronokan murid dengan menggunakan teknologi. Contohnya, murid akan seronok menonton klip video, persembahan powerpoint yang menggabungkan pelbagai media dari guru.jika murid dapat menjawab lembaran kerja dan soalan-soalan yang guru kemukakan dengan betul , ini bermakna penggunaan video dan powerpoint telah membantu murid memahami isi pelajaran.

Persembahan Guru
Guru merupakan perancang keseluruhan proses pengajaran. Untuk mengenalpasti sejauh mana keberkesanan sesuatu pembelajaran, guru harus menilai dan mengukur objektif pembelajar yang telah dirancang, dengan menggunakan objektif pembelajaran, guru akan dapat menilai sama ada pengajaran perlu diperbaiki atau diubahsuai untuk menyesuaikan dengan tahap kemampuan murid dalam kelas. jika murid Berjaya mengenalpasti alat dan bahan jahitan serta fungsinya maka objektif pembelajaran tercapai. Oleh itu, guru perlu mempertimbangkan kesesuaian objektif yang hendak dicapai. selain itu, persembahan guru juga dapat dinilai melalui penyertaan dan respon murid. Jika guru tidak dapat menjawab soalan guru atau tidak melibatkan diri dalam pembelajaran, ini pasti mempunyai sebab dan persembahan guru dianggap tidak Berjaya.ini dapat mungkin disebabkan oleh kerana pengajaran tidak sesuai dengan tahap murid, atau aktiviti yang dijalankan membosankan dan terlalu berpusatkan guru. pengajaran guru sangat mempengaruhi pembelajaran murid.