TEKNIK
Teknik merupakan satu cara
yang paling berkesan untuk mencapai objektif. Ia wujud dalam pemikiran dan
dirangka untuk satu jangka masa yang panjang ataupun dicipta pada satu masa
sebelum sesuatu perlakuan itu berlaku. Teknik yang digunakan haruslah selaras
dengan kaedah yang digunakan.
Teknik drama
Drama ialah melakonkan cerita tertentu dalam
situasi yang lengkap penerangannya. Teknik ini merupakan satu cara utk
membolehkan murid sendiri mendapatkan gambaran, atau contoh pengalaman yang
spontan, tidak dilatih terdahulu dan seolah-olah hidup untuk obejktif
pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini melibatkan gambaran atau membayangkan
sesuatu situasi atau keadaan yang kemudian dilakonkan tanpa sebarang skrip.
Teknik ini juga sangat berkesan untuk membantu
murid menggunakan prinsip yang dikaji dalam bentuk abstrak . ia juga dapat
membolehkan murid memahami motivasi atau tujuan orang lain dengan melakonkan
peranan orang tersebut dan meningkatkan kesedaran murid mengenai
masalah-masalah psikologi dan sosiologi. Selain itu, ia juga dapat menambahkan
unsur-unsur benar dan hidup(realisme) serta menambahkan berbagai-bagai bentuk
aktiviti untuk mencapai objektif P & P murid.
Teknik latih tubi
Teknik latih tubi adalah merupakan pengulangan
fakta-fakta atau kecekapan yang diajar. Tujuannya teknik ini diajar ialah untuk
mencapai taraf kemahiran tersebut atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya
menjadi kekal. Teknik sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran
seperti melukis peta, menyebut perkataan, atau mengingat fakta-fakta yang
terpenting.
Terdapat beberapa kelemahan dalam menggunakan
teknik latih tubi ini antaranya ialah mengehadkan kebebasan
berfikir dan daya kreatif murid dalam sesuatu tugasan dan mungkin
akan menimbulkan satu situasi yang sangat membosankan kepada murid-murid.
Seterusnya ialah maklumat yang diberikan adalah bersifat tidak kekal sekiranya
tidak digunakan secara berterusan. Kelemahan yang seterusnya ialah akan
menjadikan pembelajaran sebagai satu tindakan mekanikal.
Teknik
permainan bahasa
Teknik
permainan bahasa merupakan satu aktiviti yang menarik dan boleh meninggalkan
kesan yang baik dalam pengajaran bahasa. Teknik ini diajar adalah bertujuan
menyampaikan isi pelajaran secara tidak langsung untuk menghilangkan kebosanan
dan aktiviti ini. Teknik ini sebenarnya tidaklah hanya khusus untuk kemahiran
lisan sahaja malah diaplikasikan untuk semua kemahiran.
Terdapat beberapa jenis permainan bahasa ini
antaranya ialah Permainan menyampaikan pesan, Permainan memerhati dan
mengingat, Permainan berpasangan, Tekalah saya, Permainan menikam angka, Slip
undian. Aktiviti ini adalah merupakan satu cara pembelajaran tidak formal dan
menyeronokkan dan mampu mengekalkan minat pelajar sepanjang pembelajaran
berlaku. Selain dapat mengukuhkan pembelajaran, ia juga dapat member peluang
kepada pelajar menerapkan nilai tolak ansur, kerjasama, dan melibatkan diri.
Teknik Bercerita
Bercerita adalah
merupakan jalinan dan susunan mengenai kejadian yang berlaku
sama ada benar atau khayalan pencerita sahaja. Teknik bercerita ini adalah
merupakan kaedah mengajar yang
membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui cerita. Teknik ini
merupakan satu cara penyampai yang sesuai dengan sifat semula jadi pelajaran.
Pelajar akan lebih cepat menumpukan perhatian sekiranya pelajaran disampaikan
menyentuh dan membangkitkan perasaan dan hati nurani mereka.
Sewaktu
merancang aktiviti ini guru perlulah memilih cerita yang sesuai dengan peringkat umur,
minat dan kesediaan pelajar. Persediaan guru juga adalah perlu rapi daripada
segi menghafal cerita dan menyediakan alat bantu. Guru perlulah memastikan
semua pelajar bersedia mendengar cerita yang ingin disampaikan. Selain itu
juga, guru perlu mempunyai beberapa kualiti tertentu seperti mempunyai suara
yang jelas agar penyampaian cerita dapat difahami.