MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Friday, October 18

RPH BAHASA MELAYU KSSR

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
PENGAJARAN ASPEK KEMAHIRAN LISAN
Tarikh : 15 Januari 2013
Tahun : 2 Dinamik
Bil Murid : 30 Murid
Masa : 8.00-9.00 Pagi
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tema : Nilai Murni Dalam Persahabatan
Tajuk : Sang Kancil dan kawan-kawannya.
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.
1.4.1 Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
1.4.2 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

Objektif;
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
·         Berdialog dengan sebutan dan intonasi yang betul.
·         Mendengar, memahami, dan memberikan respon secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis silaan dengan betul .
·         Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan perkara yang didengar dengan tepat menggunakan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Sistem Bahasa
·         Sebutan dan intonasi
·         Ayat perintah
·         Ayat penyata
·         Ayat Tanya

Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentasi Kurikulum
·         Ilmu : Moral.
·         Nilai murni : Hormat-menghormati, empati, kerjasama, kasih sayang
·         Teknologi maklumat dan komunikasi : Penggunaan TMK.
·         Kreaiviti : Mencipta dialog sendiri berdasarkan situasi yang diberi.

Strategi
·         Kemahiran berfikir : Menghubung kait dengan pengalaman, penyoalan
·         Nilai murni : kerjasama di dalam persahabatan.
·         Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik, intrapersonal, kinestetik.
·         Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dialog dengan perbualan seharian.

Bahan Bantu Mengajar
·         Topeng haiwan
·         Buku cerita
·         Papan tulis
·         Pen dakwat
·         Lembaran kerja

Pengalaman sedia ada:
·         Murid pernah bertutur menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai dalam kedihupan seharian.

Isi Pelajaran
Langkah Dan Aktiviti
Catatan

Soalan
1.    Meneka nama haiwan?
2.    Meneka bagaimana  bunyi haiwan?
Jangkaan Jawapan
         Kancil
          Arnab
           Monyet
          Huhu haha
Ciri
Haiwan tinggal dalam hutan.
Haiwan kecil makanan harimau

Perkaitan haiwan dengan tajuk dan isi pelajaran


Set Induksi (5 Minit)
           Guru menunjukkan sebuah buku cerita bersaiz besar kepada murid.
           Guru meminta respon daripada murid dengan bertanyakan gambar yang terdapat pada kulit buku.
           Murid mrmberi respon dengan menyebut beberapa nama haiwan.
           Guru meneruskan soal jawab dengan mengaitkan jawapan murid dengan tema pembelajaran yang hendak diajar.

BBB
          Buku cerita bersaiz besar.
KB
           Menghubung kait

Pembelajaran Kontekstual
           Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada

Buku cerita bersaiz besar
           mengandungi beberapa situasi yang perlu dilakonkan oleh murid.
           guru memberikan situasi manakala murid melakonkan situasi tersebut menggunakan dialog sendiri.
           Murid diberi masa 5 minit untuk bersedia.

Langkah 1 (15minit)

Aktiviti

           Guru membahagikan  murid kepada 5 kumpulan.
(6 orang setiap kumpulan)
           Guru memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan.



BBB
           Buku cerita bersaiz besar
Pendekat
           Induktif
KP
           Intrapersonal
           Interpersonal
           Verbal linguistik

Nilai Murni
           Murid berkongsi idea untuk membuat dialog sendiri.




Langkah 2 (25 minit)

          Murid melakonkan situasi yang diberikan olehm guru.
         Murid mengaplikasikan kata ganti nama diri yang sesuai dalam dialog.


BBB
           Topeng haiwan
Pendekatan
           Deduktif
KP
           Verbal linguistik
Nilai murni
           Kerjasama
Langkah 3
(10 minit)
           Murid menjelaskan hasil aktiviti yang diperoleh.


Penutup
(10 minit)
           Guru menjelaskan nilai moral aktiviti.
           Guru memberikan lembaran kerja untuk menilai kefahaman murid