Pendidikan Jasmani merupakan salah satu
subjek yang sama pentingnya dengan subjek-subjek yang lain. Maka, untuk menjadi
seorang guru Pendidikan Jasmani yang benar-benar dapat membawa perubahan dan
anjakan paradigma kepada sekolah dan murid-murid yang diajarnya, banyak
ciri-ciri profesion perguruan perlu disemai dan diterap sepanjang berkhidmat
sebagai guru PJ dan juga dalam subjek-subjek lain.
Antara ciri yang dapat dikenalpasti yang
sememangnya dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid dalam kelas ialah
dengan adanya ciri kemahiran pemudahcara, kemahiran komunikasi, kemahiran
mengurus dan penggunaan ABM, kreatif, fleksible, bertanggungjawab, berpengetahuan
luas, cergas dirinya dan kemahiran pedagogi
Dengan adanya ciri kemahiran pemudah cara dalam diri seseorang guru Pendidikan
Jasmani, beliau akan dapat membimbing, momotivasi muridnya, mengawal disiplin
kelas serta memastikan aktiviti dalam pembelajaran berjalan dengan sistematik
dan terurus. Maka, hal ini secara langsung merangsang murid untuk belajar
kerana suasana bilik darjah yang tenang dan terkawal, malah didukung oleh
kata-kata semangat yang diberikan oleh guru membolehkan murid lebih yakin dalam
melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi baik dalam bilik darjah mahupun
aktiviti padang yang sememangnya meningkatkan prestasi murid-murid dalam kelas
yang diajar dan murid akan menjadi lebih proaktif dan ekstrovet.
Ciri kedua yang perlu ada dalam diri
seseorang guru Pendidikan Jasmani ialah berkemahiran
komunikasi supaya pembelajaran menjadi lancar dan isi pelajaran dapat
disampaikan dengan baik dan murid-murid faham akan isi pelajaran. Ciri-ciri
komunikasi berkesan dalam pengajaran yang perlu seorang guru Pendidikan Jasmani
mahir ialah suara perlulah lancar, lantang, berbahasa betul dan memberi arahan
yang jelas. Oleh itu, ciri kemahiran berkomunikasi berkesan yang terdapat dalam
diri seseorang guru Pendidikan Jasmani dapat membantu meningkatkan prestasi
murid kerana murid dapat memperolehi ilmu melalui penerangan guru, dan apabila
guru dapat terang dengan jelas dan bersistematik, input murid tentang isi
pelajaran akan berganda lagi kerana mereka bukan sahaja belajar fakta-fakta
Pendidikan Jasmani, malah mereka juga belajar Bahasa yang merupakan salah satu
subjek teras kepada mereka. Ketaranya, kemahiran komunikasi begitu penting
dalam menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid
dalam sesebuah bilik darjah.
Ciri ketiga yang perlu ada dalam diri seorang
guru Pendidikan Jasmani ialah kemahiran mengurus
dan penggunaan ABM. Contohnya, seorang guru Pendidikan Jasmani perlulah ada
kemahiran dalam mengurus tempat untuk aktiviti pembelajaran serta menyediakan
dan mengurus peralatan yang digunakan. Dengan adanya ciri ini dalam diri guru,
murid-murid juga akan belajar daripada guru untuk mengurus peralatan yang
digunakan iaitu menyimpan balik peralatan yang sudah selasai digunakan.
Selain daripada itu, guru Jasmani yang dapat
mengurus tempat aktiviti pembelajaran dengan baik yang adanya ciri-ciri
keselamatan seperti di padang dan trek serta gelanggang dan sebagainya akan
dapat memaksimumkan proses pembelajaran murid dalam satu-satu aktiviti atau
sukan yang sedang dilaksanakan kerana aspek keselamatan mereka seperti yang
dinyatakan dalam Hierarki Keperluan
Maslow dipenuhi dan murid berasa selamat bermain dan hal ini menjamin
keberkesanan proses pembelajaran berlaku dan membolehkan prestasi mereka
meningkat dengan lebih mendadak kerana menurut buku Murid dan Alam Belajar(2009), bermain dapat mengembangakan fizikal
(psikomotor), sosioemosi(afektif) dan kognitif seseorang kanak-kanak.
Tambahan pula, seorang guru Pendidikan
Jasmani perlu juga ada ciri kreatif dan
fleksible. Contohnya dalam mengendalikan sesuatu permainan sukan, seseorang
guru perlulah kreatif dalam menggunakan ruang yang ada serta perlu kreatif
dalam merancang permainan yang menyeronokkan murid. Selain itu, guru Pendidikan
Jasmani juga perlu kreatif dalam merancang permainan kecil -TGFU kepada murid-murid
untuk membolehkan murid-murid mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam
permainan yang diinovasikan oleh guru, namun tidak lari daripada isi pelajaran
yang disampaikan oleh guru.
Malahan, seorang guru Pendidikan Jasmani
perlu juga fleksible dalam
menggunakan kemudahan yang ada dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Misalnya, andai kata pada hari hujan, Pendidikan Jasmani tidak
dapat dijalankan di padang, maka guru Jasmani perlu berfleksible dalam mengajar
murid dalam dewan atau dalam kelas atau di mana-mana sahaja mengikut keselesaan
dan jumlah murid dalam kelas serta tidak lupa menitikberatkan nilai murni dan
aspek keselamatan. Ciri-ciri guru Pendidikan Jasmani ini dapat membantu
meningkatkan prestasi murid kerana murid belajar seronok permainan yang direka
oleh guru yang sememangnya berkait dengan kemahiran yang diajar oleh guru, dan
pelajaran mereka juga tidak tergendala kerana adanya guru yang fleksible dalam
mencari jalan penyelesaian apabila adanya halangan yang berlaku.
Selain daripada itu, guru Pendidikan Jasmani
juga perlu ada ciri perngetahuan luas
serta cergas fizikalnya kendirinya.
Sebagai seorang guru Pendidika Jasmani, kandungan pelajaran PJ perlu diambil
berat serta tunjang-tunjang PJ perlu dikuasai dengan sebaik mungkin, misalnya
tunjang kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Segala ilmu dan isi-isi tersebut
perlu dikuasai oleh guru supaya dapat meningkatkan prestasi murid-murid dalam
kelas dan juga semasa mereka bersukan kerana guru bukan sahaja hanya memberi
“input” fakta-fakta dan cara perlakuan, tetapi perlu juga melihat “output” murid-murid
dari segi psikomotor mereka apabila mereka melakukan sesuatu lakuan dan juga
dari segi kognitif mereka apabila mereka dapat menyatakan langkah-langkah,
tujuan dan kebaikan kemahiran yang dipelajari.
Bahkan, guru Pendidikan Jasmani perlu juga
bercirikan kecergasan aspek fizikalnya.
Hal ini kerana guru PJ yang cergas dapat menarik perhatian muridnya untuk lebih
minat subjek ini. Dan guru yang melibatkan diri secara aktif dengan murid-muridnya
apabila bermain juga secara tidak langsung memberi kesan dan kredit dalam
menjayakan satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran kerana murid-murid
berasa lebih dekat dengan guru dan mereka dapat belajar melalui peniruan iaitu
lakuan guru dalam sesuatu kemahiran. Maka semua ini benar dapat membantu
meningkatkan prestasi murid dalam sukan, kerja harian dan sahsiahnya.
Berkemahiran
pedagogi iaitu kemahiran mengajar juga
merupakan salah satu ciri penting yang perlu ada dalam diri seorang guru
Pendidikan Jasmani. Hal ini kerana mengajar di padang merupakan sesuatu yang
mencabar kerana melibatkan aspek kawalan kelas. Oleh yang demikian, sebagai
seorang guru Pendidikan Jasmani, guru Mathematik atau apa sahaja guru yang
memegang mana-mana subjek, Kemahiran pedagogi dari segi strategi, kaedah dan
teknik perlu dikuasai oleh guru dan guru perlu mahir memilih strategi mana
untuk diaplikasikan semasa mengajar murid dengan mengambil kira persekitarannya.
Malahan kemahiran pedagogi yang dipilih juga perlulah sesuai dengan tahap dan
kebolehan murid yang diajar.
Secara tuntasnya, demikianlah ciri-ciri yang
perlu ada dalam diri seorang guru Pendidikan Jasmani. Walaubagaimanapun masih
banyak lagi ciri lain yang perlu disemai dalam diri seorang guru PJ supaya
dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid dalam kelas ke arah melahirkan
murid yang aktif, berkemahiran, bersikap terpuji, dan berintelektual.