MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Wednesday, October 30

PERBEZAAN KBSR DAN KSSR PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN


ASPEK

KBSR
KSSR
Organisasi
kandungan
Ada tiga tunjang iaitu;
a. Kecergasan
b. Kemahiran
c. Kesukanan

Kesukanan diajar secara
berasingan daripada modul kecergasan dan kemahiran
Ada dua modul iaitu;
a. Kemahiran
b. Kecergasan

Kesukanan diajar secara serentak di
bawah modul kecergasan dan
kemahiran.

Kemahiran;
Aspek 1 - Kemahiran pergerakan.
Aspek 2 - Aplikasi pengetahuan
                dalam pergerakan.
Aspek 5 - Kesukanan.

Kecergasan;
Aspek 3 - Kecergasan meningkatkan
                kesihatan.
Aspek 4 - Aplikasi pengetahuan
                dalam meningkatkan
                kecergasan.
Aspek 5 - Kesukanan.

Organisasi
Kurikulum
Tahap 1 dan 2, mata pelajaran;

 ► Teras
 ► Wajib
 ► Tambahan.

Pendidikan Jasmani termasuk dalam mata pelajaran tambahan
Tahap 1 ;

► Modul Teras Asas
► Modul Teras Tema
► Modul Elektif

Tahap 2 ;
► Mata pelajaran Teras dan
     Elektif.

Pendidikan  Jasmani di bawah
Modul Teras Asas.




Matlamat
Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
Bertujuan membina individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan
Nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.

Reka bentuk
kurikulum
Berasaskan tiga bidang ;
► Komunikasi
► Manusia dan alam sekeliling
► Perkembangan diri individu



Berasaskan enam tunjang ;
► Komunikasi
► Kerohanian,sikap dan nilai.
► Kemanusiaan
► Keterampilan diri
► Perkembangan fizikal dan
     Estetika.
► Sains dan teknologi
Masa
Pengajaran dan pembelajaran dijalankan selama 60 minit dalam satu hari

Pengajaran dan pembelajaran dijalankan selama 60 minit dalam dua hari . Contoh ;
Isnin   – 30 minit
Selasa – 30 minit

Fokus
Tidak menyatakan fokus dalam Pendidikan Jasmani.
Terdapat tiga fokus;
i)  Membina kemahiran asas
     pergerakan  dan kemahiran
     motor.
ii) Memperkenalkan konsep
    kecergasan berdasarkan kesihatan.
iii)Memupuk elemen keselamatan,
     tanggungjawab kendiri dan
     sosial semasa melakukan
     aktiviti fizikal.

Pedagogi
Kemahiran berfikir dalam   p&p
Aplikasi kecerdasan pelbagai
   dalam p&p.
Penggunaan TMK.
Pengajaran berasaskan kajian
    masa depan.
Pembelajaran secara
    konstruktivisme.
Pembelajaran Masteri
Belajar cara belajar

Kemahiran berfikir dalam p&p.
Aplikasi kecerdasan pelbagai
   dalam p &p.
Penggunaan TMK.
Pengajaran berasaskan Kajian
   Masa Depan.
Pembelajaran secara
   konstruktivisme.
Pembelajaran secara kontesktual.
Pembelajaran akses  kendiri.

Kaedah Pentaksiran
► Berorientasikan peperiksaan
► Lebih kepada penilaian
     Sumatif ;        
-       Penilaian Kemajuan
Berasaskan Sekolah (PKBS)
-       Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR)

► Dijalankan  berterusan untuk
     mengesan perkembangan
     dan pencapaian murid .
► Penilaian Formatif
► Penilaian Sumatif

Bahan
► Sukatan Pelajaran
► Huraian Sukatan Pelajaran
    → Kandungan
   → Huraian Sukatan Pelajaran
► Buku Teks
► Dokumen Kurikulum
    → Standard Kandungan
    → Standard Pembelajaran
► Buku Teks


Organisasi Kurikulum:
Terdapat perbezaan dalam organisasi kurikulum antara KBSR dan KSSR. Pada tahap satu dan dua, murid diajar mata pelajaran teras, wajib dan tambahan bagi KBSR. Untuk KSSR pula, tahap satu berbeza dengan tahap dua iaitu modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif diajar. Manakala pada tahap dua, mata pelajaran teras dan elektif sahaja diajar. Pendidikan Jasmani termasuk dalam modul teras.

Rekabentuk Kurikulum:
Berdasarkan pemahaman tentang kedua-dua jenis kurikulum iaitu antara KBSR dan KSSR, terdapat beberapa perbezaan dari pelbagai aspek. KBSR mempunyai tiga bidang reka bentuk kurikulum iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling, dan perkembangan diri individu. Berbeza dengan KSSR yang secara modularnya mempunyai enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan ketrampilan diri. Tunjang Fizikal dan Estetika merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri.

Peruntukan Masa:

            Berlaku perubahan masa  dalam KBSR, masa bagi pengajaran Pendidikan Jasmani berjalan selama 60 minit berterusan, manakala dalam KSSR, masa pengajarannya juga 60 minit tetapi dijalankan dua kali seminggu ( 30 minit setiap pembelajran ).  Semasa KBSR, Pendidikan Kesihatan digabungkan  dengan Pendidikan Jasmani, tetapi dalam KSSR, Pendidikan Kesihatan telah dipisahkan.

Kaedah pentaksiran:

Perbezaan  yang  jelas dapat dilihat antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek pentaksiran. Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). Skop penilaian merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor serta sikap bakat dan minat murid. Guru merancang dan melaksana cara bagaimana menilai perkembangan dan pencapaian murid secara berterusan. Maklumat dikumpul digunakan untuk merancang tindakan susulan samaada serta merta atau selepas pengajaran satu-satu unit pembelajaran. Tindakan susulan yang dibuat berbentuk ativiti pemulihan atau pengayaan sejajar dengan tahap kebolehan murid. Seterusnya, ujian yang diberi penekanan dalam KBSR ialah ujian sumatif. Contoh ujian sumatif yang ialah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. Aspek penilaian yang diutamakan berfokus kepada domain kognitif, iaitu penguasaan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Mata pelajaran yang diuji ialah Bahasa Melayu, Bahasa Innggeris, Matematik, dan Sains tidak termasuk Pendidikan Jasmani .
 Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR terdapat beberapa kelemahan berbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR  beorientasikan peperiksaan dan tidak menyumbang kepada aspek pembangunan modal insan. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untuk lulus peperiksaan semata-mata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian..
Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentikdan holistik. Terdapat lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiranpsikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat.  Penilaian diuji kepada semua mata pelajaran termasuk Pendidikan Jasmani.
 Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atauverbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah.

Bahan:

Dari segi bahan kurikulum, KBSR menggunakan sukatan pelajaran yang sentiasa diubah mengikut keadaan manakala KSSR menggunakan pendekatan baru iaitu Dokumen Standard Kurikulum, modul pengajaran dan modul pembelajaran. Penggunaan buku teks masih diteruskan dengan kandungan yang baru.

Perbezaan Pelaporan Pencapaian:
Pelaporan pencapaian murid KSSR dalam setiap mata pelajaran termasuk Pendidikan Jasmani tidak lagi berbentuk gred (berdasarkan peratus markah yang diperolehi dalam peperiksaan) seperti dalam KBSR  sebaliknya mereka akan dilabelkan dengan menggunakan band iaitu tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki (band 1 hingga band 6) yang menggambarkan sejauh mana murid-murid telah menguasai sesuatu standard seperti yang dijelaskan dalam deskriptor. Penentuan band murid-murid ini dalam perlu disokong dengan evidens yang telah ditetapkan dalam dokumen standard prestasi.


Namun, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek yang digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat dari aspek pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai persaman iaitu kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran, aplikasi kecerdasan pelbagai, penggunaan TMK ,pengajaran berasaskan kajian masa depan,dan pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri dan belajar cara belajar.
                                                               
Kesimpulan
            Perubahan dalam globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang  dengan kurikulum pendidikan di negara ini.  Bertujuan  menjadi pelapis  generasi akan datang dan tidak ketinggalan dalam arus pemodenan. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dan mewujudkan KSSR dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.
Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif.   Aspek emosi, rohani dan intelek pula dapat dibentuk dalam diri individu apabila murid dapat memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid ke tahap optimum
Pelaksanaan KSSR sangat bertepatan  dan sesuai pada masa -perubahan yang berlaku atas rasional dan alasan yang kukuh berkait dengan kehendak perubahan waktu dan keselarasan  dengan cabara semasa. KBSR dan KSSR mempunyai ciri-ciri kekuatan  masing-masing.           Kedua-dua kurikulum ini berlandaskan prinsip-prinsip yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamatnya adalah untuk melahirkan generasi yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek , rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi  serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.