MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Saturday, March 19

ALAT MENGAPIT DAN MENYANGGA

PENGENALAN ALAT MENGAPIT DAN MENYANGGA
Ketika proses kerja pemasangan, alatan khas hendaklah digunakan untuk mengapit dan menyangga benda kerja supaya kerja dapat dilakukan dengan mudah dan selamat.
Peralatan ini direka khas untuk jenis pemasangan yang tertentu.
Antara alat mengapit dan menyangga yang terdapat dalam folio ini adalah seperti berikut;
*      Ragum meja
*      Apit g
*      Apit F
*      Apit panjang
*      Apit rencong
*      Kakatua

RAGUM MEJA

Gambar 1 : Ragum meja besi

            Ragum meja diperbuat daripada besi tuangan dalam beberapa saiz dan bentuk. Ragum meja terdapat pada meja kerja kayu dan logam. Kegunaan utama ragum meja ialah untuk memegang benda kerja semasa kerja mengergaji, mengetam kayu, mengerudi dan sebagainya. Berikut merupakan gambar bahagian-bahagian ragum meja.

gambar 2 : bahagian-bahagian ragum meja

                Ragum meja dilapik dengan kayu pada rahangnya. Manakala ragum meja logam pula dilapik dengan logam lembut untuk menjaga permukaan kerja. Berikut merupakan bahagian-bahagian ragum meja dan fungsinya;

Nama Bahagian
Fungsi
Rahang
Memegang bahan yang hendak dikerjakan.
Pemegang
Mengawal kedudukan andas.
Andas
Mengetatkan cengkaman apabila memegang bahan yang hendak dikerjakan.

Jadual 1 : Bahagian ragum meja dan fungsinya

APIT G


Gambar 3 : Apit G

            Apit G diperbuat daripada besi tuangan berbentuk G. Dinamakan apit G kerana bentuknya yang menyerupai huruf G. Saiz apit G ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang.  Kegunaan apit G adalah untuk memegang kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu dan memegang kayu yang hendak digerudi, dipahat atau digergaji. 
            Apit G digunakan digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja untuk melindungi permukaan benda kerja. Berikut merupakan bahagian-bahagian apit G.

APIT F


Gambar 6 : Apit F

            Apit F dikenali juga sebagai apit pendek. Ia dinamakan apit f kerana bentuknya yang menyerupai huruf F. Sama seperti apit g, apit F juga diperbuat daripada besi tuangan dan saiz apit G ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang. Biasanya apit F berukuran 150 mm, 300 mm dan 450 mm sahaja.
            Kegunaannya ialah merapatkan tanggam dan kerja-kerja lain yang lebarnya tidak melebihi panjang apit. Pendek kata, apit F digunakan dalam kerja pemasangan tanggam bagi saiz kayu yang pendek.

APIT PANJANG
           
            Diperbuat daripada besi tuangan atau aluminium dengan panjang 0.6 meter, 1.2 meter, 1.5 meter dan 1.8 meter. Ia digunakan untuk proses pemasangan tanggam, pemidang pintu, tingkap, perabut, papan yang hendak dicantum atau diglukan.

 Gambar 7 : Apit panjang

            Apabila melakukan pengapitan, sekeping kayu hendaklah dilapikkan diantara  blok apit dengan bahagian kayu yang dikerjakan supaya mencegah kesan kecatatan berlaku pada tepi kayu.

APIT RENCONG

 
Gambar 8 : Apit rencong

            Apit rencong diperbuat daripada aluminium atau besi tuangan. Fungsinya ialah untuk menetapkan kedua-dua bahagian kayu yang bertanggam rencong apabila hendak diglu atau dipakukan dalam pemasangan kerangka gambar.

 KAKATUA


Gambar 9 : Kakatua


            Dinamakan kakatua kerana muncungnya yang menyerupai paruh burung kakak tua. Digunakan untuk mencabut paku, mengeluarkan paku dan memotong dawai. Biasanya bersaiz antara 125mm hingga 300mm. Kakak tua terdiri daripada lengan, rivet, rahang dan kuku.

            Benda kerja kayu mungkin mengalami kerosakan apabila digunakan untuk mencabut paku, oleh itu sekeping kayu alas hendaklah digunakan bagi mengelakkan sebarang kerosakan.












No comments:

Post a Comment