MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Wednesday, October 30

PANDUAN MENULIS OBJEKTIF RPH PJK

PENULISAN OBJEKTIF
Objektif yang hendak dicapai adalah berbentuk tingkahlaku / eksplisit iaitu yang
boleh dilihat untuk dinilai.


1. OBJEKTIF PSIKOMOTOR
3 perkara penting yang perlu diberi perhatian sebagai pra-syarat menulis
objektif psikomotor:
i. Apa - perlakuan yang perlu dilakukan/ditunjukkan oleh murid
ii. Bagaimana - situasi perlakuan tersebut
iii. Berapa – prestasi/pencapaian minimum yang dikehendaki atau syarat menandakan murid berjaya

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:-
1. melakukan hantaran paras dada tepat kepada rakan sejauh 4 meter sebanyak 8
daripada 10 percubaan.
2. berlari ulang-alik (4 kali) sejauh 10 meter tanpa henti / dalam masa 15 saat.
3. lompat skip sejauh 15 meter sebanyak 3 kali / percubaan.
4. melambung pundi kacang dengan satu tangan setinggi 2 meter dan dapat
menyambut dengan tangan yang lain sebanyak 4 daripada 5 percubaan.
5. mengaplikasikan kemahiran hantaran lob dalam situasi permainan kecil
setiap kali menghantar bola kepada rakan.

2. OBJEKTIF KOGNITIF
Objektif Kognitif berkaitan dengan ilmu atau pengetahuan yang disampaikan kepada murid dan bagaimana murid dapat menterjemahkan atau mentafsirkan ilmu tersebut dalam bentuk lisan atau tulisan. Oleh itu, Kata Kerja yang digunakan dalam pernyataan objektif tingkah laku kognitif
amatlah penting. Kata Kerja ini hendaklah boleh membantu guru menilai (melihat)
sama ada objektifnya tercapai atau tidak.

Senarai 4 kata kerja yang boleh digunakan dalam pernyataan objektif kognitif.
i. menyenaraikan
ii. menjelaskan / menerangkan
iii. menyatakan
iv. mencipta

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:-
1. menyenaraikan 3 posisi betul anggota badan semasa melakukan hantaran paras
dada.
2. menjelaskan sekurang-kurangnya 3 kesalahan yang biasa dilakukan semasa
membuat hantaran.
3. menyatakan sekurang-kurangnya 3 alat kebersihan diri untuk setiap anggota
badan iaitu muka, rambut, telinga, gigi dan badan.
4. mencipta 2 pantun empat kerat yang bertemakan ‘Keselamatan Di Jalan Raya’.

Ingat! Elakkan menggunakan frasa ‘dengan teknik yang betul / dengan cara yang betul’. Frasa ini terlalu umum dan kurang jelas tentang apa yang hendak dinilai.
Apabila perkataan ‘sekurang-kurangnya’ digunakan, ini bermaksud terdapat lebih jawapan daripada bilangan yang dinyatakan. Jika murid dapat memberi lebih dari yang diminta, maka murid tersebut berada di tahap yang membanggakan..

3. OBJEKTIF AFEKTIF
2 Kata Kerja yang tidak dapat membantu guru menilai ialah “mengetahui” dan “memahami”. Elak
guna dua perkataan ini.

Dalam penulisan objektif afektif, kita perlu memberi tumpuan kepada 3 perkara iaitu:
i. nilai atau sikap yang hendak dipupuk
ii. tingkah laku yang mencerminkan nilai atau sikap tersebut
iii. situasi di mana tingkah laku itu boleh wujud / dilihat

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:-
1. menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan menyimpan semua alatan ke
dalam stor di akhir pelajaran.
2. mengamalkan sikap kerjasama dengan membantu atau menyokong kawan
semasa membuat latihtubi kemahiran.
3. menunjukkan semangat kesukanan dengan memberi tepukan kepada pasukan
yang menjuarai permainan kecil.
4. Mempamerkan keyakinan diri dengan mengangkat tangan dan berdiri untuk
memberi jawapan semasa sesi perbincangan kelas.
5. menunjukkan kegembiraan dengan riang dan ketawa sepanjang melakukan
aktiviti.

Ingat!! Guru perlu wujudkan situasi agar tingkahlaku yang diingini dapat
dipupuk dan dilihat.

CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


Pendidikan Jasmani merupakan salah satu subjek yang sama pentingnya dengan subjek-subjek yang lain. Maka, untuk menjadi seorang guru Pendidikan Jasmani yang benar-benar dapat membawa perubahan dan anjakan paradigma kepada sekolah dan murid-murid yang diajarnya, banyak ciri-ciri profesion perguruan perlu disemai dan diterap sepanjang berkhidmat sebagai guru PJ dan juga dalam subjek-subjek lain.
Antara ciri yang dapat dikenalpasti yang sememangnya dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid dalam kelas ialah dengan adanya ciri kemahiran pemudahcara, kemahiran komunikasi, kemahiran mengurus dan penggunaan ABM, kreatif, fleksible, bertanggungjawab, berpengetahuan luas, cergas dirinya dan kemahiran pedagogi
Dengan adanya ciri kemahiran pemudah cara dalam diri seseorang guru Pendidikan Jasmani, beliau akan dapat membimbing, momotivasi muridnya, mengawal disiplin kelas serta memastikan aktiviti dalam pembelajaran berjalan dengan sistematik dan terurus. Maka, hal ini secara langsung merangsang murid untuk belajar kerana suasana bilik darjah yang tenang dan terkawal, malah didukung oleh kata-kata semangat yang diberikan oleh guru membolehkan murid lebih yakin dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi baik dalam bilik darjah mahupun aktiviti padang yang sememangnya meningkatkan prestasi murid-murid dalam kelas yang diajar dan murid akan menjadi lebih proaktif dan ekstrovet.
Ciri kedua yang perlu ada dalam diri seseorang guru Pendidikan Jasmani ialah berkemahiran komunikasi supaya pembelajaran menjadi lancar dan isi pelajaran dapat disampaikan dengan baik dan murid-murid faham akan isi pelajaran. Ciri-ciri komunikasi berkesan dalam pengajaran yang perlu seorang guru Pendidikan Jasmani mahir ialah suara perlulah lancar, lantang, berbahasa betul dan memberi arahan yang jelas. Oleh itu, ciri kemahiran berkomunikasi berkesan yang terdapat dalam diri seseorang guru Pendidikan Jasmani dapat membantu meningkatkan prestasi murid kerana murid dapat memperolehi ilmu melalui penerangan guru, dan apabila guru dapat terang dengan jelas dan bersistematik, input murid tentang isi pelajaran akan berganda lagi kerana mereka bukan sahaja belajar fakta-fakta Pendidikan Jasmani, malah mereka juga belajar Bahasa yang merupakan salah satu subjek teras kepada mereka. Ketaranya, kemahiran komunikasi begitu penting dalam menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid dalam sesebuah bilik darjah.
Ciri ketiga yang perlu ada dalam diri seorang guru Pendidikan Jasmani ialah kemahiran mengurus dan penggunaan ABM. Contohnya, seorang guru Pendidikan Jasmani perlulah ada kemahiran dalam mengurus tempat untuk aktiviti pembelajaran serta menyediakan dan mengurus peralatan yang digunakan. Dengan adanya ciri ini dalam diri guru, murid-murid juga akan belajar daripada guru untuk mengurus peralatan yang digunakan iaitu menyimpan balik peralatan yang sudah selasai digunakan.
Selain daripada itu, guru Jasmani yang dapat mengurus tempat aktiviti pembelajaran dengan baik yang adanya ciri-ciri keselamatan seperti di padang dan trek serta gelanggang dan sebagainya akan dapat memaksimumkan proses pembelajaran murid dalam satu-satu aktiviti atau sukan yang sedang dilaksanakan kerana aspek keselamatan mereka seperti yang dinyatakan dalam Hierarki Keperluan Maslow dipenuhi dan murid berasa selamat bermain dan hal ini menjamin keberkesanan proses pembelajaran berlaku dan membolehkan prestasi mereka meningkat dengan lebih mendadak kerana menurut buku Murid dan Alam Belajar(2009), bermain dapat mengembangakan fizikal (psikomotor), sosioemosi(afektif) dan kognitif seseorang kanak-kanak.
Tambahan pula, seorang guru Pendidikan Jasmani perlu juga ada ciri kreatif dan fleksible. Contohnya dalam mengendalikan sesuatu permainan sukan, seseorang guru perlulah kreatif dalam menggunakan ruang yang ada serta perlu kreatif dalam merancang permainan yang menyeronokkan murid. Selain itu, guru Pendidikan Jasmani juga perlu kreatif dalam merancang permainan kecil -TGFU kepada murid-murid untuk membolehkan murid-murid mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam permainan yang diinovasikan oleh guru, namun tidak lari daripada isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Malahan, seorang guru Pendidikan Jasmani perlu juga fleksible dalam menggunakan kemudahan yang ada dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, andai kata pada hari hujan, Pendidikan Jasmani tidak dapat dijalankan di padang, maka guru Jasmani perlu berfleksible dalam mengajar murid dalam dewan atau dalam kelas atau di mana-mana sahaja mengikut keselesaan dan jumlah murid dalam kelas serta tidak lupa menitikberatkan nilai murni dan aspek keselamatan. Ciri-ciri guru Pendidikan Jasmani ini dapat membantu meningkatkan prestasi murid kerana murid belajar seronok permainan yang direka oleh guru yang sememangnya berkait dengan kemahiran yang diajar oleh guru, dan pelajaran mereka juga tidak tergendala kerana adanya guru yang fleksible dalam mencari jalan penyelesaian apabila adanya halangan yang berlaku.
Selain daripada itu, guru Pendidikan Jasmani juga perlu ada ciri perngetahuan luas serta cergas fizikalnya kendirinya. Sebagai seorang guru Pendidika Jasmani, kandungan pelajaran PJ perlu diambil berat serta tunjang-tunjang PJ perlu dikuasai dengan sebaik mungkin, misalnya tunjang kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Segala ilmu dan isi-isi tersebut perlu dikuasai oleh guru supaya dapat meningkatkan prestasi murid-murid dalam kelas dan juga semasa mereka bersukan kerana guru bukan sahaja hanya memberi “input” fakta-fakta dan cara perlakuan, tetapi perlu juga melihat “output” murid-murid dari segi psikomotor mereka apabila mereka melakukan sesuatu lakuan dan juga dari segi kognitif mereka apabila mereka dapat menyatakan langkah-langkah, tujuan dan kebaikan kemahiran yang dipelajari.
Bahkan, guru Pendidikan Jasmani perlu juga bercirikan kecergasan aspek fizikalnya. Hal ini kerana guru PJ yang cergas dapat menarik perhatian muridnya untuk lebih minat subjek ini. Dan guru yang melibatkan diri secara aktif dengan murid-muridnya apabila bermain juga secara tidak langsung memberi kesan dan kredit dalam menjayakan satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran kerana murid-murid berasa lebih dekat dengan guru dan mereka dapat belajar melalui peniruan iaitu lakuan guru dalam sesuatu kemahiran. Maka semua ini benar dapat membantu meningkatkan prestasi murid dalam sukan, kerja harian dan sahsiahnya.

Berkemahiran pedagogi iaitu kemahiran mengajar juga merupakan salah satu ciri penting yang perlu ada dalam diri seorang guru Pendidikan Jasmani. Hal ini kerana mengajar di padang merupakan sesuatu yang mencabar kerana melibatkan aspek kawalan kelas. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani, guru Mathematik atau apa sahaja guru yang memegang mana-mana subjek, Kemahiran pedagogi dari segi strategi, kaedah dan teknik perlu dikuasai oleh guru dan guru perlu mahir memilih strategi mana untuk diaplikasikan semasa mengajar murid dengan mengambil kira persekitarannya. Malahan kemahiran pedagogi yang dipilih juga perlulah sesuai dengan tahap dan kebolehan murid yang diajar.
Secara tuntasnya, demikianlah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang guru Pendidikan Jasmani. Walaubagaimanapun masih banyak lagi ciri lain yang perlu disemai dalam diri seorang guru PJ supaya dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid dalam kelas ke arah melahirkan murid yang aktif, berkemahiran, bersikap terpuji, dan berintelektual.







PERBEZAAN KBSR DAN KSSR PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN


ASPEK

KBSR
KSSR
Organisasi
kandungan
Ada tiga tunjang iaitu;
a. Kecergasan
b. Kemahiran
c. Kesukanan

Kesukanan diajar secara
berasingan daripada modul kecergasan dan kemahiran
Ada dua modul iaitu;
a. Kemahiran
b. Kecergasan

Kesukanan diajar secara serentak di
bawah modul kecergasan dan
kemahiran.

Kemahiran;
Aspek 1 - Kemahiran pergerakan.
Aspek 2 - Aplikasi pengetahuan
                dalam pergerakan.
Aspek 5 - Kesukanan.

Kecergasan;
Aspek 3 - Kecergasan meningkatkan
                kesihatan.
Aspek 4 - Aplikasi pengetahuan
                dalam meningkatkan
                kecergasan.
Aspek 5 - Kesukanan.

Organisasi
Kurikulum
Tahap 1 dan 2, mata pelajaran;

 ► Teras
 ► Wajib
 ► Tambahan.

Pendidikan Jasmani termasuk dalam mata pelajaran tambahan
Tahap 1 ;

► Modul Teras Asas
► Modul Teras Tema
► Modul Elektif

Tahap 2 ;
► Mata pelajaran Teras dan
     Elektif.

Pendidikan  Jasmani di bawah
Modul Teras Asas.




Matlamat
Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
Bertujuan membina individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan
Nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.

Reka bentuk
kurikulum
Berasaskan tiga bidang ;
► Komunikasi
► Manusia dan alam sekeliling
► Perkembangan diri individu



Berasaskan enam tunjang ;
► Komunikasi
► Kerohanian,sikap dan nilai.
► Kemanusiaan
► Keterampilan diri
► Perkembangan fizikal dan
     Estetika.
► Sains dan teknologi
Masa
Pengajaran dan pembelajaran dijalankan selama 60 minit dalam satu hari

Pengajaran dan pembelajaran dijalankan selama 60 minit dalam dua hari . Contoh ;
Isnin   – 30 minit
Selasa – 30 minit

Fokus
Tidak menyatakan fokus dalam Pendidikan Jasmani.
Terdapat tiga fokus;
i)  Membina kemahiran asas
     pergerakan  dan kemahiran
     motor.
ii) Memperkenalkan konsep
    kecergasan berdasarkan kesihatan.
iii)Memupuk elemen keselamatan,
     tanggungjawab kendiri dan
     sosial semasa melakukan
     aktiviti fizikal.

Pedagogi
Kemahiran berfikir dalam   p&p
Aplikasi kecerdasan pelbagai
   dalam p&p.
Penggunaan TMK.
Pengajaran berasaskan kajian
    masa depan.
Pembelajaran secara
    konstruktivisme.
Pembelajaran Masteri
Belajar cara belajar

Kemahiran berfikir dalam p&p.
Aplikasi kecerdasan pelbagai
   dalam p &p.
Penggunaan TMK.
Pengajaran berasaskan Kajian
   Masa Depan.
Pembelajaran secara
   konstruktivisme.
Pembelajaran secara kontesktual.
Pembelajaran akses  kendiri.

Kaedah Pentaksiran
► Berorientasikan peperiksaan
► Lebih kepada penilaian
     Sumatif ;        
-       Penilaian Kemajuan
Berasaskan Sekolah (PKBS)
-       Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR)

► Dijalankan  berterusan untuk
     mengesan perkembangan
     dan pencapaian murid .
► Penilaian Formatif
► Penilaian Sumatif

Bahan
► Sukatan Pelajaran
► Huraian Sukatan Pelajaran
    → Kandungan
   → Huraian Sukatan Pelajaran
► Buku Teks
► Dokumen Kurikulum
    → Standard Kandungan
    → Standard Pembelajaran
► Buku Teks


Organisasi Kurikulum:
Terdapat perbezaan dalam organisasi kurikulum antara KBSR dan KSSR. Pada tahap satu dan dua, murid diajar mata pelajaran teras, wajib dan tambahan bagi KBSR. Untuk KSSR pula, tahap satu berbeza dengan tahap dua iaitu modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif diajar. Manakala pada tahap dua, mata pelajaran teras dan elektif sahaja diajar. Pendidikan Jasmani termasuk dalam modul teras.

Rekabentuk Kurikulum:
Berdasarkan pemahaman tentang kedua-dua jenis kurikulum iaitu antara KBSR dan KSSR, terdapat beberapa perbezaan dari pelbagai aspek. KBSR mempunyai tiga bidang reka bentuk kurikulum iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling, dan perkembangan diri individu. Berbeza dengan KSSR yang secara modularnya mempunyai enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan ketrampilan diri. Tunjang Fizikal dan Estetika merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri.

Peruntukan Masa:

            Berlaku perubahan masa  dalam KBSR, masa bagi pengajaran Pendidikan Jasmani berjalan selama 60 minit berterusan, manakala dalam KSSR, masa pengajarannya juga 60 minit tetapi dijalankan dua kali seminggu ( 30 minit setiap pembelajran ).  Semasa KBSR, Pendidikan Kesihatan digabungkan  dengan Pendidikan Jasmani, tetapi dalam KSSR, Pendidikan Kesihatan telah dipisahkan.

Kaedah pentaksiran:

Perbezaan  yang  jelas dapat dilihat antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek pentaksiran. Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). Skop penilaian merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor serta sikap bakat dan minat murid. Guru merancang dan melaksana cara bagaimana menilai perkembangan dan pencapaian murid secara berterusan. Maklumat dikumpul digunakan untuk merancang tindakan susulan samaada serta merta atau selepas pengajaran satu-satu unit pembelajaran. Tindakan susulan yang dibuat berbentuk ativiti pemulihan atau pengayaan sejajar dengan tahap kebolehan murid. Seterusnya, ujian yang diberi penekanan dalam KBSR ialah ujian sumatif. Contoh ujian sumatif yang ialah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. Aspek penilaian yang diutamakan berfokus kepada domain kognitif, iaitu penguasaan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Mata pelajaran yang diuji ialah Bahasa Melayu, Bahasa Innggeris, Matematik, dan Sains tidak termasuk Pendidikan Jasmani .
 Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR terdapat beberapa kelemahan berbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR  beorientasikan peperiksaan dan tidak menyumbang kepada aspek pembangunan modal insan. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untuk lulus peperiksaan semata-mata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian..
Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentikdan holistik. Terdapat lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiranpsikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat.  Penilaian diuji kepada semua mata pelajaran termasuk Pendidikan Jasmani.
 Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atauverbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah.

Bahan:

Dari segi bahan kurikulum, KBSR menggunakan sukatan pelajaran yang sentiasa diubah mengikut keadaan manakala KSSR menggunakan pendekatan baru iaitu Dokumen Standard Kurikulum, modul pengajaran dan modul pembelajaran. Penggunaan buku teks masih diteruskan dengan kandungan yang baru.

Perbezaan Pelaporan Pencapaian:
Pelaporan pencapaian murid KSSR dalam setiap mata pelajaran termasuk Pendidikan Jasmani tidak lagi berbentuk gred (berdasarkan peratus markah yang diperolehi dalam peperiksaan) seperti dalam KBSR  sebaliknya mereka akan dilabelkan dengan menggunakan band iaitu tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki (band 1 hingga band 6) yang menggambarkan sejauh mana murid-murid telah menguasai sesuatu standard seperti yang dijelaskan dalam deskriptor. Penentuan band murid-murid ini dalam perlu disokong dengan evidens yang telah ditetapkan dalam dokumen standard prestasi.


Namun, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek yang digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat dari aspek pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai persaman iaitu kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran, aplikasi kecerdasan pelbagai, penggunaan TMK ,pengajaran berasaskan kajian masa depan,dan pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri dan belajar cara belajar.
                                                               
Kesimpulan
            Perubahan dalam globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang  dengan kurikulum pendidikan di negara ini.  Bertujuan  menjadi pelapis  generasi akan datang dan tidak ketinggalan dalam arus pemodenan. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dan mewujudkan KSSR dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.
Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif.   Aspek emosi, rohani dan intelek pula dapat dibentuk dalam diri individu apabila murid dapat memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid ke tahap optimum
Pelaksanaan KSSR sangat bertepatan  dan sesuai pada masa -perubahan yang berlaku atas rasional dan alasan yang kukuh berkait dengan kehendak perubahan waktu dan keselarasan  dengan cabara semasa. KBSR dan KSSR mempunyai ciri-ciri kekuatan  masing-masing.           Kedua-dua kurikulum ini berlandaskan prinsip-prinsip yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamatnya adalah untuk melahirkan generasi yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek , rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi  serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.



Friday, October 18

CONTOH PERMAINAN BAHASA

PERMAINAN MEMBINA AYAT TUNGGAL
KELAS : TAHUN 2


Objektif permainan  : Melalui permainan ini, murid dapat;
1.     Membina ayat tunggal yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2.     Dapat meluahkan idea secara spontan berpandukan perkataan.
3.     Meningkatkan kemahiran mengeja, menyebut dan membina ayat.

Kemahiran yang terlibat :
1.     Mengeja perkataan
2.     Menyebut perkataan dengan kuat dan jelas
3.     Membina ayat tunggal

Alatan yang diperlukan :
1.     2 set nombor 1-8
2.     Kotak ajaib
3.     20 perkataan kata nama am

Cara pelaksanaan permainan :
1.     Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada  8 orang murid.
2.     Setiap kumpulan murid itu diberi nombor 1 hingga 8.
3.     Murid diminta berbaris mengikut kumpulan masing-masing mengikut susunan nombor yang telah diberi.
4.     Kotak ajaib yang mengandungi perkataan kata nama khas diletakkan di tengah-tengah antara kedua-dua kumpulan tersebut.
5.     Apabila guru menyebut nombor ahli kumpulan, murid dari kedua-dua kumpulan tersebut akan berlari ke arah bakul untuk mengambil mana-mana kad perkataan itu.
6.     Murid yang berjaya terlebih dahulu mengambil kad perkataan itu, akan  menunjukkan kad perkataan kepada kelas kemudian mengeja dan menyebut perkataan yang diperolehnya dengan kuat dan jelas.
7.     Murid nombor yang sama dari kumpulan lawan mesti membina ayat tunggal dengan menggunakan perkataan pada kad perkataan tersebut.  Sekiranya murid tersebut tidak berjaya membina ayat dalam tempoh yang tertentu, satu markah akan diberikan kepada kumpulan lawan. 
8.     Guru akan menentukan sama ada ayat yang dibuat betul atau tidak. Jika ayat tunggal yang dibina salah, maka kumpulan lawan akan mendapat 2 markah. Tiada markah bagi kumpulan yang salah membina ayat. 

9.     Aktiviti ini akan dilakukan berulang kali mengikut nombor yang berlainan sehingga perkataan dalam kotak ajaib selesai dicabut.