MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Tuesday, August 2

KEMAHIRAN BELAJAR

Menurut Kamus Dewan Bahasa(Edisi ke3) kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau kepandaian manakala definisi bagi belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran iaitu dengan adanya rangsangan-rangsangan,pemilihan rangsangan yang yang sesuai oleh organ deria,pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak,membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan dan mengamalkan dalam situasi yang sepadan dan perubahan tingkah laku.
Dengan itu,definisi bagi kemahiran belajar adalah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada guru atau tanpa guru. Terdapat pelbagai kajian dan pendapat terhadap kemahiran belajar yang telah diketengahkan. Menurut Abdul Razak Habib(2002) kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu.
Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang,lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif apabila mereka mempunyai teknik belajar yang berkesan.Justeru itu,kaedah dan pendekatan kemahiran belajar yang lebih praktikal adalah wajar untuk diketengahkan kepada para pelajar.