MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Tuesday, August 2

PENGENALAN GET LOGIK

                                      PENGENALAN GET LOGIK
1.      Logik perduaan menggunakan dua keadaan, 0 dan 1 yang masing-masing dinamakan logik 0 dan logik 1 (suatu sistem tidak boleh berada dalam keadaan yang sama pada masa yang sama).Sistem nombor perduaan (1atau 0) mewakili keadaan logik yang benar atau palsu.
2.      Keadaan benar, litar tertutup, mentol menyala, dan beza keupayaan tinggi diwakili oleh logik 1. Keadaan palsu, litar terbuka, mentol tidak menyala, dan beza keupayaan rendah diwakili oleh logik 0.
Get Logik
1.      Get logik ialah peranti elektronik yang mempunyai satu atau beberapa input dan hanya mempunyai satu output. Get logik juga merupakan suatu litar elektronik yang menentukan sama ada suatu isyarat input dibenarkan dihantar ke output.
2.      Litar get logik bertindak sebagai suis automatik walaupun get logik tidak mempunyai bahagian yang boleh bergerak. Get logik terbuka untuk membenarkan penghantaran isyarat dan tertutup untuk menyekatkannya.
3.      Output suatu get logik bergantung kepada keadaan input dan juga jenis get logik yang digunakan.
4.      Jumlah bilangan gabungan yang mungkin (N) bagi n pembolehubah input boleh dihitung dari formula.
5.      Terdapat 3 jenis utama get logik iaitu get DAN, get ATAU, get TAK
  1. Jadual Kebenaran ialah jadual yang menyenaraikan semua situasi yang mungkin pada input dan pada output.
  1. Get logik menggunakan diod, perintang dan transistor.

  LITAR GET LOGIK : Litar Penambah Separuh
1.      Suatu sistem nombor ialah suatu kod yang menggunakan simbol untuk mewakili bilangan item.
    1. Simbol nombor perpuluhan menggunakan simbol 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, dan 9. Sistem nombor ini mempunyai 10 simbol, oleh itu dinamakan sebagai sistem dasar 10.
    2. Sistem nombor perduaan hanya memiliki dua simbol, iaitu 0 dan 1. Sistem nombor ini dinamakan sebagai sistem dasar 2.
  1. Jadual kebenaran untuk penambahan dua nombor perduaan berdigit tunggal seperti ditunjukkan dalam jadual di bawah
INPUT
OUTPUT
A
B
S
C
0
0
0
0
0
1
1
0
1
0
1
0
1
1
0
1
4.      Perhatikan ciri-ciri output S dalan Jadual di atas. Output S hanya berlogik 1 jika logik kedua-dua input adalah berbeza.
5.      Litar elektronik yang boleh melakukan operasi penambahan dua nombor perduaan berdigit tunggal dikenali sebagai litar penambah separuh (half-adder circuit).

LITAR GET LOGIK : Litar Penolakan SeparuH

  1. Penolakan di atas boleh diringkaskan dalam bentuk jadual kebenaran seperti di bawah.
INPUT
OUTPUT
A
B
S
D
0
0
0
0
0
1
1
1
1
0
1
0
1
1
0
0
3.      Ciri-ciri output S dalam jadual di atas, sama seperti output untuk litar penambah separuh.
4.      Litar elektronik yang boleh melakukan operasi penolakan dua nombor perduaan berdigit tunggal dikenali sebagai litar penolak separuh (half-subtractor circuit).
5.      Litar penolak separuh mempunyai dua input (A dan B) dan dua output (S dan D).


LITAR GET LOGIK : Litar Flip-flop
  1. Litar flip-flop dibina daripada 2  komponen get TAK-DAN atau 2 get TAK-ATAU disambung secara bersilang.
  1. Jadual kebenaran litar flip-flop
Input
Output
Keadaan
S
R
P
Q
1
1
1
0
awal
1
0
0
1
Flip (set)
1
1
0
1
kekal
0
1
1
0
Flop (reset)
1
1
1
0
kekal
3.      Flip-flop dikatakan bersifat selak dwistabil (bistable latch) yang bermaksud boleh "mengingati" keadaan input yang terdahulu.
4.      Litar flip-flop merupakan litar asas pembinaan litar-litar ingatan dalam  komputer dan kalkulator untuk  menyimpan data yang   diterima.
  1. Litar flip-flop merupakan litar logik berjujukan (sequential logic) kerana keadaan output bergantung kepada keadaan input yang terdahulu.

1.      Penggunaan Litar Flip-Flop dalam Litar Penggera Keselamatan kereta
    1. Untuk memulakan sistem penggera kereta, pemandu menekan Suis S. Lampu (P) menyala menunjukkan penggera telah dihidupkan.
    2. Jika pintu kereta (R) dibuka, lampu (P) padam tetapi Loceng Penggera (Q) berbunyi menunjukkan pintu dibuka oleh pencuri.
    3. Walaupun pencuri menutup semula pintu kereta (P), loceng penggera masih berbunyi
    4. Loceng Penggera (P) akan berhenti berbunyi apabila pemandu kereta menekanSuis (S)
    5. Sistem penggera dimulakan semula apabila Suis (S) ditekan.

SISTEM KOMPUTER
  1. Sistem Digital dan Sistem Analog
Sistem Digital
Sistem Analog
o    Memproses maklumat dengan cara menghitung atau mengira
o    Data dalam bentuk diskrit atau kuantit
o    Data diwakili oleh nombor, huruf, simbol
o    Mempunyai kejituan tinggi
o    Kurang gangguan bising
o    Sesuai digunakan dalam bidang perniagaan perdagangan kerana pengendalianmenggunakan nombor.
o    Contoh sistem digital ialah kalkulator
o    Memproses maklumat dengan cara mengukur atau menyukat
o    Data dalam bentuk yang berubah dan berterusan
o    Data dalam bentuk graf atau isyarat
o    Mempunyai kejituan rendah
o    Dipengaruhi gangguan bising
o    Sesuai digunakan dalam bidang analisis sistem yang memerlukan sukatanberterusan.
o    Contoh sistem analog ialah komputer dalam pemprosesan petroleum.

2.      Struktur Asas Sistem Komputer Digital dan Fungsinya
    1. Komputer digital ialah komputer yang menggunakan sistem binari (asas dua) untuk memproses maklumat.
    2. Data ialah maklumat mentah yang belum diproses.
    3. Program atau pengaturcaraan komputer digunakan untuk mengarahkan komputerbagaimana memproses data-data dimasukkan.
    4. Pengaturcaraan (Program komputer) dikenali sebagai perisian (software)manakala peralatan komputer dikenali sebagai perkakasan (hardware)
    5. Sistem Operasi (Operating System) adalah perisian utama yang mengawal perjalanan komputer secara keseluruhan.

No comments:

Post a Comment