MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Wednesday, August 3

RANCANGAN PERNIAGAAN


Rancangan Perniagaan adalah satu dokumen bertulis di antara 25 hingga 40 muka surat yang menerangkan tentang:
·                     Perniagaan atau projek yang akan dijalankan; hala tuju perniagaan dan
bagaimana ia akan berkembang secara menyeluruh
·                     Kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada
masa hadapan untuk membangunkan perniagaan serta
·                     Ramalan-ramalan, jangkaan-jangkaan dan cara perlaksanaan strategi
perniagaan.

Sesetengah pihak menggunakan nama-nama lain untuk Rancangan Perniagaan. Di antaranya adalah pelan induk perniagaan, kertas kerja, kertas projek atau prospektus. Rancangan Perniagaan merupakan peta yang akan menentukan arah tuju syarikat dan strategi bagaimana kejayaan dicapai oleh usahawan.