MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Tuesday, August 2

PERANAN USAHAWAN DALAM MASYARAKAT

Peranan usahawan dilihat dari dua sudut:-

  1. Aspek  mikro
  2. Aspek makro

  1. Aspek mikro
·         sebagai sumber idea dan pembaharuan
·         sentiasa melihat masalah yang wujud sebagai peluang idea perniagaan
·         melaksanakan perancangan strategik bagi merealisasikan idea perniagaan
·         berhadapan dengan kekaburan, ketidakpastian, dan risiko kemungkinan kegagalan

  1. Aspek makro
·         mewujudkan peluang pekerjaan
·         meningkatkan taraf hidup rakyat
·         membangunkan industri sokongan
·         mempelbagaikan barangan di pasaran seiring dengan peningkatan teknologi
·         menggunakan sumber dengan cekap
·         perniagaan turun temurun yang diwarisi
·         sebagai model ikutan masyarakat.

Pendekatan  Islam terhadap keusahawanan.
  • Allah ialah pemilik mutlak
  • Kekayaan di dunia adalah untuk mencari kehidupan di akhirat
  • Bahagian di dunia tidak boleh ditinggalkan dalam mengejar akhirat
  • Tetap berlaku adil sesama manusia
  • Tidak boleh melakukan sebarang kerosakan

Aktiviti ekonomi yang dianggap sebagai ibadah:-
  • Akidah mesti betul
  • Niat mesti betul
  • Cara melakukan kerja yang sesuai dengan ajaran islam
  • Natijahnya betul dan membawa faedah kepada orang ramai
  • Tidak meninggalkan ibadah wajib yang khusus.

Sifat-sifat peribadi usahawan berjaya menurut perspektif Islam:-
  • Menjaga yang halal dan menjauhi yang haram tentang barangan yang diniagakan
  • Menjauhi penipuan
  • Berurus niaga dengan orang yang mengamalkan perniagaan secara Islam
  • Memahami bahawa harta yang diperolehi adalah dari Allah dan milik mutlak-Nya.
  • Bersegera mengeluarkan harta di jalan kebaikan
  • Sistematik dalam kerja, waktu dan mempamerkan perniagaan
  • Menjaga kebersihan tempat perniagaan dan memastikan barang perniagaan tidak rosak
  • Mudah semasa berurus niaga
  • Mendapat kepercayaan, berhubungan baik dan beramanah.



Ciri-ciri milikan tunggal dan perkongsian

Terdapat 4 bentuk perniagaan:-
1. pemilikan tunggal
2.perkongsian
3.syarikat
4.koperasi

Tetapi kita cuma mempelajari 2 bentuk sahaja iaitu pemilikan tunggal dan perkongsian.

  1. Milikan tunggal

Kebanyakkan perniagaan kecil di Malaysia adalah terdiri daripada milikan tunggal. Contohnya kedai buku, kedai runcit dan klinik doktor.

Ciri-ciri milikan tunggal.

a)      Milikan
·   dimiliki oleh seorang individu secara persendirian.
·   Bertanggungjawab sepenuhnya atas kejayaan dan kegagalan perniagaannya.
·   Contohnya Kedai Kasut Chong, Ejen Insurans Roslan, dan Klinik Mathan.

b)      Modal
·     Disumbangkan oleh pemilik sendiri, sama ada daripada simpanan sendiri, pinjaman dari bank, institusi kewangan, badan kerajaan, kawan dan saudara mara.

c)      Pengurusan
·     dikawal, ditadbir, dan diuruskan oleh diri sendiri, dibantu oleh ahli keluarga atau pekerja yang dibayar gaji.
·     Corak dan cara pengurusan ditentukan oleh pemilik sendiri tanpa perlu berunding dengan pihak lain.


d)     Pembentukan
·         mesti mempunyai premis yang tetap dan perlu mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
·         perlu mengisi dan melengkapkan Borang A
·         perlu membayar yuran pendaftaran

e)      Liabiliti ( tuntutan peminjan keatas aset perniagaan)
·         Menanggung liabiliti tidak terhad iaitu menangunggung hutan dan kerugian perniagaan sehingga melibatkan harta peribadinya.
·         Tiada pemisahan antara harta perniagaan dan harta persendirian pemilik jika berlaku muflis kesemua hartanya boleh dirampas mengikut undang-undang.

f)       Agihan keuntungan dan kerugian
·         Pemilik bertanggungjawab sepenuhnya atas keuntungan dan kerugian yang diperolehinya.

g)      Cukai
·         pemilik hanya menanggung kadar cukai pendapatan peribadi.

  1. Perkongsian
·         Ia sebuah badan perniagaan yang dimiliki minimunnya 2 orang dan maksimumnya 20 orang.
·         Sebelum perkongsian dimulakan, persetujuan mesti dicapai antara ahli kongsi tentang jenis perniagaan yang akan diceburi, serta tanggungjawab dan tugas masing-masing.
·         Persetujuan dibuat secara bertulis dalam bentuk perjanjian yang disebut Ikatan Perkongsian.
·         Perkongsian ditubuhkan untuk menggabungkan kepakaran, kemahiran, dan pengetahuan untuk menjayakan sesuatu perniagaan.
·         Contohnya klinik doktor, firma guaman, firma akauntan, agensi pelancongan dan sebagainya.

Ciri-ciri perkongsian

a)      Milikan
·         orang yang menyumbangkan modal kepada perkongsian dinamakan rakan                    kongsi dan mereka adalah pemilik sah perkongian itu dari segi undang-undang. Bilangan ahlinya adalah 2 hingga 20 orang.

b)     Modal
·         sumbangan modal oleh pekongsi mengikut kadar yang dipersetujui dalam perjanjian yang disebut Ikatan Perkongsian. Terdapat 3 jenis pekongsi dalam suatu perkongsian, iaitu:-
o   rakan aktif  yang menyumbang modal dan berperanan cergas dalam pengurusan perniagaan
o   rakan lelap yang menyumbangkan modal tetapi tidak mengambil bahagian dalam pengurusan
o   rakan nominal yang tidak menyumbangkan modal dan tidak mengambil bahagian dalam pengurusan tetapi hanya membenarkan namanya digunakan dalam perniagaan.
c)      Pengurusan
·                                                       Pekongsi aktif menerima bahagian dalam pengurusan dan dibayar gaji
·               Pekongsi lelap tidak campur tangan dalam urusan perkongsian tetapi berhak memeriksa buku akaun dan memberi nasihat.
·               Pekongsi nominal tidak aktif dalam pengurusan tetapi mendapat imbuhan kerana namanya digunakan dalam perniagaan.

d)     Pembentukan Perkongsian
·               Perkongsian ditubuhkan menurut Pendaftaran perniagaan 1956 dan didaftarkan dengan Pendaftar perniagaan, suruhanjaya Syarikat Malaysia.
·               Perjanjian perkongsian harus dibuat semasa pendaftaran untuk mengelakkan sebarang salah faham yang mungkin berlaku antara pekongsi.

e)      Liabiliti
·         setiap pekongsi menanggung liabiliti tidak terhad.
·         Setiap pekongsi akan menanggung keugian sehingga melibatkan harta peribadinya.
·         Jika perkongsian itu menanggung kerugian, harta setiap pekongsi boleh dipaksa jual atas tindakan mahkamah untuk menampung kerugian, harta setiap pekongsi boleh dipaksa jual atas tindakan mahkamah untuk menampung kerugian.

f)       Pembahagian untung Rugi
·         Untung dan rugi akan dibahagikan antara pekongsi menurut nisbah yang dipersetujui dalam perjanjian perkongsian.
·         Akta Perkongsian 1961 mensyaratkan pembahagian untung rugi dibuat secara sama rata di antara semua pekongsi.

g)      Cukai
·         Setiap pekongsi tertakluk kepada kadar cukai pendapatan perseorangan yang jauh lebih rendah daripada cukai syarikat.