MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Tuesday, August 2

CAMPURAN PEMASARAN

CAMPURAN PEMASARAN

 -iaitu 4P iaitu :-
  • produk,
  •  pengedaran,
  •  penentunan harga
  •  promosi

  1. Produk
-          adalah sesuatu perkara yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian, pemilikan atau penggunaan yang berkemungkinan akan memuaskan sesuatu kehendak atau keperluan individu atau kumpulan.
-          Ciri-ciri produk terbahagi kepada 3 peringkat:-
§  Produk utama
§  Produk sebenar
§  Produk tambahan
-          klafikasi produk :-
§  produk pengguna
§  produk industri




-          produk pengguna terdiri daripada
§  produk mudah
§  produk membeli-belah
§  produk istimewa
§  produk tidak dicari


-sifat-sifat produk terbahagi kepada 3 perkara:-
  • kualiti produk
  • ciri-ciri produk
  • reka bentuk produk

  1. Penentuan Harga

Harga merupakan satu daripada elemen campuran pemasaran dan merupakan aspek penting pembeli dan penjual.

Bagi komsumer, harga ialah nilai pertukaran bagi sesuatu barangan atau perkhidmatan

Bagi penjual, harga ialah satu sumber pendapatan yang dihasilkan melalui jualan.

Harga merupakan :-
·         satu nilai pertukaran kepada pengguna dalam transaki perniagaan.
·         Membantu pembeli pembeli buat keputusan tentang bagaimana mendapatkan utiliti yang diharapkan daripada setiap belian yang dibuat.
·         Ia juga sebagai isyarat kualiti bagi sesuatu produk.

Dua objektif utama dalam penentuan harga:
  • Meningkatkan jualan dan syer pasaran
  • Meningkatkan keuntungan

Faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi keputusan penentuan harga:-
  • Objektif pemasaran
  • Strategi campuran pemasaran
  • Kos
  • Pertimbangan organisasi

Kaedah penentuan harga umum
  • Penentuan harga berdasarkan kos
  • Penentuan harga
  • Berdasarkan nilai
  • Penentuan harga berdasarkan pesaing.

Penentuan harga yang berdasarkan nilai menggunakan persepsi pembeli tentang produk dan bukannya kos penjual sebagai penentunya.

Dalam kaedah penentuan harga berdasarkan pesaing pemasar akan membandingkan harga yang ditawarkan oleh pesaing.

Strategi penentuan harga campuran produk:-

  • Penentuan  harga barisan
  • Penentuan harga produk
  • Penentuan harga produk sampingan
  • Penentuan harga pakej

Strategi penyelarasan harga (penyesuaian) harga;-

·         Penentuan potongan harga diskaun dan elaun
·         Harga psikologi
·         Penentuan harga promosi
·         Penentuan harga geografi

  1. Promosi

Promosi dikenali sebagai komunikasi pemasaran iaitu proses untuk mempengaruhi seseorang dengan berkongsi idea, maklumat dan perasaan.

Usaha-usaha yang dilakukan oleh pemasar untuk berkomunikasi dengan sasaran pengguna dikenali sebagai promosi

Campuran promosi merupakan satu daripada komponen penting dalam campuran pemasaran.

Campuran promosi merupakan gabungan antara pengiklanan, jualan peribadi, promosi jualan, pemasaran langsung dan perhubungan awam untuk mencapai promosi objektif promosi.

a)      Tujuan promosi

·         Untuk mendapatkan perhatian pengguna
·         Untuk mengajar pengguna
·         Untuk memujuk pengguna
·         Untuk meyakinkan pengguna
·         Untuk menyedarkan pengguna
·         Untuk mengingatkan pengguna





b)      Langkah-langkah dalam mengembangkan komunikasi yang berkesan:
·         mengenal pasti sasaran audiens
·         menentukan objektif komunikasi
·         mereka bentuk mesej
·         memilih media
·         mendapatkan maklum balas

c)      kaedah utama untuk menetapkan belanjawan promosi:-
·         kaedah mengikut kemampuan
·         kaedah peratusan jualan
·         kaedah bersaing
·         kaedah objektif dan tugas

d)     elemen dalam campuran promosi
·         jualan peribadi
·         pengiklanan
·         publisiti
·         promosi
·         perhubungan awam

e)      promosi jualan
·         aktiviti yang menawarkan insentif jangka pendek untuk mendorong tindakan terus daripada konsumer, syarikat, atau membuat pembelian

f)       alat promosi yang dapat menarik minat pengguna akhir untuk membeli:

·         kupon
·         sampel
·         premium
·         potongan harga
·         rebat/pemulangan wang tunai
·         peraduan
·         tawaran istimewa

g)      alat promosi yang digunakan oleh pengeluar untuk mempromosi barang industri:-
·         mesyuarat jualan
·         peraduan jualan
·         papan tanda perniagaan percuma
·          pameran perdagangan
·         demonstrasi

h)      pengiklanan
·         komunikasi tidak langsung yang dibayar oleh pihak pengeluar atau penaja yang dikenal pasti untuk memperkenalkan( memberitahu), mempromosikan ( memujuk) dan meningkatkan ( mengingatkan) jualan produk.

  1. Pengedaran

                  Ia merupakan satu proses pengagihan adalah satu proses memindahkan barangan dari pusat pengeluaran kepada konsumer di lokasi dan masa yang dikehendaki oleh mereka. Proses ini memerlukan saluran agihan yang menyeluruh bagi memastikan produk yang dikeluarkan akan mudah dibeli atau didapati oleh pengguna.

a)      fungsi saluran pengagihan adalah:-
·         mengumpul dan mengagihkan maklumat pemasaran
·         mempromosikan tawaran sesuatu produk
·         menghubungi pengguna yang berpotensi dengan pengeluar
·         memadankan harga yang sesuai dan lain-lain syarat yang berkaitan dengan penawaran supaya pemilikan sesuatu produk itu dapat bertukar tangan daripada penjual kepada pembeli.

      b) Tahap saluran agihan :-
  • saluran pemasaran langsung
  • saluran pemasaran tidak langsung
 
       c)  saluran agihan dibentuk berdasarkan :-

·         menganalisis keperluan perkhidmatan pengguna
·         mengadakan objektif dan kekangan saluran  agihan
·         mengenal pasti alternatif saluran agihan
·         menilai saluran agihan

d) fungsi-fungsi logistik adalah:-

  • memproses pesanan
  • penggudangan
  • inventori
  • pengangkutan

e) peruncitan

f) pemborong