MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Friday, November 14

SANITASI MAKANAN

Sanitasi makanan merujuk kepada pengawalan kebersihan dan keselamatan dengan mengamalkan dengan mengamalkan prinsip kebersihan semasa penyediaan dan penyimpanan makanan supaya pencemaran makanan tidak berlaku. Sanitasi makanan juga merupakan salah satu usaha pencegahan yang menitik beratkan kegiatan dan tindakan yang perlu untuk membebaskan makanan dan minuman dari segala bahaya yang dapat menganggu atau memasak kesihatan bermula dari sebelum makanan dihasilkan, selama dalam proses pengolahan, penyimpanan, pengangkutan, sehingga makanan dan minuman tersebut siap untuk dipasarkan kepada masyarakat atau konsumer. Aplikasi prinsip kebersihan perlu diamalkan semasa mengendalikan makanan.


Prinsip Kebersihan Makanan

Sanitasi makanan merujuk kepada pengawalan kebersihan dan keselamatan dengan mengamalkan prinsip kebersihan semasa penyediaan dan penyimpanan makanan supaya pencemaran makanan tidak berlaku. Prinsip Kebersihan makanan meliputi kebersihan diri, menyedia, memasak dan menyaji makanan serta menyimpan bahan makanan dan makanan yang telah dimasak.

a. Kebersihan Diri

Tabiat yang bersih dan penjagaan kebersihan diri seharusnya diamalkan pada setiap masa.
1. Elakkan daripada menyediakan makanan jika menghidap penyakit berjangkit.
2. Rambut hendaklah ditutup dengan skarf aatu kep.
3.  Tangan hendaklah dibersihkan sebelum menyentuh makanan.
4. Pastikan memakai pakaian dan apron yang bersih.
5. Balut semua luka dengan pembalut kalis air.
6.  Mangamalkan tabiat yang bersih. 

b.  Menyediakan Makanan
Perkara berikut perlu dipertimbangkan dalam menyediakan makanan.
1.  Alatan dapur bersih sebelum digunakan.
2. Tutup semua makanan supaya tidak dihinggapi lalat.
3. Makanan sejuk beku perlu dinyahfroskan dengan sempurna 
4. Gunakan keseluruhan porsi yang telah dinyahfroskan
5. Elakkan pencemaran silang.
6. Semua sisa makanan perlu dibungkus sebelum dibuang. 

c. Memasak Makanan


Perkara yang berikut perlu dipertimbangkan dalam menyediakan makanan.
1. Pastikan alatan tidak retak atau sumbing dan dicuci dengan bersih
2. Pastikan camca yang telah digunakan untuk merasa makanan dibersihkan.
3. Pastikan permukaan meja kerja sentiasa bersih.
4. Semua alatan yang kotor mestilah dicuci dengan segera. 
5. Jangan menggunakan tuala secara bercampur aduk bagi kerja2 yang berlainan.

d.  Pencemaran Makanan
Makanan mentah dan makanan dimasak mudah rosak disebabkan oleh tindakan organisma perosak makanan, tindak balas enzim di dalam makanan atau di dalam persekitaran. Makanan yang tercemar dan penyedia makanaan adalah sumber utama transmisi mikroorganisma kepada manusia. Makanan yang tidak selamat dimakan mengandungi bahan patogen yang menyebabkan penyakit kepada manusia.

Makanan yang tercemar akan berubah rupa, rasa, bau dan tekstur. Keracunan makanan adalah disebabkan oleh makanan yang telah tercemar. Keracunan menyebabkan cirit birit, muntah dan kemungkinan kematian. Kesan keracunan dapat dirasai selepas satu hingga 30 jam memakan makanan yang telah dicemari.

>> Haiwan dan serangga perosak
Makhluk perosak seperti lalat, lipas, tikus, burung dan binatang peliharaan adalah pembawa habuk, kekotoran dan bakteria. Kawalan serangga dan haiwan ini akan membantu mengurangkan pencemaran makanan secara berkesan. Contoh haiwan perosak. 

>>Punca pencemaran kimia
Bahan aditif ialah bahan kimia yang ditambah dalam makanan bagi memperbaiki rasa tekstur, dan rupa makanan (contoh bahan pewarna dan pengawet dalam makanan). Contoh bahan aditif adalah penstabil, bahan pewarna, pengawet yang boleh mencemarkan bahan makanan ialah :
  • asid sorbik didalam jeruk dan keju
  • monosodium glutamate (MSG) di dalam sup dan snek
  • asid borik didalam bebola ikan dan mi
  • asid laktik didalam biskut dan minuman
  • sulfur dioksidaa didalam buah-buahan kering
  • Bahan kimia (contoh bahan racun serangga, racun rumpai, dan baja kimia)
  • Bahan kimia ini akan menjadi berbahaya apabila digunakan secara berlebihan atau dimasukkan secara segaja atau tidak sengaja.
  • Logam (contoh bahan aluminium, ferum, kuprum, plumbum, dan merkuri) 
  
>>Tindakbalas enzim
Tindakan enzim menyebabkan makanan cepat masak contohnyah buah-buahan akan menjadi kuning atau perang oleh tindak balas enzim tersebut. Buah betik akan menjadi perang, ranum, dan cepat rosak oleh tindak balas enzim didalamnya. 


>> Perubahan fizikal
Pencemaran makanan boleh menyebabkan perubahan fizikal pada makanan seperti perubahan warna, rasa, bau, rupa, dan tekstur. Perubahan fizikal berlaku apabila makanan berkaleng atau berpek  melepasi tarikh luput atau berlaku kerosakan pada tin atau pembungkus. Makanan segar seperti ikan akan mempunyai mata merah, ingsang pucat dan bau busuk bila telah dicemari. Sayuran dan buah-buahanan akan layu, kecut dan menjadi busuk jika disimpan dalam tempoh yang lama 

>>Mikroorganisma
Mikroorganisma mengeluarkan toksin dan menyebabkan makanan tercemar termasuk Stapphylococcus aureus,Clostridium botulinum,Clostridium perfringens, dan kulat.

Tuesday, September 9

PENILAIAN

PENILAIAN
3.1 Definisi
Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.
Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi.  Dalam kurikulum Bersepadu sekolah Rendah (KBSR) semakan (2003) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (mulai 2011), penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur dan membuat pertimbangan tentang kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran.
Stufflebeam et al. (1971) menyatakan bahawa “accessment is the process of delineating, obtaining and providing useful information for judgements decision alternatives”. Kenyataan beliau bermaksud penilaian adalah satu proses untuk mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Menurut Gay (1985) pula berpendapat bahawa, penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Penilaian ini membantu guru supaya dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Prosedur penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan serta merumuskan data yang diperolehi. Penilaian juga boleh dilaksanakan berdasarkan lima prosedur seperti berikut : 
Penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting yang dapat membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di samping dapat mencungkil potensi dan bakat pelajar. Guru perlu menjalankan penilaian secara berterusan untuk membentuk perkembangan pelajar secara menyeluruh dan seimbang. Penilaian secara berterusan boleh dibuat melalui berbagai cara seperti pemerhatian proses dan hasil tugasan pelajar (Yap Yee Khiong, Wan Chwee Seng dan Ismail, 1985)
3.2 Tujuan Penilaian
Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.
Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka.
Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga adalah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.
Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.
Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar, membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain, membuat perbandingan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain, menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya, membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan, membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran, membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka, melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka dan pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.
3.2 Bentuk Penilaian
Menurut Tuan Jah Tuan Yusof PhD dan Faridah Nazir PhD (2014) telah menyatakan terdapat tiga jenis ujian dalam penilaian iaitu penilaian mengesan penguasaan, penilaian mengesan kemajuan dan penilaian mengesan pencapaian. Berikut merupakan rajah jenis-jenis penilaian;
Rajah 7 : Jenis-Jenis Penilaian


Penilaian mengesan penguasaan ialah penilaian yang dijalankan ketika guru berada di dalam bilik darjah. Penilaian ini bertujuan untuk mengesan kelemahan penguasaan muriddalam sesuatu kemahiran yang sedang diajarkan, supaya kelemahan tersebut dapat dibetulkan serta merta.
Manakala penilaian mengesan kemajuan pula ialah penilaian yang dilakukan selepas beberapa kemahiran dalam sesuatu topik telah diajarkan. Penilaian ini bertujuan untuk mengesan kemajuan murid tentang kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari supaya dapat menentukan siapa yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pemulihan.

Penilaian mengesan pencapaian ialah penilaian yang dijalankan selepas guru telah mengajar beberapa topik pelajaran, biasanya dalam tempoh satu penggal. Penilaian ini bertujuan untuk mengesan pencapaian murid dalam beberapa topik pelajaran untuk menentukan kedudukan murid-murid dalam kumpulan masing-masing.

PENGUJIAN

PENGUJIAN
2.1 Definisi
Menurut Tuan Jah Tuan Yusof PhD dan Faridah Nazir PhD (2014) dalam buku mereka Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah menjelaskan konsep pentaksiran pengujian merupakan satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu. Ujian terdiri daripada satu set tindak balas atau respons. Ianya satu proses yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.  Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.


Menurut Cronbach (1970) “Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”. Menurut Robert Mills Gagne, pengujian ialah satu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku individu. Pengukuran ini merupakan suatu proses bagi guru untuk menentukan perubahan dan membuat pertimbangan nilai. Melalui pengujian, seseorang guru akan mudah untuk mengetahui tentang pencapaian objek, kaedah mengajar dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Pengujian bertujuan untuk menentukan sejauh mana objektif-objektif bagi sesuatu bidang mata pelajaran yang diajar itu dicapai oleh pelajar-pelajar. Meletakkan pelajar-pelajar di dalam gred-gred tertentu mengikut pencapaiannya. Mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan apa yang pelajar boleh buat Memantau pembelajaran pelajar Memperbaiki pembelajaran, pngajaran dan keberkesanan program secara berterusan
2.2 Bentuk Pengujian
            Terdapat lima jenis ujian yang digunakan dalam pengujian. Antara jenis ujian tersebut ialah ujian pencapaian, ujian kecerdasan, ujian prestasi, ujian diagnostik serta ujian bakan dan personaliti. Berikut merupakan rajah jenis-jenis ujian;

Rajah 6 : Jenis-Jenis Ujian


Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:
“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”.(Raminah 1991:2).
Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.
2.2.1 Ujian Pencapaian
Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu, penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar. Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.



2.2.2 Ujian Kecerdasan
Ujian kecerdasan dikenali sebagai ujian mental untuk mengukur perbezaan di antara individu. Ujian ini banyak mengalami perubahan serentak dengan perkembangan bidang psikologi. Ujian ini dimulakan sejak tahun 1796 dan mula berkembang sejak Galton (1969) apabila beliau cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental serta pencapaian intelektual di antara pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang terlibat dalam mengukur aspek mental termasuklah Wundt, Cattell dan Binet (Abu Bakar, 1986).  Selain itu, ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah skala Binet-Simon, Ujian ini kerap kali digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain seperti Ujian IQ, Skala Stanford-Binet, Weschler, Ujian Lorge-Thorndike dan lain-lain.
2.2.3 Ujian Prestasi
Umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Namun, guru bebas menggunakan apa sahaja kaedah seperti pemerhatian atau laporan kendiri untuk mendapatkan maklumat pelajar. Pemerhatian boleh dijalankan semasa murid melaksanakan tugas yang diberikan, misalnya perbincangan kumpulan, peranan murid dalam aktiviti. Manakala melalui laporan kendiri, pelajar sendiri menilai diri sendiri melalui soal selidik tertentu yang menilai peribadi diri.
2.2.4 Ujian Diagnostik
Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan keperluan pelajar. 
Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi pelajar.  Sekiranya pelajar menghadapi masalah dalam pembelajaran, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan oleh guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran
2.2.5     Ujian Bakat
Ujian Bakat dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon. Dahulu, bakat dikenali sebagai kebolehan istimewa semula jadi yang dimiliki oleh seseorang individu. Pada umumnya, ujian bakat dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu ujian bakat yang berasaskan kajian secara besar-besaran. Contoh : Tahun 1930, kajian yang dijalankan oleh Universiti Minnesota tentang bakat mekanikal. Manakala ujian kedua ialah ujian bakat yang berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dijalankan bagi keperluan tertentu. Ujian ini juga digunakan bagi tujuan mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehan calon atau individu.
Terdapat tiga proses dalam pengujian iaitu Persediaan Ujian, Pentadbiran dan Pemeriksaan. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru. 
Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.