MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Friday, October 18

CONTOH PERMAINAN BAHASA

PERMAINAN MEMBINA AYAT TUNGGAL
KELAS : TAHUN 2


Objektif permainan  : Melalui permainan ini, murid dapat;
1.     Membina ayat tunggal yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2.     Dapat meluahkan idea secara spontan berpandukan perkataan.
3.     Meningkatkan kemahiran mengeja, menyebut dan membina ayat.

Kemahiran yang terlibat :
1.     Mengeja perkataan
2.     Menyebut perkataan dengan kuat dan jelas
3.     Membina ayat tunggal

Alatan yang diperlukan :
1.     2 set nombor 1-8
2.     Kotak ajaib
3.     20 perkataan kata nama am

Cara pelaksanaan permainan :
1.     Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada  8 orang murid.
2.     Setiap kumpulan murid itu diberi nombor 1 hingga 8.
3.     Murid diminta berbaris mengikut kumpulan masing-masing mengikut susunan nombor yang telah diberi.
4.     Kotak ajaib yang mengandungi perkataan kata nama khas diletakkan di tengah-tengah antara kedua-dua kumpulan tersebut.
5.     Apabila guru menyebut nombor ahli kumpulan, murid dari kedua-dua kumpulan tersebut akan berlari ke arah bakul untuk mengambil mana-mana kad perkataan itu.
6.     Murid yang berjaya terlebih dahulu mengambil kad perkataan itu, akan  menunjukkan kad perkataan kepada kelas kemudian mengeja dan menyebut perkataan yang diperolehnya dengan kuat dan jelas.
7.     Murid nombor yang sama dari kumpulan lawan mesti membina ayat tunggal dengan menggunakan perkataan pada kad perkataan tersebut.  Sekiranya murid tersebut tidak berjaya membina ayat dalam tempoh yang tertentu, satu markah akan diberikan kepada kumpulan lawan. 
8.     Guru akan menentukan sama ada ayat yang dibuat betul atau tidak. Jika ayat tunggal yang dibina salah, maka kumpulan lawan akan mendapat 2 markah. Tiada markah bagi kumpulan yang salah membina ayat. 

9.     Aktiviti ini akan dilakukan berulang kali mengikut nombor yang berlainan sehingga perkataan dalam kotak ajaib selesai dicabut.