MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Wednesday, July 2

IMPLIKASI KESEDARAN PENDIDIKAN DI DALAM MASYARAKAT ORANG ASLI TERHADAP AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA.


Kesedaran pendidikan dalam kalangan masyarakat asli yang rendah memberi implikasi negatif terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini ialah guru perlu mengunakan kaedah yang mereka sukai iaitu belajar dalam keadaan yang dekan dengan alam sekitar. Contohnya belajar di luar kelas seperti di bawah pokok, tepi sungai dan sebagainya. Ini bukan sahaja dapat memudahkan murid orang asli memahami pembelajaran bahkan mereka akan dapat memberikan lebih perhatian dalam keadaan sebegini. Persekitaran pembelajaran memberi kesan terhadap murid. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele (1973) sedemikian the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”. Ini menunjukkan bahawa persekitaran mempengaruhi emosi, soial dan juga tumbesaran murid. Oleh itu, guru perlu bijak menyesuaikan cara pembelajaran dalan kelas dengan budaya kehidupan orang asli.
Selain itu, guru boleh memberi motivasi galakkan berupa ganjaran kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku positif dalam kelas. Sesuai dengan sifat dan personaliti orang asli yang takut kepada orang luar dan boleh dipujuk dengan memberi makanan, maka guru boleh memotivasikan murid orang asli dengan memberikan ganjaran berupa wang atau makanan kepada mereka untuk menarik minat mereka datang ke sekolah dan mengikuti pembelajaran dalam kelas. masalah kewangan yang dihadapi oleh masyarakat ini menjadi antara faktor utama mereka tidak dapat melanjutkan pelajaran di samping faktor kesedaran pendidikan yang rendah. Oleh itu, mereka akan berasa seronok untuk ke sekolah apabila pihak sekolah dapat meringankan masalah yang mereka hadapi. Hal ini terbukti apabila kedatangan murid orang asli ke sekolah meningkat setelah kerajaan menawarkan elaun kepada masyarakat orang asli yang datang ke sekolah.
Selain itu, guru boleh menggunakan contoh-contoh yang berkaitan dengan budaya orang asli dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya contoh yang boleh mereka lihat sendiri dan alami sendiri maka proses pembelajaran dalam kelas akan menjadi lebih lancar dan mudah mereka fahami. Masyarakat orang asli yang tinggal di pedalaman tidak terdedah dengan perkembangan semasa. Tambahan pula kemudahan seperti elektrik dan kemudahan pengangkutan seperti jalan raya yang kurang elok menyukarkan maklumat semasa untuk sampai kepada masyarakat ini. kedudukan rumah yang bertaburan juga menjadi faktor utama maklumat semasa sukar untuk sampai ke pihak masyarakat orang asli. Oleh itu guru hendaklah memberikan contoh yang wujud di depan mata murid orang asli bagi memudahkan mereka memahami isi pembelajaran yang hendak disampaikan. Contoh yang bersifat abstrak menyukarkan lagi mereka untuk memahami apa yang cuba guru sampaikan.
Di samping itu, masalah komunikasi murid orang asli turut menyebabkan mereka tidak faham apa yang guru sampaikan. Masyarakat orang asli yang terdiri daripda pelbagai kelompok etnik mempunyai bahasa dan dialek masing-masing. Ini menyukarkan mereka untuk berkerjasama antara satu sama lain. Komunikasi antara mereka menjadi terhada disebabkan tahap penguasaan Bahasa melayu yang lemah. Kajian kes mendapati hanya segelintir bilangan kecil sahaja masyarakat orang asli yang tahu berbahasa melayu. Selain menyukarkan pemyampaian isi pembelajaran, ini juga menyukarkan murid untuk membina perpaduan dia antara mereka. Tanpa perpaduan maka murid akan berasa bosan kerana tidak mampu berkongsi cerita dengan murid yang lain. Untuk menangani masalah ini, guru perlu mengutamakan pengajaran Bahasa Melayu terlebih dahulu. Pada tahap permulaan persekolahan, murid perlu dipastikan menguasai Bahasa melayu agar mereka mampu berinteraksi dengan guru dan sesama mereka. Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan terbukti apabila terdapat masyarakat orang asli yang mampu berkongsi cerita dan gelak bersama ketika berborak menggunakan bahasa Melayu.
Tambahan lagi, semua pihak perlu berganding bahu dalam hal ini. selalin guru, ibuabapa dan masyarakat sekeliling juga perlu memainkan peranan untuk menangani isu ini. Jika hanya guru yang berusaha maka sudah pasti hasilnya mengecewakan. Bak kata pepatah, “Bertepuk sebelah tangan tiada bunyi”. Semua pihak perlu bersama-sama memastikan murid-murid orang asli bermotivasi untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. di rumah, ibu bapa perlu memberi perhatian kepada anak-anak tentang kepentingan pendidikan bukannya mempengaruhi pemikiran murid dengan mentaliti masyarakat yang beranggapan hidup masih boleh diteruskan tanpa pendidikan yang tinggi. Ibubapa masyarakat orang asli perlu diberi pendedahan oleh pihak berkenaan untuk didedahkan kepentingan pendidikan dan peluang yang boleh diperoleh apabila mendapat pencapaian akademik yang baik. Sekali lagi, pihak sekolah boleh menawarkan ganjaran kepada ibubapa yang berjaya memotivasukan anak untuk cemerlang dalam pembelajaran.
Kesimpulannya, tahap kesedaran pendidikan masyarakat orang asli yang rendah sangat mempengaruhi pembentukan suasana bilik darjah yang mesra budaya. Untuk mengatasi masalah ini, guru perlu bijak merancang proses pengajaran agar pembelajaran mampu difahami dan berjaya membentuk komuniti murid orang asli yang pentingkan pendidikan.