MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Wednesday, July 2

ISU KESEDARAN PENDIDIKAN DI DALAM MASYARAKAT ORANG ASLI


Orang asli merupakan salah satu komponen daripada pelbagai kaum di Malaysia yang bercorak majmuk. Undang-undang 1939 mendefinisikan orang asli sebagai seseorang yang kedua orang tuanya merupakan anggota sesuatu suku asli dan atau keturunan melalui jurai lelaki. Menurut seksyen 2 akta yang sama mendefinisikan kumpulan etnik Orang Asli sebagai sesuatu pembahagian suku orang asli yang berbeza dari segi kebudayaan, bahasa atau organisasi sosial termasuk mana-mana kumpulan yang boleh diisytiharkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PNB).
Menurut kajian  Kesedaran Pendidikan di Kalangan Masyarakat Orang Asli yang dikaji oleh Mohamad Johdi bin Salleh dan rakan-rakannya, kesedaran ibubapa orang asli terhadap pendidikan telah lama wujud namun masih pada tahap yang rendah. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kesedaran ini. antaranya ialah disebabkan oleh tahap pendidikan ibubapa yang rendah, halangan geografi, masalah kewangan, perbezaan bahasa dan banyak lagi. Kesedaran ibubapa turut memberi kesan terhadap tahap kesedaran anak-anak yang bersekolah. Pengaruh mentaliti masyarakat yang menganggap kehidupan boleh diteruskan tanpa pendidikan tinggi adalah antara faktor utama penyumbang tahap kesedaran murid terhadap pendidikan.rendah.Tahap pendidikan ibubapa masyarakat asli yang rendah menyebabkan mereka kurang peka tentang kepentingan pendidikan. Ibubapa lebih mengutamakan pekerjaan mereka sehingga mereka tidak berkesempatan membantu anak-anak dalam pelajaran. Ini juga disebabkan kerana meraka tidak tahu dan tidak mampu membimbing anak-anak ekoran tidak mempunyai pendidikan yang tinggi. Menurut Clark dan Sheilds, (1997) mendapati melalui kajian yang telah dijalankan mendapati komunikasi antara ibu bapa dan anak yang baik, suasana keluarga yang tenteram dan beberapa ciri asuhan autoritatif yang baik akan menghasilkan remaja yang bersikap positif. Ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Wintre & Sugar (2000), mendapati kesepaduan keluarga seperti komunikasi yang baik mempunyai hubungan dengan sifat daya saing sosial dalam kalangan remaja.
 Halangan geografi menjadi masalah apabila kemudahan pendidikan tidak sampai kepada masyarakat ini akibat kurangnya kemudahan asas seperti jalan raya dan sebagainya. Apabila kemudahan tiada maka usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran pendidikan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya pengajaran pendedahan mengenai isu semasa pendidikan tidak dapat disampaikan segera kerana ketiadaan bekalan elektrik. Apabila bekalan elektik tiada maka maklumat daripada media massa seperti televisyen, internet dan radio tidak dapat disalurkan kepada masyarakat orang asli.Perbezaan bahasa turut membantutkan kesedaran pendidikan dalam kalangan masyarakat orang asli kerana maklumat yang disampaikan tidak dapat difahami dengan jelas. Masyarakat asli mempunyai pelbagai etnik dan sering berinteraksi menggunakan dialek etnik masing-masing. Kajian mendapati sangat kurang masyarakat orang asli yang yang tahu berbahasa Melayu. Ini menyebabkan komunikasi terhad dan mereka tidak tidak terdedah dengan perkembangan semasa. Walaupun terdapat pihak yang cuba untuk memberi kesedaran kepada masyarakat ini namun maklumat yang cuba disampaikan tidak dapat difahami sepenuhnya oleh masyarakat ini.
Di samping itu, mentaliti masyarakat turut mempengeruhi tahap kesedaran pendidikan di dalam masyarakat orang asli. Dengan wujudnya mentaliti yang beranggapan bahawa kehidupan boleh diteruskan tanpa pendidikan yang tinggi menyebabkan anak-anak tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam akademik. Tambahan pula sikap masyarakat orang asli yang menerima tanpa berusaha memajukan diri mempengaruhi pemikiran anak-anak untuk terus hidup dalam keadaan sederhana