SEJARAH TENIS
Terdapat pelbagai jenis sukan raket yang dimainkan dewasa ini dan tenis merupakan permainan yang paling diminati ramai. Menurut beberapa cacatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket sudah dimainkan sejak zaman purba lagi, iaitu di Mesir dan Greece. Pada abad kesebelas, sejenis permainan iaitu jen de paume yang menyerupai permainan tenis kini, telah dimainkan buat pertama kali di sebuah kawasan di Perancis. Bola yang digunakan disalutkan dengan benang berbulu, manakala pemukulnya hanyalah tangan.
Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Itali dan Britain pada abad ke 13. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan dalam masa yang singkat. Ramai rakyat tempatan menunjukkan minat terhadap permainan ini dan mula bermainnya. Sejak itu perkembangan sukan ini terus meningkat ke negara Eropah yang lain.
Raket bertali pula diperkenalkan kali pertama pada abad ke 15 oleh Antonio da Scalo, seorang paderi berbangsa Itali. Beliau menulis undang-undang umum bagi semua permainan yang menggunakan bola termasuk tenis. Majalah inggeris Sporting Magazine menamakan permainan ini sebagai tenis padang. Dalam buku Book of Games And Sports yang diterbitkan dalam tahun 1801 menyebut sebagai tenis panjang. Tenis, pada mulanya merupakan permainan golongan atasan. Tenis gelanggang rumput yang terkenal di zaman Queen Victoria disertai oleh golongan pertengahan yang menjadikannya sebagai permainan luar.
Kelab tenis pertama ditubuhkan ialah Kelab Leamington di Perancis yang telah diasaskan oleh J. B. Perera, Mejar Harry Gem, Dr. Frederick Haynes dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu, tenis dikenali sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun 1874, permainan tenis telah pertama kali dimainkan di Amerika Syarikat oleh Dr. James Dwight dan F. R. Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pula telah ditubuhkan pada tahun 1868. Dua tahun selepas itu, ia telah membuka pejabatnya di Jalan Worple, Wimbledon. Pada tahun 1875, kelab ini juga telah bersetuju memperuntukkan sebahagian dari tanahnya untuk permainan tenis dan badminton. Sehubungan dengan itu, satu set undang-undang permainan tenis gelanggang rumput telah digubal. Amerika Syarikat pula telah menubuhkan kelab tenisnya yang pertama di Pulau Staten. Bermula dari situlah, Amerika Syarikat telah berkembang dengan pesat sekali dalam permainan tenis. Ia telah berjaya melahirkan begitu ramai sekali jaguh tenis yang telah menguasai persada tenis antarabangsa.
Kejohanan Tenis Gelanggang Rumput pertama bermula tahun 1877. Seramai 21 orang pemain telah mengambil bahagian. Spencer William Gore telah muncul sebagai juara. Kini kejohanan itu dikenali sebagai Kejohanan Wimbledon.
Namun di Malaysia, permainan tenis mula diperkenalkan pada awal abad ke 20. Persatuan Tenis Malaysia (LTAM) telah ditubuhkan pada tahun 1921. Pada tahun 1953, pertandingan pertama telah diadakan untuk merebut Piala Chua. Beberapa tahun kemudian selepas itu, bermula pula perlawanan antara Wilayah Utara Malaya dengan Selatan Malaya untuk merebut Piala Guillemard untuk lelaki dan Mc Cabe Peay pula untuk wanita. Kini di Malaysia terdapat pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah dijalankan. Malaysia juga turut menyertai pertandingan tenis peringkat antarabangsa seperti Piala Davis dan Piala Asia.
Secara keseluruhannya, permainan tenis merupakan salah satu antara permainan yang termaju dan digemari di seluruh dunia. Ia telah melahirkan ramai jaguh dan bintang tenis yang terkenal seperti Jimmy Connors, John McEnro, Ile Natashe, Bjorn Borg, Boris Becker, Mats Wilander, Stefie Graff, Monica Seles, Martina Hingis, Pete Sampras, Andre Agassi dan ramai lagi. Kini, tenis menjadi satu permainan yang berbentuk komersil yang menawarkan hadiah yang tinggi nilainya. Antara pertandingan tenis antarabangsa ialah wembledon, perancis terbuka, us terbuka dan Australia terbuka.
PERTANDINGAN WIMBLEDON
Wimbledon adalah sebuah pertandingan tenis terkemuka yang dilangsungkan selama sekitar dua minggu pada bulan Jun atau Julai setiap tahun. Pertandingan ini diadakan di atas lapangan rumput dan merupakan salah satu dari empat pertandingan Grand Slam.
Dilaksanakan bermula pada tahun 1877 oleh All England Lawn Tennis and Croquet Club di Wimbledon, London. Pada mulanya, hanya perlawanan perseorangan lelaki dipertandingkan. Namun pada tahun 1884, perlawanan perseorangan lelaki dan wanita mulai dipertandingkan seperti pertandingan Grand Slam yang lain. Wimbledon hanya disertai pemain-pemain handalan hingga era "terbuka" dimulakan pada tahun 1968.
Lapangan utamanya, Centre Court dibuka pada tahun 1922 dan mempunyai kapasiti seramai 14.000 penonton. Lapangan utama lainnya ketika ini, Court No. 1, dibuat pada tahun 1997 untuk menggantikan Court No. 1 yang lama. Kapasitinya adalah 11.000 orang. Kedua lapangan ini hanya digunakan selama dua minggu iaitu ketika pertandingan ini dilangsungkan setiap tahun. Lapangan terbesar ketiga, Court No. 2, dianggap sebagai "lapangan angker" kerana telah ramai pemain handalan yang kalah di awal perlawanan di lapangan ini. Kapasitinya adalah 3.000 kerusi.
PERTANDINGAN AUSTRALIA OPEN
Australia Terbuka adalah salah satu dari empat kejuaraan Grand Slam dalam dunia tenis. Kejuaraan ini diadakan di Melbourne, Australia pada bulan Januari setiap tahunnya. Dimulai sejak tahun 1905, Australia Terbuka adalah kejuaraan yang termuda dibandingkan dengan kejuaraan Grand Slam lainnya.
Awalnya bernama Australian championships, namanya berganti seperti sekarang ini sejak tahun 1968 apabila kejuaraan terbuka dimulakan Australia Terbuka dilangsungkan di Melbourne Park sejak tahun 1988. Sebelumnya, kejuaraan ini diadakan di Kooyong, yang terletak di sebelah tenggara Melbourne. Kooyong sendiri kini menjadi tempat diadakannya kejuaraan invitasi (Kooyong Classic) yang berlangsung tepat sebelum Australia Terbuka.
PERTANDINGAN PERANCIS TERBUKA
Perancis Terbuka adalah sebuah pertandingan tenis yang berlangsung selama dua minggu dari pertengahan Mei hingga awal Jun di Paris, Perancis setiap tahun.
Pada tahun 1891 pertandingan ini menjadi pertandingan antarabangsa. Pada tahun 1925 Perancis Terbuka dibuka kepada peserta antarabangsa dan diadakan di lapangan rumput di Racing Club de France dan Stade Français. Untuk Piala Davis challenge tahun 1928, sebuah stadium tenis baru dibina di Porte d'Auteuil dan dinamakan berdasarkan pahlawan Perang Dunia I, Stadion Roland Garros, dan Court Philippe Chatrier yang baru dibangun dengan permukaan tanah liat.
Tanah liat melambatkan pergerakan bola dan menyebabkan bola memantul sangat tinggi jika dibandingkan dengan permukaan rumput atau permukaan keras. Sejak lapangan tanah liat diperkenalkan, ramai pemain tenis handalan menghadapi kesukaran. Contohnya, Pete Sampras yang memenangi empat belas pertandingan perseorangan lelaki pertandingan Grand Slam, tidak pernah memenangi Perancis Terbuka. Sehingga tahun 2006, enam orang pemenang perseorangan lelaki pertandingan Perancis Terbuka dimenangi oleh orang yang tidak pernah memenangi pertandingan Grand Slam lain. Manakala, permainan perseorangan wanita Perancis terbuka menyebabkan pemain tenis seperti Lindsay Davenport dan Martina Hingis tidak mendapatkan Grand Slam.
Pada tahun 1968, pertandingan ini menjadi pertandingan Grand Slam pertama yang menjadi "terbuka," sehingga baik pemain handalan maupun profesional dapat turut serta.
Pada tahun 2007, diumumkan bahwa Perancis Terbuka akan memberikan hadiah wang yang sama baik bagi lelaki maupun wanita di semua perlawanan.
PERTANDINGAN AS TERBUKA
AS Terbuka adalah salah satu pertandingan Grand Slam dalam dunia tenis. Perlawanan ini diadakan pada bulan ogos atau September setiap tahun.
AS Terbuka bermula dengan dua pertandingan terpisah iaitu perlawanan lelaki dan perlawanan wanita bermula pada tahun 1881. Pertandingan ketika itu bernama U.S. National Singles Championship dan hanya mempertandingkan perlawanan kategori wanita enam tahun kemudian. Pada tahun 1968, ketika era "terbuka" dimulakan, lima perlawanan yang terpisah iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, bergu lelaki, bergu wanita, dan bergu campuran dijadikan satu dan diberi nama "AS Terbuka". Pertandingan tahun tersebut juga merupakan yang pertama dan yang memperbolehkan penyertaan pemain profesional. Sejak tahun 1978, pertandingan ini dilangsungkan di Flushing Meadows di New York.
Lapangan utamanya terletak di Stadium Arthur Ashe yang berkapasiti seramai 23.000 penonton. Lapangan keduanya adalah Stadium Louis Armstrong. Keduanya adalah lapangan keras (hardcourt), sehingga permainan pun berlangsung dalam kecepatan tinggi.