MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Tuesday, August 2

JENIS-JENIS KEMAHIRAN BELAJAR

Terdapat beberapa jenis kemahiran belajar. Antaranya, kemahiran dalam proses belajar. Ia yang melibatkan kemahiran membaca, memahami, mengingat dan mengaplikasi. Pelajar harus tahu dan mengamalkan langkah menerima dan mendaftar data atau maklumat, memahami apa yang diterima, mengingat apa yang telah dipelajari dan mengaplikasi apa yang telah dipelajari semasa proses belajar.
Selain itu, kemahiran menguruskan masa. Kemahiran ini adalah kemahiran menyediakan jadual waktu belajar. Pembelajaran cemerlang bergantung kepada masa yang diperlukan untuk belajar dan menguasai sesuatu. Pelajar lemah memerlukan lebih banyak masa untuk menguasai sesuatu berbanding dengan pelajar cerdas. Pelajar harus boleh menyediakan jadual waktu belajar di rumah. Pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran harus memberi lebih masa belajar untuk mata pelajaran itu.
Seterusnya,  kemahiran perpustakaan. Ini melibatkan kemahiran mencari maklumat yang dikehendaki. Kemahiran perpustakaan akan membolehkan mereka mencari maklumat yang dikehendaki di perpustakaan. Kemahiran perpustakaan melibatkan pengetahuan sistem klasifikasi bahan rujukan, kemahiran dalam merujuk melalui kad katalog atau komputer, dan mendapat bahan rujukan daripada rak-rak.
Manakala kemahiran memperoleh maklumat pula melibatkan kemahiran mengenal pasti, mengumpul,membuat analisa, dan menyampaikan maklumat. Dalam p&p untuk pembelajaran masteri, anda harus melatih pelajar menjadi pelajar berdikari supaya mereka mahir memperoleh maklumat atau menyelesaikan sesuatu masalah dengan sendiri.
Disamping itu, kemahiran membaca di mana pelajar seharusnya dapat menguasai kemahiran membaca kerana ia akan membantu pelajar memilih maklumat yang dikehendaki dan mengenal pasti idea utama atau idea yang penting.
Pada asasnya, pelajar anda harus menguasai lima langkah berikut (SQ3R):




i. Skim: Baca sepintas lalu.
ii. Question: Menyoal
iii. Read: Membaca
iv. Recite: Menyebut kembali
v. Review: Menyemak Untuk menyemak idea utama yang telah dicatatkan supaya dapat memahaminya.
**Terdapat 4 gaya pembacaan iaitu Skimming ( luncuran ) Imbasan
(scanning )Bacaan intensif & Bacaan laju .
Seterusnya kemahiran membuat nota iaitu guru selalu meminta para pelajar untuk menyalin nota tetapi mereka tidak diajar bagaimana membuat nota. Kemahiran ini penting untuk menguasai sesuatu maklumat dan membantu mereka membuat ulang kaji dengan cepat serta mengingat maklumat itu.Mencatat nota bermakna pelajar mencatat maklumat ringkas dan penting sahaja Dengan pelbagai cara seperti perkataan penting, singkatan, simbol, akronim, lakaran, dan pelbagai bentuk seperti objektif, jadual, carta aliran, gambar rajah Venn & peta minda.
             Kemahiran berfikir sering dikaitkan dengan kemahiran mengingati di mana para pelajar selalu tidak dapat mengingati pelajaran yang telah diajar untuk jangka masa panjang.Pada asasnya, cara untuk mengingat ialah mengulang kaji: kerap kita ulangkaji lebih lama ingatan. Pelajar yang berbeza dalam kecerdasan memerlukan bilangan ulang kaji yang berbeza. Paling penting pelajar selalu mengulang kaji bagi mengingat .Mengulang nota yang telah disediakan dengan berulang kali,kerja amali atau eksperimen.
            Terdapat pelbagai jenis kemahiran belajar.Kemahiran mendengar dan kemahiran maklumat iaitu keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu. Maklumat tersebut boleh diperoleh dari banyak sumber.