MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Wednesday, August 3

KEPENTINGAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Kepentingan Rancangan Perniagaan Kepada Usahawan

§  Memberi peluang kepada usahawan untuk melihat dan menilai idea
             perniagaan atau projek perniagaannya dengan teliti, secara objektif dan
             kritis.

§  Memberi gambaran samada projek yang dicadangkan berdaya maju atau
             tidak

§  Membantu usahawan membuat anggaran keperluan dan pengagihan
             sumber perniagaan dengan baik dan berkesan

§  Menyedarkan usahawan akan masalah-masalah yang mungkin timbul
             dalam melaksanakan projek perniagaan.

§  Menjadikan garis panduan untuk mengurus perniagaan seharian

§  Membuat ramalan-ramalan  jualan, perbelanjaan dan aliran wang tunai
             perniagaan

§  Menerangkan tugas dan tanggung jawab kakitangan serta kehendak dan
             jangkaan perniagaan


§  Menilai prestasi perniagaan

§  Merancang pembangunan produk baru

§  Menjadikan asas cadangan bagi pemohonan pembiayaan


Kepentingan Rancangan Perniagaan Kepada Pihak Luar


§  Juru bank atau pegawai bank
Untuk menilai potensi cadangan projek berhubung  dengan permohonan   
pembiayaan perniagaan

§  Pembekal
      Untuk mendapat gambaran yang jelas akan idea dan kedudukan kewangan
      perniagaan bagi tujuan menilai sama ada akan memberi kemudahan kredit
atau tidak

§  Kakitangan
Untuk memahami matlamat dan tujuan perniagaan bagi membolehkan
 mereka melakukan kerja-kerja seperti yang diharapkan oleh perniagaan dan
 bagi meyakinkan pekerja untuk terus bekerja dengan perniagaan

§  Pelanggan
Bagi menilai kemampuan perniagaan samada dapat menawarkan produk atau
perkhidmatan yang lebih selamat dan menyakinkan jika proses pembuatannya terjamin dari segi keselamatan dan kesihatannya.

§  Pelabur
Untuk menilai maklumat perniagaan dan memberi keyakinan yang tinggi kepada bakal pelabur atau pelabur untuk membuat pelaburan dengannya.