MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Tuesday, August 2

TAUHID RUBUBIYYAH

1.1 PENGERTIAN RUBUBIYYAH DARI SEGI BAHASA
Ar-Rububiyyah berasal dari kalimah ar-Rabb. Ar-Rabb (الرّبّ) bermaksud yang memiliki, yang menguasai dan yang mentadbir.
                Dari segi bahasa, Rububiyyah berasal dari kata “Rabbun” yang bermaksud “Al-Maalik dan Al-Mudabbir” iaitu penguasa, pemilik dan pengatur. Dia juga Maha penguasa dan Maha Pengatur segala yang bergerak dan segala hajat makhlukNya, yang mana Allah adalah pelaku mutlak dalam setiap kejadian.
                 Rububiyyah lebih kepada sifat-sifat terpuji allah s.w.t. Antara sifat-sifat Rububiyyatullah yang hanya menjadi hak Allah, ialah: al-Khalq atau Penciptaan, al-Razq atau Pencipta dan Pemberi Rezeki, al-Mulk atau Pemilik kuasa dan urusan yang memastikan, al-Mattah atau Pencipta mati, al-Ihya atau Pencipta hidup, al-Naf atau Pemberi manfaat, al-Darr atau Penolak mudarat, al-I’zaz atau Pemberi kemulian.
1.2 PENGERTIAN RUBUBIYYAH DARI SEGI ISTILAH
Dari segi istilah pula,Tauhid Rububiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai ar-Rabb, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang mencipta alam ini, yang memilikinya, yang mengatur perjalanannya, yang menghidup dan mematikan, yang menurunkan rezki kepada makhluk, yang berkuasa mendatangkan manfaat dan menimpakan mudarat, yang mengabulkan doa dan permintaan hamba tatkala mereka terdesak, yang berkuasa melaksanakan apa yang dikehendakinya, yang memberi dan menegah, di tanganNya segala kebaikan dan bagiNya penciptaan dan juga segala urusan. Ini dapat dilihat melalui firman-nya dalam surah yang sering kita gunakan iaitu surah al-fatihah.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. (al-Fatihah:3)

   
              Tauhid Rububiyyah juga membawa maksud beriman dengan Qadarullah iaitu ketentuan dan ketetapan Allah dengan meyakini bahawa setiap yang berlaku di alam ini adalah kehendak allah s.w.t. Seperti dalam firman-nya;

“..maka bagi Allah jualah tertentu segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit, dan Tuhan yang mentadbirkan bumi, - Tuhan sekalian alam. Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi; dan dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.                    (al-Jathiyah:36-37)
.
               Dalam konteks tauhid rububiyyah, tidak ada perbezaan di antara orang musyrik iaitu orang yang menyekutukan Allah dengan makhluk yang lain dengan seorang muslim. Mengikut fahaman Ibnu Taimiyyah dan pengikutnya orang musyrik termasuk dalam golongan ahli tauhid yang dikategorikan dalam ahli tauhid rububiyyah dan tidak pada tauhid uluhiyyah. Syirik dan tauhid kerana ia merupakan dua perkara yang bertentangan yang tidak mungkin dapat disatukan seseorang yang mempunyai keyakinan dengan perbuatan Allah itu bermakna ia telah memiliki tauhid rububiyyah dalam dirinya.
             Walaupun begitu keyakinan yang di miliki belum tentu menjamin memasukkan seseorang Islam ke dalam Islam kerana tauhid jenis ini iaitu rububiyyah merupakan jenis tauhid yang dimiliki oleh semua umat yang beragama Yahudi, Nasrani, Majusi, Hindu bahkan penyembah berhala pada zaman jahiliah yang lampau. Hanya golongan yang anti tuhan sahaja tidak mempunyai tauhid jenis ini seperti golongan Komunis. Al-Quran menerangkan tentang hakikat ini dengan menggambarkan keadaan orang-orang musyrikin yang menyembah berhala.