MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Monday, August 1

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

   Terdapat dua jenis Kompetensi Kecerdasan Emosi, iaitu Kompetensi Personal dan Kompetensi Sosial.Kompetensi Personal bermaksud bagaimana seseorang individu itu dapat menguruskan dirinya sendiri. Kompetensi Sosial pula bermaksud bagaimana seseorang individu itu dapat mengurus hubungannya dengan orang lain.
Dalam kompetensi personal terdapat dua cabang lain, iaitu Kesedaran kendiri dan Pengurusan kendiri. Kesedaran kendiri ialah seseorang individu itu dapat menyesuaikan dirinya dengan isyarat dalamannya seperti mengetahui kedudukan dalaman iaitu individu itu mengetahui keadaan dirinya sendiri seperti cepat marah atau gembira dan sebagainya. Pengurusan kendiri pula ialah seseorang individu itu dapat mengurus keadaan dalamannya dalam bentuk dorongan dan potensi dirinya sendiri. Sebagai contoh yang boleh dilihat ialah melalui dorongan dan potensi yang seseorang individu itu peroleh dia dapat menguruskannya dengan baik melalui keadaan dalamannya.
Terdapat dua cabang lain dalam kompetensi sosial, iaitu kesedaran sosial dan Kemahiran social. Kesedaran sosial bermaksud seseorang individu itu sedar mengenai perasaan, kemahuan dan perihal orang lain. Ini menunjukkan individu tersebut mengambil tahu tentang seseorang yang lain selain dari dirinya. Kemahiran sosial pula bermaksud seseorang individu itu dapat menyesuaikan dirinya dalam sesuatu situasi dan menginginkan tindak balas daripada orang lain