MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Tuesday, August 2

DALIL TAUHID RUBUBIYYAH

Terdapat banyak ayat al-quran yang berkaitan tentang konsep rububiyyah. Ayat-ayat al-quran tersebut cukup jelas menerangkan tauhid rububiyyah. Berikut merupakan diantara ayat tersebut;
1.      al-Fatihah:3
2.      Al-A’raf:54
3.      al-Jathiyah:36-37
4.      surahAl-Ankabut:61&63
5.      surahAl-Mukminun:84-89
6.      Al_Kahfi :110
SURAH AL-FATIHAH AYAT 3
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. (al-Fatihah:3)
Ayat ini jelas menerangkan bahawa allah s.w.t yang memelihara dan mentadbir alam ini. Segala kejadian di muka bumi ini adalah kekuasaan allah. Allah maha berkuasa, allah menciptakan malam dan siang, mencipyakan makanan di muka bumi untuk dimakan dan menurunkan perintahah untuk dipatuhi.
SURAH AL-A’RAF AYAT 54

Ingatlah, bagiNya (yakni Allah) jualah urusan penciptaan dan segala urusan. Maha tinggi Allah, Rabb bagi semesta alam”. (Al-A’raf:54)
Ayat ini turut menerangkan bahawa hanya allah yang berkuasa mencipta ala mini dan hanya allah juga yang mentadbir iaitu menjadikan sesuatu dan menghapuskan sesuatu dalam alam semesta.


SURAH AL-JATIYAH AYAT 36-37

“..maka bagi Allah jualah tertentu segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit, dan Tuhan yang mentadbirkan bumi, - Tuhan sekalian alam. Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi; dan dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (al-Jathiyah:36-37)
Sama seperti dua ayat di atas, surah ini turut menjelaskan perkara yang sama. Ayat ini ada menjelaskan betapa allah s.w.t maha kuasa lagi maha bijaksana kerana keagungan-nya tiada batasan dan tiada tandingan.
SURAH AL-ANKABUT AYAT 61
 Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: “Siapakah yang   menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan. Tentu mereka akan menjawab “Allah”. (surahAl-Ankabut:61)
Daripada ayat di atas, jelas menunjukan sekali lagi kepada kita bahawa hanya allah yang berkuasa ke atas alam semesta ini. Hanya allah yang berkuasa menjadikan langit dan bumi. Hanya allah juga yang berkuasa menundukkan matahari dan bulan. Allahu akhbar.
SURAH AL-ANKABUT AYAT 63
“Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menurunkan air dan langit, lalu menghidupkan dan air itu bumi sesudah matinya “. Tentu mereka akan menjawab: “Allah(surahAl-Ankabut:63)
Ayat ini menjelaskan bahawa hanya allah yang berkuasa menurunkan air dan langit dan hanya allah yang berkuasa menghidupkan sesudan mati.
SURAH AL-MUKMINUN AYAT 84-89
“Katakanlah: “Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui? Mereka akan menjawab: “Kepunyaan Allah SWT’ Katakanlah: “Maka apakah kamu tidak ingat? Katakanlah: “Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya ‘Arsy yang besar? “. Mereka akan menjawab: “Kepunyaan Allah. Katakanlah “Maka apakah kamu tidak bertaqwa ? “. Katakanlah “Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dan (azab)-Nya, jika kami mengetahui? “. Mereka akan menjawab: “Kepunyai Allah. Katakanlah: “(kalau demikian), maka dari jalan manakah kamu ditipu?. (surahAl-Mukminun:84-89)

Itulah jawaban orang-orang yang menyekutukan Allah. Jawaban mi menunjukkan bahwa mereka mengakui Rububiyyah Allah swt terhadap alam semesta, dan mengakui pengaturan-Nya atas urusan alam semesta. Sebagai konsekuensi dan implikasi dan pengakuan terhadap Rububiyyah Allah atas alam semesta, mestinya mereka hanya menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatupun dengan-Nya, akan tetapi mereka mengingkari bentuk lam dan tauhid ini, yaitu tauhid ilahiyyah atau uluhiyyah
1) Mengapa Tauhid Itu Penting?
Umat Islam adalah umat aqidah.Oleh itu bertauhid yang betul merupakan asas bagi semua amalan yang soleh. Tanpanya amalan itu tidak diterima. Firman Allah :
فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاء رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحاً وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَداً
“Barang siapa mengharapkan pengampunan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan seseorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya”. (Al_Kahfi :110)
Firman Allah :
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
.
 Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (Nabi-nabi) yang sebelummu, jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah amalanmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi (Az Zumar : 65)
Berdasarkan dalil-dalil di atas dapat dirumuskan bahawa tauhid rububiyyah amat penting dalam kehidupan seseorang muslim.