MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Tuesday, August 2

MESIN KISAR

1.    PENGENALAN.
a.    Mesin kisar ialah mesin yang selalu digunakan di dalam industry berasaskan logam.
b.    Kesin kisar terdapat dalam 2 jenis, iaitu;
                                          i.    Mesin kisar menegak
                                        ii.    Mesin kisar mendatar
c.    Kedua-duanya terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk, dari yang kecil, shinggalah yang besar.
d.    Mesin kisar tidak sama seperti mesin gerudi, yang mana mesin gerudi menggerudi bahan dengan bahan tersebut ditahan degan ragum atau apit G dsb.
e.    Akan tetapi, mesin kisar sebenarnya bergerak secara bebas mengikut paksi yang telah ditetapkan dengan mata pemtongnya berputar dengan kelajuan tertentu.
f.     Bahan kerja dan mata pemotong biasanya berketepatan lebih kurang 0.025 mm, berdasarkan ketepatan dan kejituan sesuatu mesin tersebut.
g.    Mesin kisar boleh dikendalikan secara manual atau automatic.
h.    Mesin kisar boleh melakukan pelbagai jenis operasi, antaranya ialah;
                                          i.    Membuat lubang
                                        ii.    Memotong logam
                                       iii.    Membuat acuan


2.    MESIN KISAR MENEGAK.
a.    Dalam mesin kisar menegak, gelendung mesin berputar secara menegak dan berada di dalam kedudukan tetap pada paksinya.
b.    Gelendung mesin boleh ditinggi atau direndahkan mengikut kesesuaian.
c.    Mesin kisar menegak dianggap lebih sesuai jika membuat sesuatu produk asalkan mesin tersebut kecil.
d.    Semakin besar mesin, semakin sukar mesin untuk bergerak dan akan memberi kesan buruk kepada mata pemotong.

3.    MESIN KISAR MENDATAR.
a.    Mesin kisar kisar mempunyai mata pemotong yang dilengkapi dengan meja yang boleh digerak yang membolehkan kerja mengisar dilakukan dengan mudah.
b.    Kebanyakan mata pemotong mesin kisar mendatar besar dan berat.

4.    MESIN KISAR CNC (COMPUTER NUMERICAL CONTROL)
a.    Kebanyakan mesin kisar CNC digelar Mesin Pusat.
b.    Mesin kisar CNC dikawal oleh computer yang mana berupaya untuk menggerakkan gelendung mesin dengan tepat dan berkesan.
c.    Selain itu, mesin kisar CNC juga terdapat satah Z.
d.    Satah Z digunakan dalam proses membuat parit, arca dsb.
e.    Mesin kisar CNC meningkatkan ketepatan berbanding mesin kisar konvensional.