LAPORAN/PENYATA RAZAK
Antara tujuan utama laporan..
1. menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.
2. memenuhi keperluan negara yang merdeka dan mengembangkan sistem pendidikan.
3. melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa tanah melayu.
4. merapatkan jurang perbezaan antara kaum di tanah melayu.
5. mewujudkan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.
6. menyediakan kemudahan pelajaran yang mencukupi.
7. mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih dan progresif.
LAPORAN RAHMAN TALIB
Antara cadangan-cadangan laporan..
1. semua kanak-kanak diberi pendidikan percuma bermula tahun 1962.
2. semua sekolah rendah bantuan akan dijadikan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.
3. penubuhan sekolah pelajaran lanjutan bermakna dinaikkan umur untuk berhenti sekolah kepada 15 tahun. hal ini membolehkan pelajar menyambung pelajaran selama tiga tahun lagi.
4. pelajar dinaikkan darjah secara automatik dengan syarat diadakan peperiksaan sekurang-kurangnya sekali sepenggaldan juga peperiksaan tahunan.
5. bantuan separuh dihentikan mulai 1 januarai 1962. sekolah persendirian dibenarkan diteruskan dengan beberapa syarat perlu dipatuhi.
6. semua peperiksaan diadakan dalam bahasa rasmi sahaja.
7. guru-guru dijamin untuk menerima gaji mereka sebaik sahaja sekolah mereka menjadi sekolah bantuan penuh.
8. sistem lembaga pelajaran tempatan digantung.
9. sistem jemaah pengurus atau pengelola diteruskan. kenaikan pangkat perlu disahkan oleh menteri pelajaran.
10. penubuhan jemaah penasihat pelajaran negara dan jemaah penasihat pelajaran negeri.
11. sekolah menengah pertukangan dan sekolah menengah teknik diadakan.
12. penambahan sekolah lanjutan kampung yang menyediakan pelajarn vokasional dan menekankan pelajaran perusahaan kampung menuju kepada Sijil Rendah Pelajaran dibuka kepada lelaki dan perempuan.
13. penambahan guru terlatih terutama mengajarkan matapelajaran pendidikan vokasional dan bahasa melayu.
14. pembentukan jemaah nazir tempatan.
15. menitik beratkan pendidikan akhlak.
AKTA PENDIDIKAN 1961
antara penekanan dalam akta ini..
1. penguasaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama.
2. penggunaan kurikulum yang sama bagi semua sekolah.
3. pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua murid.
LAPORAN AMINUDDIN BAKI 1964
Memperkenalkan pendidikan aneka jurusan kerana
1. pelajaran menengah rendah selama 3 tahun selepas pelajaran sekolah rendah perlu disediakan sejajar dengan dasar kerajaan untukmenaikkan umur berhenti sekolah kepada 15 tahun.
2. perlu menyediakan pelajar menjawat jawatan yang sesuai setelah mereka tamat pengajian.
3. menyediakan peluang pelbagai jenis pekerjaan.
4. mempelbagaikan jenis kursus supaya dapat mengeluarkan pelbagai tenaga manusi yang berkemahiran.
LAPORAN JAWATANKUASA KABINET
Antara perubahan yang disyorkan..
1. kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, manusia dengan alam sekitar dan perkembangan diri individu.
2. kurikulum pada masa itu perlu disusun untuk membolehkan pelajar lemah menguasai kemahiran asas dan pelajar cerdas lebih maju.
3. kajian semula untuk menentukan cara penyediaan guru dan jenis perkhidmatan.
4. susunan bilik darjah perlu dikaji semula untuk memenuhi pendekatan P&P masa kini.
5. kekalkan kenaikan darjah secara utomatik.
6. penyediaan pendidikan pemulihan untuk pelajar lemah.
7. perbaiki kaedah mengajar, bahan bantu mengajar dan peruntukan guru bagi pendidikan pemulihan.
MY BELOVED FOLLOWER (^__^)
Sunday, May 13
SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA SEBELUM MERDEKA
LAPORAN CHEESEMAN
Antara cadangan dalam laporan tersebut ialah:
1. Kanak-kanak tidak perlu membayar yuran jika mereka menghadiri sekolah vernakular pada peringkat rendah.
2. Sekolah menengah terdiri daripada 2 sahaja.
3. Pelajar di sekolah rendah berpeluang mempelajari bahasa Inggeris.
4. Pendidikan vokasional seperti mana termaktub dalam Laporan Pelajaran 1938 dilaksanakan sepenuhnya.
LAPORAN BARNES
Antara cadangan dalam laporan tersebut..
1. Matlamat pendidikan ke arah membentuk satu rupa bangsa berasaskan pelbagai kaum.
2. Semua sekolar vernakular dibubarkan dan digantikan dengan sekolah kebangsaan.
3. Sekolah kebangsaan ini hanya menggunakan bahasa inggeris atau bahasa melayu sebagai bahasa penghantar pada peringkat sekolah rendah.
4. Kanak-kanak berusia 6-12 tahun yang menerima pendidikan di sekolah kebangsaan diberi pendidikan percuma.
5. Setelah tamat pendidikan sekolah rendah, murid-murid yang meneruskan pelajaran ke peringkat menengah akan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar.
6. pembinaan sekolah vokasional yang moden.
7. Kurikulum hendaklah menekankan mata pelajaran seperti sains, seni perusahaan, dan sains rumah tangga.
8. Pentadbiran dana kewangan sekolah kebangsaan perlu ditanggung oleh penguasa pelajaran setempat dan kerajaan.
9. Penubuhan jemaah nazir persekutuan.
10. Pembinaan maktab perguruan berasrama untuk pemegang Sijil Persekolahan.
LAPORAN FENN-WU
Antara cadangan laporan tersebut..
1. walaupun bahasa melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa inggeris sebagai bahasa antarabangsa, namun orang-orang cina perlu diberi peluang untuk membentuk kebudayaan negara.
2. galakan diberikan kepada orang-orang cina untuk menguasai bahasa melayu dan bahasa inggeris.
3. orang-orang cina digalakkan oleh kerajaan inggeris untuk menguasai ketiga-tiga bahasa.
4. pengajaran bahasa iaitu bahasa cina, bahasa inggeris, dan bahasa melayu hendaklah diperbaiki.
5. guru terlatih bagi sekolah cina adalah tidak mencukupi.
6. bantuan kewangan untuk sekolah cina perlu ditambah.
7. buku teks sekolah cina terutama dari negara China dan Hong Kong perlu disemak dan dimasukkan unsur-unsur masyarakat tempatan.
8. dasar pendidikan negara hendaklah ke arah matlamat membentuk kewarganegaraan melayu.
9. sekolah-sekolah menti menyediakan kanak-kanak untuk menempuh semua aspek kehidupan berasaskan latar belakang kehidupan masyarakat melayu.
ORDINAN PELAJARAN 1952
Antara cadangan..
1. mengadakan dua sistem persekolahan iaitu sekolah menggunakan bahasa melayu sebagai penghantar dan satu lagi menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar.
2. pelajaran bahasa cina dan tamil perlu disediakan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar yang ingin belajar bahasa ibunda.
3. pelajaran bahasa melayu diwajibkan di sekolah inggeris, manakala bahasa inggeris diwajibkan di sekolah melayu.
Antara cadangan dalam laporan tersebut ialah:
1. Kanak-kanak tidak perlu membayar yuran jika mereka menghadiri sekolah vernakular pada peringkat rendah.
2. Sekolah menengah terdiri daripada 2 sahaja.
3. Pelajar di sekolah rendah berpeluang mempelajari bahasa Inggeris.
4. Pendidikan vokasional seperti mana termaktub dalam Laporan Pelajaran 1938 dilaksanakan sepenuhnya.
LAPORAN BARNES
Antara cadangan dalam laporan tersebut..
1. Matlamat pendidikan ke arah membentuk satu rupa bangsa berasaskan pelbagai kaum.
2. Semua sekolar vernakular dibubarkan dan digantikan dengan sekolah kebangsaan.
3. Sekolah kebangsaan ini hanya menggunakan bahasa inggeris atau bahasa melayu sebagai bahasa penghantar pada peringkat sekolah rendah.
4. Kanak-kanak berusia 6-12 tahun yang menerima pendidikan di sekolah kebangsaan diberi pendidikan percuma.
5. Setelah tamat pendidikan sekolah rendah, murid-murid yang meneruskan pelajaran ke peringkat menengah akan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar.
6. pembinaan sekolah vokasional yang moden.
7. Kurikulum hendaklah menekankan mata pelajaran seperti sains, seni perusahaan, dan sains rumah tangga.
8. Pentadbiran dana kewangan sekolah kebangsaan perlu ditanggung oleh penguasa pelajaran setempat dan kerajaan.
9. Penubuhan jemaah nazir persekutuan.
10. Pembinaan maktab perguruan berasrama untuk pemegang Sijil Persekolahan.
LAPORAN FENN-WU
Antara cadangan laporan tersebut..
1. walaupun bahasa melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa inggeris sebagai bahasa antarabangsa, namun orang-orang cina perlu diberi peluang untuk membentuk kebudayaan negara.
2. galakan diberikan kepada orang-orang cina untuk menguasai bahasa melayu dan bahasa inggeris.
3. orang-orang cina digalakkan oleh kerajaan inggeris untuk menguasai ketiga-tiga bahasa.
4. pengajaran bahasa iaitu bahasa cina, bahasa inggeris, dan bahasa melayu hendaklah diperbaiki.
5. guru terlatih bagi sekolah cina adalah tidak mencukupi.
6. bantuan kewangan untuk sekolah cina perlu ditambah.
7. buku teks sekolah cina terutama dari negara China dan Hong Kong perlu disemak dan dimasukkan unsur-unsur masyarakat tempatan.
8. dasar pendidikan negara hendaklah ke arah matlamat membentuk kewarganegaraan melayu.
9. sekolah-sekolah menti menyediakan kanak-kanak untuk menempuh semua aspek kehidupan berasaskan latar belakang kehidupan masyarakat melayu.
ORDINAN PELAJARAN 1952
Antara cadangan..
1. mengadakan dua sistem persekolahan iaitu sekolah menggunakan bahasa melayu sebagai penghantar dan satu lagi menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar.
2. pelajaran bahasa cina dan tamil perlu disediakan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar yang ingin belajar bahasa ibunda.
3. pelajaran bahasa melayu diwajibkan di sekolah inggeris, manakala bahasa inggeris diwajibkan di sekolah melayu.
Monday, March 26
AMALAN UNTUK DIMURAHKAN REZEKI
1. Menyempatkan diri beribadahAllah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.) 2. Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.) 3. Tinggalkan perbuatan dosaIstighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi) 4. Sentiasa ingat AllahBanyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28) 5. Berbakti dan mendoakan ibu bapaDalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami) 6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemahBerbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari) 7. Tunaikan hajat orang lainMenunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim) 8. Banyak berselawatAda hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam. 9. Buat kebajikan banyak-banyakIbnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.” 10. Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat. 11. Menjalin silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari) 12. Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid) 13. BersedekahSedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.) 14. Melazimi solat malam (tahajud)Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah. 15. Melazimi solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani) 16. Bersyukur kepada AllahSyukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145) 17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentuZikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam. 18. BerdoaBerdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan. 19. Berikhtiar sehabisnyaSiapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya. 20. BertawakalDengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Wednesday, March 21
KERJAYA GURU SEBAGAI IBADAH
GURU DALAM ISLAM
-ajaran pada rasul dan nabi adalah berdasarkan kitab yang di dalamnya terkandung pedoman dan panduan kehidupan.
-konsep belajar dan konsep mencontohi sesuatu untuk mengendalikan kehidupan.
-modal insane yang disarankan melalui input islam menjurus kea rah perlakuan manusia dengan tuhan.
-ilmu yang membentuk sekeping hati yang memiliki cirri-ciri ketuhanan mampu disempurnakan menerusi naqli ( ilmu berasaskan al-quran dan hadis.
-modal insan perlu berlandaskan ilmu naqli dan aqli.
-menekankan kepentingan mencari ilmu dan kepentingan memiliki ilmu lalu menyebarkan ilmu tersebut.
GURU DALAM HINDUISM
-guru dianggap sebagai wakil tuhan.
-ibu bapa dan orang tua dianggap guru ( awreddha).
-sikap menderhaka kepada guru akan mengundang dosa besar.
-guru sangat murni dan kerja yang dihormati dan amalan mulia.
-kitab hindu ialah veda ( rig, arhava, sama dan yahjur yang disertai Upanishad)
-kitab lain Ramayana, mahabrata dan bhagavatam.
-khrisnan : guru yang membimbing dalam peperangan.
GURU DALAM BUDDHISM
-3 kitab : sutta vibhanga, khandhaka & panvara ( peraturan-peraturan & perlakuan yang perlu dijauhi).
-guru diberi kedudukan yang tinggi dan dihormati.
Guru merupakan rakan spiritual yang akan memberi restu kepada penganutnya.
GURU DALAM SIKHISM
-diasaskan oleh Guru Nanak.
-guru digelar “guru”
-guru dianggap sebagai pelita yang menyuluh kegelapan.
-guru merupakan penyambung/ jambatan yang menghubungkan manusia dengan tuhan.
-guru disanjung dan dihormati oleh pengikut.
-guru menjadi contoh teladan.
-penganut sikh berpegang kepada ajaran 10 orang guru dan bermula dengan guru nanak yang membawa ajaran dan penentangan sistem kasta.
-setiap pemahaman diturunkan hingga guru ke-10, guru gobind singh ( ajaran dimuatkan dalam kitab guru granth sahib.
GURU MENURUT KRISTIAN
-jesus kristus sebagai guru.
-menyampaikan ajaran agama dan mendekatkan manusia dengan tuhan.
-pengajaran diteruskan oleh mubaligh-mubaligh@ apostle dan wali-walinya @ saints.
-jesus dilahirkan oleh wanita yang belum berkahwin. Mula menyampaikan ajaran ketika 30 tahun.
-selepas 3 tahun, jesus disalib dan dibunuh oleh musuh.
-kini ajaran diteruskan oleh paderi-paderi di gereja.
Tuesday, March 20
SISTEM PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL
1. Latihan perintisan
2. Institut Formal
3. Pendidikan tidak Formal
4. Latihan di tempat kerja
2. Institut Formal
3. Pendidikan tidak Formal
4. Latihan di tempat kerja
Subscribe to:
Posts (Atom)