MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Sunday, May 13

SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA SEBELUM MERDEKA

LAPORAN CHEESEMAN

Antara cadangan dalam laporan tersebut ialah:

1. Kanak-kanak tidak perlu membayar yuran jika mereka menghadiri sekolah vernakular pada peringkat rendah.
2. Sekolah menengah terdiri daripada 2 sahaja.
3. Pelajar di sekolah rendah berpeluang mempelajari bahasa Inggeris.
4. Pendidikan vokasional seperti mana termaktub dalam Laporan Pelajaran 1938 dilaksanakan sepenuhnya.

LAPORAN BARNES

Antara cadangan dalam laporan tersebut..

1. Matlamat pendidikan ke arah membentuk satu rupa bangsa berasaskan pelbagai kaum.
2. Semua sekolar vernakular dibubarkan dan digantikan dengan sekolah kebangsaan.
3. Sekolah kebangsaan ini hanya menggunakan bahasa inggeris atau bahasa melayu sebagai bahasa penghantar pada peringkat sekolah rendah.
4. Kanak-kanak berusia 6-12 tahun yang menerima pendidikan di sekolah kebangsaan diberi pendidikan percuma.
5. Setelah tamat pendidikan sekolah rendah, murid-murid yang meneruskan pelajaran ke peringkat menengah akan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar.
6. pembinaan sekolah vokasional yang moden.
7. Kurikulum hendaklah menekankan mata pelajaran seperti sains, seni perusahaan, dan sains rumah tangga.
8. Pentadbiran dana kewangan sekolah kebangsaan perlu ditanggung oleh penguasa pelajaran setempat dan kerajaan.
9. Penubuhan jemaah nazir persekutuan.
10. Pembinaan maktab perguruan berasrama untuk pemegang Sijil Persekolahan.

LAPORAN FENN-WU

Antara cadangan laporan tersebut..

1. walaupun bahasa melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa inggeris sebagai bahasa antarabangsa, namun orang-orang cina perlu diberi peluang untuk membentuk kebudayaan negara.
2. galakan diberikan kepada orang-orang cina untuk menguasai bahasa melayu dan bahasa inggeris.
3. orang-orang cina digalakkan oleh kerajaan inggeris untuk menguasai ketiga-tiga bahasa.
4. pengajaran bahasa iaitu bahasa cina, bahasa inggeris, dan bahasa melayu hendaklah diperbaiki.
5. guru terlatih bagi sekolah cina adalah tidak mencukupi.
6. bantuan kewangan untuk sekolah cina perlu ditambah.
7. buku teks sekolah cina terutama dari negara China dan Hong Kong perlu disemak dan dimasukkan unsur-unsur masyarakat tempatan.
8. dasar pendidikan negara hendaklah ke arah matlamat membentuk kewarganegaraan melayu.
9. sekolah-sekolah menti menyediakan kanak-kanak untuk menempuh semua aspek kehidupan berasaskan latar belakang kehidupan masyarakat melayu.

ORDINAN PELAJARAN 1952

Antara cadangan..

1. mengadakan dua sistem persekolahan iaitu sekolah menggunakan bahasa melayu sebagai penghantar dan satu lagi menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar.
2. pelajaran bahasa cina dan tamil perlu disediakan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar yang ingin belajar bahasa ibunda.
3. pelajaran bahasa melayu diwajibkan di sekolah inggeris, manakala bahasa inggeris diwajibkan di sekolah melayu.