MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Monday, October 17

RANCANGAN PERNIAGAAN (CONTOH RINGKASAN EKSEKUTIF)

 1.0 RINGKASAN ESEKUTIF

PENTERNAKAN KAMBING KITA BERSAMA SDN BHD diterajui oleh En Muhammad Faiez Zainal bersama Cik Aishah binti hadi dan Cik Syalviana binti Sahelin. Projek yang dijalankan ialah penternakan kambing secara intensif di atas tanah seluas 5 ekar di Jerantut, Pahang.
Memandangkan permintaan untuk daging kambing pada masa sekarang adalah sangat tinggi terutama pada musim perayaan maka kami bercadang untuk menternak kambing secara intensif untuk memenuhi permintaan pasaran sekarang.

Pengurusan
Pengurusan penternakan ini dipimpin oleh En Muhammad Faiez Zainal. Beliau mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang penternakan kambing. Pengalaman beliau dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan penghadiran dalam banyak kursus berkaitan dengan penternakan boleh membantu PENTERNAKAN KAMBING KITA BERSAMA SDN BHD dalam pengurusan ladang ternakan.

Pasaran
Keadaan pasaran daging kambing tempatan menunjukkan peningkatan permintaan yang memberangsangkan terutamanya di musim-musim perayaan. Peningkatan permintaan ini disebabkan kekurangan bekalan daging mentah tempatan di pasaran. Kekurangan ini disebabkan kaedah penternakan secara tradisional dan kecil-kecilan yang kurang efektif untuk memenuhi permintaan.
PENTERNAKAN KAMBING KITA BERSAMA SDN BHD menjangkakan permintaan daging mentah tempatan akan terus meningkat berikutan peningkatan tahap ekonomi penduduk Malaysia. Perbelanjaan isi rumah dijangka akan meningkat berikutan dengan perkembangan ekonomi negara yang memberangsangkan pada masa hadapan. Ini akan meningkatkan permintaan daging kambing di pasaran tempatan.

Keperluan Pinjaman
PENTERNAKAN KAMBING KITA BERSAMA SDN BHD bercadang membuat pinjaman sebanyak RM 500, 000 untuk menampung kos operasi permulaan seperti membeli stok-stok awal kambing, makanan dan sebagainya. Pinjaman ini diperlukan pada awal Januari 2012.
Pinjaman dan juga faedahnya akan dilunaskan dalam masa 5 tahun. Tanah dan aset lain yang dipunyai PENTERNAKAN KAMBING KITA BERSAMA SDN BHD akan dijadikan sebagai cagaran.

Thursday, October 13

proses respirasi

proses pembebasan tenaga molekul organik pleh organisma hidup.

terbahagi kepada 2 iaitu respirasi luar dan respirasi sel.

respirasi luar 
-udara di masukkan ke dalam badan organisma dan dikeluarkan dalam bentuk karbon dioksida dan wap air.

respirasi sel
-tindak balas biokimia dalam sel.
-melibatkan pemecahan molekul organik untuk membebaskan tenaga.  (sebahagian sbgai haba, dan sebahagian sbg ADP yang kaya dengan tenaga)

respirasi sel terbahagi kepada 2 iaitu aerobiosis



erobiosis 
glukos + etanol + 2 molekul app (persamaan)
terdiri drpd 1 siri tindakbalas biokimia berlaku dalam protoplasma dlm semua sel hidup.
melibatkan penguraian glukos dalam kehadiran oksigen dalam bentuk lebih ringkas.
dipanggil aerop. 
digunakan untuk proses metabolisma. 

proses respirasi dalam tumbuhan
berlaku sepanjang hari.
glukos + oksigen = karbon dioksida + air + tenaga
pemerolehan oksigen berlaku pada daun, dahan dan akar ( stoma@liang pada daun dan lentisel@liang pada akar dan dahan) 

respirasi malam aerop
xberlaku kerana xmatahari dan liang tertutup
masih berlaku dengan menggunakan
tmbuhan mempunyai .. dari lentisel

respirasi aennerop
gas metana dihasilkan melalui proses respirasi aennerop.
gas metana menyumbang kepada rumah hijau.

aspek perbezaan respirasi aerop dan aennerop
-keperluan oksigen
-hasil
-kuantiti pembebasan tenaga
-jumlah APP yang dihasilkan
-tempat berlakunya proses



Thursday, October 6

MITOSIS

Transpirasi


Pengenalan 
Kehilangan air ke atmosfera secara sejatan.
Transpirasi berterusan manyebabkan tumbuhan mati.
Jika transpirasi xberlaku, tumbuhan mati juga.
Penyejatan air dari tumbuhan menghasilkan
Tumbuhan menyerap air dari tanah secara osmosis pada bahagian rerambut akar.
proses ini berlaku melalui stoma pada daun pada daun, lenpisel pada batang tua atau melalui lapisan kutikel nipis pada pucuk. 90% berlaku pada stoma.
stoma penting untuk penyejatan air daripada tumbuhan .
berlaku pada waktu siang.

faktor persekitaran yang mempengaruhi transpirasi
suhu
keamatan cahaya
kelembapan udara
pergerakan udara

proses translokasi
pengangkutan bahan organik yang terhasil daripada proses fotosintesis dari bahagian daun ke seluruh bahagian lain. di angkut melalui tiub tapis floem. hasil2 fotosintesis diangkut ke semua bahagian untuk proses transpirasi. sebahagian hasil fotosintesis dihantar ke tisu meristem yang aktif membuat pembahagian sel (hujung akar dan pucuk). sebahagian glukos bertukar kepada bentuk kanji diubahsuai kepada bentuk suprus (gula buah-buahan) suprus di angkut ke akar, buah dan kudup. glukosa berlebihan diangkut ke bebawang dan ke umbisi untuk menjadi kanji. 

gutasi 
tekanan akar menolak cecair ke bahagian atas tumbuhan.
berlaku pada waktu malam yang panas dan lembap. terdapat tumbuhan yang mengeluarkan cecair berlebihan melalui liang-liang tepi daun@hidatod. 
air yang terkeluar mengandungi garam yang terlarut.
proses inti berlaku apabila tumbuhan mencapai kesegahan maksimum dan udara di sekitarnya teou dengan wap air. 

tisu akar menyerap garam mineral secara aktif dan menghasilkan tekanan osmosis tinggi dalam vasel zilom. menjana daya tolakan ke atas dalam visel zilem (tekanan udara). vasel zilem sangat halus dan sempit oleh itu air naik secara tindakan kapilari dan dibantu oleh daya lekitan air dan daya lekatan air antara air dan vesal zilom. mewujudkan ketegangan dalam visel zilom yamg menyebabkan





CIRI-CIRI PROFESIONALISME KEGURUAN

    1.  Pengetahuan Atau Kemahiran Yang Diperolehi Melalui Pembelajaran Teori Dan Latihan Amali Dalam Sesuatu Tempoh Masa Yang Panjang.

    Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samada  seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya. Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.


    Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.


  Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.


2. Mempertingkatkan Profesionalisme.


Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa. Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.


Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.


Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998).


3. Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan  Masalah Serta Berfikiran Kritis dan Kreatif .

Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.

Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program.


4. Mahir  Menggunakan IT.

Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui ‘online’.

Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemankin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.

Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut. Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan pembangunan negara bergerak dengan rancak. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk membangunkan teknologi maklumat seperti koridor raya multimedia [multimedia super corridor (MSC)] yang menjadi pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau dan antarabangsa.

Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan  di negara ini, komputer telah dijadikan sebagai satu kurikulum di sekolah. Penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer merupakan salah satu bentuk kurikulum yang memerlukan profesion keguruan tahu dan menguasai teknologi maklumat. 

  Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, kita berhadapan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian, malah kemudahan teknologi telah menjadi satu cara hidup seperti penggunaan pengangkutan berasaskan teknologi  (LRT), perkhidmatan bank ( kad ATM), telekomunikasi (telefon bimbit), hiburan ( Video, VCD) dan lain-lain.


Jadi rakyat negara ini harus dapat menangani  kehidupan di era teknologi maklumat sehingga teknologi itu menjadi sebahagian daripada amalan biasa tanpa disedari. Oleh itu, profesion keguruan harus memperlengkapkan diri secara global dalam perkembangan  penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah.


5. Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak.

    Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapakan dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatan di jalan raya dan cara-cara memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak.

Melalui pembacaan guru dapat menambah ilmu pengatahuan mengenai isu-isu semasa,  sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, janayah seperti peras ugut, pecah rumah, penculikan dan seumpamanya manakala ekonomi seperti urusan perniagaan, jual-beli saham, hartanah dan sebagainya. Politik seperti dalam hubungan negara di peringkat antarabangsa dan juga pergolakan politik sesebuah negara. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar.Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji.

Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai murni yang disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu.