MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Monday, November 17

RPH KEMAHIRAN HIDUP

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5 EARTH 

Mata Pelajaran               
Kemahiran Hidup
Kelas  
5 Venus
Tarikh                             
22 Julai 2014 ( Selasa )
Masa  
11.30-12.30 pagi
Bilangan Pelajar             
32 orang
Tajuk                               
Reka Bentuk dan Penghasilan Projek.

Sub Tajuk                       

Mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula.

Pengetahuan Sedia Ada      
Murid pernah menghasilkan Projek Menara Rumah Api semasa tahun 4.
Objektif Pembelajaran
a.    Murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya satu irri bagi setiap lukisan dengan betul.
b.    Murid dapat melakar sekurang-kurangnya satu daripada tiga jenis lukisan dengan maklumat yang tepat.
Bahan Bantu Mengajar
Projek sebenar, kad manila, kertas F4,

aktiviti
meneka, melakar, perbincangan.
Pendidikan Alam Sekitar                             
Pengurusan bahan kitar semula.
Kajian Masa Depan         
Melahirkan insan yang berkemahiran dalam menghasilkan lakaran projek dan pengurusan bahan kitar semula.




Langkah /Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set induksi
(5 minit)
Pengenalan kepada tajuk soalan :
1.    Apakah bahan yang disembunyikan?
2.    Apakah kesan jika bahan yang hilang tidak dapat dikesan?
3.    Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini daripada berlaku?
Guru menunjukkan bahan projek sebenar yang belum dicantumkan.
Murid diarahkan memerhati bahan dengan teliti.
Murid diminta menutup mata, guru menyembunyikan salah satu bahan projek.
Murid diminta meneka bahan yang disembunyikan.
Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran iaitu “mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula”.
BBM:
Video

KBKK:
Membuat inferens, menjana idea

Nilai-nilai Murni:
Kerjasama dan bertanggungjawab

PAS:
Pengurusan sumber yang tidak sistematik banyak menyebaban pencemaran alam sekitar.
Langkah 1
(5 minit)
lukisan projek
definisi :
ciri-ciri :
murid duduk dalam kumpulan masing-masing.
guru menunjukkan contoh lukisan projek.
Guru menerangkan tentang definisi dan ciri-ciri lukisan projek.
guru mengagihkan lukisan projek kepada setiap kumpulan.
BBM:
Nota edaran.

KBKK:
Membuat gambaran mental, imbas kembali
Langkah  
(15 minit)
lukisan berdimensi definisi :
ciri-ciri :
Guru mengedarkan senarai bahan dan alatan kepada murid.
Guru meminta murid untuk menyenaraikan seberapa banyak alatan tangan yang murid tahu.
Guru memberi penerangan tentang jenis-jenis dan fungsi-fungsi bahan yang digunakan.
BBM:
Nota Edaran.

KBKK:
Imbas kembali, menjana idea

Nilai-nilai murni:
Mengutamakan keselamatan.
Langkah 3
(5 minit)
lukisan terlerai.
Mengedarkan kertas urutan langkah kerja kepada murid.
Memberi penerangan kepada murid tentang kepentingan langkah kerja.
1.    Guru meminta murid untuk menitikberatkan tentang kepentingan dalam mengikuti langkah kerja apabila membuat sesuatu projek.
2.    Guru meminta murid untuk memberikan akibat jika langkah kerja tidak diikuti.
BBM:
Nota Edaran.

Nilai-nilai murni:
Disiplin
Penilaian
(15 minit)
aktiviti melakar lukisan
Memberi soalan kepada murid secara rawak.
Meminta murid untuk melakarkan tiga jenis lakaran yang berkonsepkan alam sekitar.
Murid diminta untuk menjawab kesemua soalan yang diberikan oleh guru.
Setiap murid perlu melakarkan tiga lakaran projek kayu yang berkonsepkan alam sekitar.
Guru perlu memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai oleh murid.
BBM:
Kertas Lukisan,pensel.
Penutup
(5 minit)
Rumusan:
Penghasilan projek kayu menggunakan logam dan bahan kitar semula.
Mengamalkan langkah-langkah menjaga alam sekitar.
Fikirkan faedah yang dapat jika menjaga alam sekitar.
Murid dibimbing untuk membuat rumusan.
Guru menunjukkan rakaman video tentang faedah apabila alam sekitar dijaga.

Tugasan susulan:
Murid dikehendaki menyediakan
Kemahiran Berfikir:
membuat rumusan

Kajian Masa Depan:
Melahirkan insan yang berdisplin dan bekerja sama dalam menjadikan alam sekitar lebih sihat dan ceria.


:



RPH KEMAHIRAN HIDUP (MEMBUAT KEMASAN)

 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5 VENUS

Matapelajaran : Kemahiran Hidup
Kelas : 5 Earth 2014
Tarikh : 3 September 2014
Masa : 11.00-12.0 tengah hari
Bilangan murid : 31 Orang ( L : 12, P : 19)
Bidang : Rekabentuk dan Teknologi
Tajuk : Mereka Bentuk dan Penghasilan projek
Sub tajuk : Mereka Bentuk Dan Menghasilkan Projek Berasaskan Logam dan Bahan Kitar Semula ( Membuat Kemasan)
Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat ;
a.    Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga daripada lima alatan dan bahan yang digunakan untuk membuat  kemasan bahan projek secara lisan dengan betul tanpa bimbingan guru.
b.    Menerangkan sekurang-kurangnya tiga daripada lima langkah-langkah membuat kemasan secara tepat dengan bantuan guru.
c.    Membuat kemasan pada bahan projek yang diberikan guru.

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat kerja kemasan dilakukan.
Teknik dan strategi : lakonan, soal-jawab, demontrasi, perbentangan, didik hibur.
Kemahiran berfikir : menjana idea, membanding beza, membuat rumusan, mengimbas kembali
Penerapan nilai-nilai murni : bekerjasama, berhati-hati, berdisiplin, patuh arahan guru, memberi perhatian.
Alat bantu Mengajar : bahan projek sebenar, cat sembur, kertas las, lafaz ikrar, persembahan powerpoint, demontrasi, sumbangsaran.


Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pembelajaran
Catatan









Set Induksi
( 8 Minit )

Persembahan Lakonan
seorang perempuan pergi ke kedai untuk membeli hadiah hari lahir adiknya.

Soalan
1.    Apakah tujuan Nani ke kedai tersebut?
2.    Mengapakah Nani memilih hadiah tersebut?
3.    Apakah kepentingan kemasan?


Cadangan Jawapan
1.    Nani ke kedai tersebut untuk membeli hadiah hari lahir sahabatnya.
2.    Nani tertarik dengan warna hadiah yang menarik.
3.    Sesuatu projek/benda menjadi menarik, tahan lama dan
  



*      Dimulakan kelas dengan membaca doa, bertanya khabar dan memastikan murid bersedia untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
*      Guru mempersembahkan sebuah lakonan pendek.
*      Murid menyaksikan persembahan guru.
*      Guru bersoal-jawab dengan murid..
*      Murid menjawab soalan guru.
*      Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran iaitu Membuat kemasan Projek.
BBM
·         Peralatan lakonan

Kemahiran berfikir
·         Menjana idea

Kaedah Dan Strategi
·         Lakonan
·         Soal-jawab

Pembelajaran Kontekstual
·         Murid mengaitkan pengalaman sedia ada dengan pelajaran.
















Langkah 1
( 10 minit )

Bahan dan alatan membuat kemasan

a.    Kertas Las
untuk melelas permukaan projek agar cat melekat dan tidak mudah tanggal.
b.    Surat Akhbar Lama
mengalas permukaan lantai agar tidak kotor.
c.    Kayu
Digunakan untuk melakukan kerja melelas projek
d.    Cat Sembur
untuk melindungi sebarang kecacatan projek atau menjadikan projek lebih menarik.
e.    Solatape
membalut kawasan projek yang tidak hendak dicat.

1.     

*      Guru menerangkan nama alatan dan bahan yang terlibat untuk kerja membuat kemasan secara ringkas.
*      Murid mendengar penerangan guru sambil melihat bahan sebenar dengan teliti.
*      Guru menerangkan fungsi setiap bahan dan alatan untuk membuat kemasan.
*      Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.
*      Murid bersoal-jawab dengan guru.

Nilai Murni :
·         Menumpuhkan perhatian

Kemahiran Berfikir:
·         Membanding beza

BBM
·         surat akhbar lama
·         soletape
·         kertas las
·         kayu kecil
·         cat sembur


Kaedah dan teknik
·         Soal-jawab
·         Demontrasi (murid)






Langkah 2
( 10 minit )

Langkah-langkah membuat kemasan Projek

1.    Sediakan bahan dan alatan
2.    Laskan seluruh bahagian projek menggunakan kertas las sehingga projek licin.
3.    Balutkan bahagian yang tidak hendak diwarnakan.
4.    Semburkan cat sembur perlahan-lahan.
5.    Keringkan.




*      Guru menerangkan tentang cara membuat kemasan.
*      Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.
*      Murid bersoal-jawab dengan murid.
*      Guru menjemput Uncle Bob untuk melakukan demontrasi membuat kemasan.
*      Murid memerhati demontrasi yang dilakukan oleh uncle bob.
*      Murid mengucapkan terima kasih kepada uncle bob.


BBM
·         kertas majung

Kaedah Dan Teknik
·         Demontrasi dan penerangan (guru)

Nilai Murni
·         Memberi perhatian

Kecerdasan Pelbagai
·         muzik









Langkah 3
(   5 minit)

AMALI MEMOTONG
Lafaz Ikrar
Saya berjanji bahawa,
i.      saya tidak akan bermain semasa melakukan kerja amali.
ii.     Saya akan sentiasa menjaga keselamatan diri dan kawan-kawan
iii.    Saya akan bekerjasama dalam kumpulan
iv.   Mematuhi arahan guru

Soalan
1.    Apakah tujuan lafaz ikrar dilakukan?
2.    Apakah contoh ikrar yang anda lafazkan tadi?

Cadangan Jawapan
1.    Supaya murid ingat peraturan yang perlu dipatuhi.
2.    Contoh ikrar yang dilafazkan;
i.              tidak akan bermain semasa melakukan kerja amali.
ii.             Saya akan sentiasa menjaga keselamatan diri dan kawan-kawan
iii.            Saya akan bekerjasama dalam kumpulan
iv.           Mematuhi arahan guru


*      Murid diminta melafaz ikrar menggunakan alatan tangan bagi memastikan semua murid berhati-hati sepanjang melakukan amali.
*      Lafaz ikrar diketuai oleh formen kelas.
*      Guru bersoal-jawab dengan murid tentang tujuan dan contoh lafaz ikrar.
*      Guru mengedarkan bahan projek dan alatan tangan sambil guru menerapkan nilai berhati-hati semasa menggunakan alatan tangan.
*      Guru menetapkan masa dan syarat untuk murid menyiapkan kerja amali.
*      Setiap murid dikehendaki melibatkan diri dalam kerja amali memotong.
*      Guru menerapkan nilai murni berhati-hati.
*      Guru memantau murid melakukan amali sambil membimbing murid.

Nilai Murni :
·         Kepimpinan
·         Berdisiplin
·         Berhati-hati

BBM :
·         Kertas majong lafaz ikrar
·         Bahan projek sebenar
·         Alatan memotong

Kaedah Dan Teknik
·         Soal-jawab


Penilaian
(   15 minit)

Perbentangan Hasil Kerja Kumpulan



i.               

*      Guru mengutip hasil kerja murid.
*      Guru memilih satu kumpulan ke hadapan untuk membentangkan hasil kerja.
*      Murid diminta membentangkan proses kerja memotong yang dilakukan dalam kumpulan.
*      Murid diminta menyatakan perasaan masing-masing semasa melakukan kerja memotong bahan.


BBM :
·         Bahan projek
·         Lembaran kuiz

Nilai Murni :
·         Kerjasama

Kaedah Dan Teknik
·         Perbentangan Kumpulan

Kemahiran Berfikir
·         Membuat rumusan




Penutup
(  7 minit)

Penutup Kognitif
·         Murid diminta membuat rumusan pembelajaran.

Penutup Sosial
·         Guru memuji kumpulan yang berjaya dan tepukan gemuruh diberikan kepada semua murid kerana melibatkan diri.

*      Murid diminta menyanyikan lagu Mari memotong.
*      Guru bersoal-jawab mengenai manfaat kemahiran memotong
*      Beberapa orang murid diminta membuat rumusan pembelajaran.
*      Guru memberi peneguhan positif kepada murid.

KMD :
·         Murid dapat mencipta sesuatu yang baru

Kaedah Dan Teknik
·         Sumbangsaran

Kemahiran Berfikir:
·         Membuat rumusan