MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Monday, October 31

5 WARNA MENYIHATKAN

1. Biru atau ungu

Buah-buahan dan sayur-sayuran biru atau ungu mengandungi pelbagai fitokimia yang sememangnya bermanfaat untuk kesihatan seperti anthocyanins yang dapat memperbaiki sirkulasi darah, menguatkan retina dan penglihatan. ia juga mengandungi phenolics. kepentingannya adalah untuk antioksidaan dan anti penuaan. antara yang temasuk dalam golongan ini ialah anggur, blueberry, asparagus ungu, kismis, buah plum serta terung.

2. Kuning atau jingga


Buah-buahan dan sayur-sayuran kuning mengandungi pelbagai jumlah dan jenis antioksida seperti vitamin C, carotenoids dan bioflavonoids. ia adalah dua tahap fitokimia yang sangat berpotensi untuk kesihatan.buah-buahan dan sayur-sayuran yang tergolong dalam kumpulan ini ialah nanas, nangka, betik, lemon, jagung dan labu parang.

3. Merah

Sayur dan buah yang terdiri daripada kumpulan ini ialah epal merah, bawang merah, buah delima, tomato, strawberi dan tembikai merah. sayur dan buah golongan ini mengandungi karotenoid. ia adalah bahan antioksida yang berkhasiat serta dapat meneutralkan radikal bebas yang menggandungi DNa pada sel. terdapat juga fitokimiakhusus yang bermanfaat bagi kesihatan seperti lycopene dan anthocyanins dalam buah dan sayur bagi kumpulan ini.

4. Hijau

Buah dan sayur golongn ini mengandungi banyak fitokimia seperti lutien dan indoles yang menarik. ia juga mengandungi klorofil yang sememangnya diketahui kaya dengan antioksida dan mempunyai kebolehan membersihkan darah. antara yang terdapat dalam kumpulan ini ialah sawi, rumpai, kubis hijau, mentimun, daun bawang, kacang pnjang, kacang buncis, buah kiwi dan epal hijau.

5. Putih

Buah-buahan dan sayuran putih , kecoklatan dan coklat biasanya mengandungi pelbagai jumlah fitokimia yang bermanfaat untuk kesihatan anda. umpamanya ialah buah kurma, bawang putih, sengkuang dan pisang.

SIMPTOM DAN KESAN PENYAKIT ALZHEIMER

Alzheimer adalah sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. ia bukan sejenis penyakit berjangkit tetapi adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruk sehingga pesakit tidak mampu mengurus diri sendiri.

Simptom-simptom penyakit alzheimer
a. lupa perkara yang sering dilakukan.
b. cepat penata
c. sukar membezakan masa, tempat dan orang.
d. hilang daya logik dan pelupa.
e. tidak mampu melakukan kegiatan harian dan mengurus diri sendiri.
f. gagal menumpukan perhatian.
g. sukar mengingati perkataan ketika bercakap dan menamakan objek atau orang.

Kesan-kesan penyakit alzheimer
a. sering tertekan, merepek dan tidak sedar.
b. sukar membezakan masa dan gagal mengawal ketika membuang air kecil atau besar.
c. tidak mampu berfikir, bercakap dan bergerak.
d. terdapat juga pesakit alzheimer hilang sifat malu dan bercakap mengenai hal yang memalukan keluarga dan bertelanjang di tempat umum.

MENDAPAT PAHALA LEBIH KETIKA BERWUDUK


Berikut merupakan antara doa-doa bagi perbuatan ketika berwuduk mengikut imam Al-ghazali.. 

1. Ketika menggosok gigi sebelum berwuduk, berniatlah  tujuan menggosok gigi adalah agar mulut berbau wangi ketika membaca Al-quran dan berzikir kepada Allah.

2. Membasuh kedua tapak tangan sambil berdoa "Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada mendapat kecelakaan dan kebinasaan."


3. Kemudian berkumur sambil berdoa "Ya Allah, bantulah aku agar aku diberikan kekuatan untuk membaca Al-Quran dan banyak berzikir kepadamu"

4. Kemudian masukkan air ke dalam hidung dengan tapak tangan kanan sambil berdoa " Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada bau neraka dan buruknya neraka".

5. Ketika membasuh muka, berdoalah " Ya Allah putihkan wajahku dengan cahayaMu dan janganlah Engkau hitamkan wajahku dngan kegelapanMu."

6. Ketika membasuh tangan kanan hingga ke siku, bacalah doa "Ya Allah, berikanlah aku buku amalanku dengan tangan kananku dan hitunglah amalanku dengan kiraan yang  mudah".



7. Ketika membasuh tangan kiri, berdoa "Ya Allah, aku Berlindung denganMu daripada memberikan buku amalanku dengan tangan kiri atau belakangku."

8. Ketika membasuh muka, berniat untuk berwuduk.

9. Ketika menyapu kepala sambil berdoa " Ya Allah, tolonglah aku dengan kasih sayangMu kepadaku. naungi aku di bawah naungan ArasyMu."

10. Ketika menyapu telinga, berdoa "Ya Allah, jadikan aku sebahagian dari golongan yang mendengar perkataan, lalu mengikut yang baik daripadanya. Ya Allah perdengarkanlah kepadaku seruan penyeru syurga bersama orang yang baik-baik.

11. Ketika membasuh kaki kanan, berdoa "Ya Allah, permudahkanlah kakiku untuk melintas titian sirat."

12. Ketika membasuh kaki kiri, berdoa " Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada tergelincir tapak kakiku dari titian, pada hari yang tergelincir segala tapak kaki orang munafik."

13. Selepas selesai berwuduk, menghadap kiblat dan baca doa selepas wuduk.

Sunday, October 30

EYE CARE TIPS

To do your job properly, it is of utmost importance that you take care of your eyes. If you happen to be a photographer, you definitely need to have a strong and healthy vision to capture images. If you work online, the more likely it is that you need to have good eyesight to read wide variety of details from the internet.

There are plenty of excellent food sources to help you maintain good eyesight. This includes fruits and vegetables rich in vitamins and minerals. You should eat vegetables like spinach, lettuce, watercress, kale, arugula, broccoli, green and red bell peppers on a regular basis.

Make sure that you take eight to ten glasses of water a day to keep you hydrated. Do this regularly to maintain brighter and healthier eyes. You may have a different sleeping schedule as you work or study. But you should have enough time to rest your eyes. You may need more than 5 hours of snooze break to generally make your eyes function well. If you cannot have some time to rest in between work or study, then close your eyes for a minute or two. If you are always in front of the computer, it is quite pivotal that you wear reading eyeglasses in order to protect your eyes from getting tired right away.

Monday, October 17

RANCANGAN PERNIAGAAN ( CONTOH RANCANGAN PENGURUSAN )

3.0 RANCANGAN PENGURUSAN

3.1 Pasukan Pengurusan
Pasukan pengurusan syarikat PENTERNAKAN KAMBING KITA BERSAMA SDN BHD terdiri daripada mereka yang cekap dan berpengalaman dalam setiap bahagian yang dipegang. Berikut merupakan biodata pasukan pengurusan syarikat ini:

Pengarah urusan
Nama                             :   En. Ali bin Abni Abu
Tarikh Lahir                   :  14-02-1973
Kad Pengenalan          :  730214-05-5379
Alamat                           :  21 Jln SP/3B Tmn Sri Puchong 47100 Puchong Selangor.
Kelulusan                      :   Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Ternakan (UPM)
                                           Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (UKM)
Pengalaman bekerja   :  10 tahun

Bahagian operasi
Nama                             :  Cik Aminah Amin
Tarikh Lahir                   :  24-08-1973
Kad Pengenalan           :  730824-05-5501
Alamat                            :  A50104, Jln TKK 2/5 Tmn Kinrara 47100 Puchong Selangor
Kelulusan                       :   Ijazah Sarjana Muda Dalam Bidang Bioteknologi
                                            Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (UKM)
Kursus yg dihadiri         :   Kursus Rancangan Perniagaan Kambing Anjuran MARA
Pengalaman                  :  11 tahun bekerja

Bahagian kewangan
Nama                             :   Cik Aishah Hadi
Tarikh Lahir                   :   01-02-1959
Kad Pengenalan          :   590201-10-7027
Alamat                           :  19, Jln Rozario off Jln Tun Sambathan, Kuala Lumpur
Kelulusan                      :   Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (UKM)
Kusus yang dihadiri     :   Kursus Rancangan Perniagaan Kambing Anjuran MARA
Pengalaman                 :   6 tahun bekerja

3.2 Struktur Pasukan Pengurusan
(masukkan carta organisasi pasukan pengurusan)