MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Monday, October 31

5 WARNA MENYIHATKAN

1. Biru atau ungu

Buah-buahan dan sayur-sayuran biru atau ungu mengandungi pelbagai fitokimia yang sememangnya bermanfaat untuk kesihatan seperti anthocyanins yang dapat memperbaiki sirkulasi darah, menguatkan retina dan penglihatan. ia juga mengandungi phenolics. kepentingannya adalah untuk antioksidaan dan anti penuaan. antara yang temasuk dalam golongan ini ialah anggur, blueberry, asparagus ungu, kismis, buah plum serta terung.

2. Kuning atau jingga


Buah-buahan dan sayur-sayuran kuning mengandungi pelbagai jumlah dan jenis antioksida seperti vitamin C, carotenoids dan bioflavonoids. ia adalah dua tahap fitokimia yang sangat berpotensi untuk kesihatan.buah-buahan dan sayur-sayuran yang tergolong dalam kumpulan ini ialah nanas, nangka, betik, lemon, jagung dan labu parang.

3. Merah

Sayur dan buah yang terdiri daripada kumpulan ini ialah epal merah, bawang merah, buah delima, tomato, strawberi dan tembikai merah. sayur dan buah golongan ini mengandungi karotenoid. ia adalah bahan antioksida yang berkhasiat serta dapat meneutralkan radikal bebas yang menggandungi DNa pada sel. terdapat juga fitokimiakhusus yang bermanfaat bagi kesihatan seperti lycopene dan anthocyanins dalam buah dan sayur bagi kumpulan ini.

4. Hijau

Buah dan sayur golongn ini mengandungi banyak fitokimia seperti lutien dan indoles yang menarik. ia juga mengandungi klorofil yang sememangnya diketahui kaya dengan antioksida dan mempunyai kebolehan membersihkan darah. antara yang terdapat dalam kumpulan ini ialah sawi, rumpai, kubis hijau, mentimun, daun bawang, kacang pnjang, kacang buncis, buah kiwi dan epal hijau.

5. Putih

Buah-buahan dan sayuran putih , kecoklatan dan coklat biasanya mengandungi pelbagai jumlah fitokimia yang bermanfaat untuk kesihatan anda. umpamanya ialah buah kurma, bawang putih, sengkuang dan pisang.