MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Sunday, July 31

ALAT MENGAPIT DAN MEYANGGA

PENGENALAN ALAT MENGAPIT DAN MENYANGGA
Ketika proses kerja pemasangan, alatan khas hendaklah digunakan untuk mengapit dan menyangga benda kerja supaya kerja dapat dilakukan dengan mudah dan selamat.
Peralatan ini direka khas untuk jenis pemasangan yang tertentu.
Antara alat mengapit dan menyangga yang terdapat dalam folio ini adalah seperti berikut;
*      Ragum meja
*      Apit g
*      Apit F
*      Apit panjang
*      Apit rencong
*      Kakatua

RAGUM MEJA

Gambar 1 : Ragum meja besi

            Ragum meja diperbuat daripada besi tuangan dalam beberapa saiz dan bentuk. Ragum meja terdapat pada meja kerja kayu dan logam. Kegunaan utama ragum meja ialah untuk memegang benda kerja semasa kerja mengergaji, mengetam kayu, mengerudi dan sebagainya. Berikut merupakan gambar bahagian-bahagian ragum meja.

gambar 2 : bahagian-bahagian ragum meja

                Ragum meja dilapik dengan kayu pada rahangnya. Manakala ragum meja logam pula dilapik dengan logam lembut untuk menjaga permukaan kerja. Berikut merupakan bahagian-bahagian ragum meja dan fungsinya;

Nama Bahagian
Fungsi
Rahang
Memegang bahan yang hendak dikerjakan.
Pemegang
Mengawal kedudukan andas.
Andas
Mengetatkan cengkaman apabila memegang bahan yang hendak dikerjakan.

Jadual 1 : Bahagian ragum meja dan fungsinya

APIT G


Gambar 3 : Apit G

            Apit G diperbuat daripada besi tuangan berbentuk G. Dinamakan apit G kerana bentuknya yang menyerupai huruf G. Saiz apit G ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang.  Kegunaan apit G adalah untuk memegang kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu dan memegang kayu yang hendak digerudi, dipahat atau digergaji. 
            Apit G digunakan digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja untuk melindungi permukaan benda kerja. Berikut merupakan bahagian-bahagian apit G.

APIT F


Gambar 6 : Apit F

            Apit F dikenali juga sebagai apit pendek. Ia dinamakan apit f kerana bentuknya yang menyerupai huruf F. Sama seperti apit g, apit F juga diperbuat daripada besi tuangan dan saiz apit G ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang. Biasanya apit F berukuran 150 mm, 300 mm dan 450 mm sahaja.
            Kegunaannya ialah merapatkan tanggam dan kerja-kerja lain yang lebarnya tidak melebihi panjang apit. Pendek kata, apit F digunakan dalam kerja pemasangan tanggam bagi saiz kayu yang pendek.

APIT PANJANG
           
            Diperbuat daripada besi tuangan atau aluminium dengan panjang 0.6 meter, 1.2 meter, 1.5 meter dan 1.8 meter. Ia digunakan untuk proses pemasangan tanggam, pemidang pintu, tingkap, perabut, papan yang hendak dicantum atau diglukan.

 Gambar 7 : Apit panjang

            Apabila melakukan pengapitan, sekeping kayu hendaklah dilapikkan diantara  blok apit dengan bahagian kayu yang dikerjakan supaya mencegah kesan kecatatan berlaku pada tepi kayu.

APIT RENCONG

 
Gambar 8 : Apit rencong

            Apit rencong diperbuat daripada aluminium atau besi tuangan. Fungsinya ialah untuk menetapkan kedua-dua bahagian kayu yang bertanggam rencong apabila hendak diglu atau dipakukan dalam pemasangan kerangka gambar.

 KAKATUA


Gambar 9 : Kakatua


            Dinamakan kakatua kerana muncungnya yang menyerupai paruh burung kakak tua. Digunakan untuk mencabut paku, mengeluarkan paku dan memotong dawai. Biasanya bersaiz antara 125mm hingga 300mm. Kakak tua terdiri daripada lengan, rivet, rahang dan kuku.

            Benda kerja kayu mungkin mengalami kerosakan apabila digunakan untuk mencabut paku, oleh itu sekeping kayu alas hendaklah digunakan bagi mengelakkan sebarang kerosakan.












BIODATA HAMKA


HAMKA (1908-1981), adalah akronim kepada nama sebenar Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Beliau adalah seorang ulama, aktivis politik dan penulis Indonesia yang amat terkenal di alam Nusantara. Beliau lahir pada 17 Februari 1908 di kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Ayahnya ialah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah atau dikenali sebagai Haji Rasul, seorang pelopor Gerakan Islah di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.
Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga kelas dua. Ketika usia Hamka mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera Thawalib di Padang Panjang. Di situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab. Hamka juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang diberikan ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo.
Hamka mula-mula bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929. Hamka kemudian dilantik sebagai pensyarah di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Setelah itu, beliau diangkat menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta. Dari tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau menjawat sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan jabatan itu ketika Sukarno menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).
Hamka adalah seorang yang bijak dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti filsafat, sastera, sejarah, sosiologi dan politik, baik Islam mahupun Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggeris dan Jerman seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka juga rajin membaca dan bertukar-tukar pikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjopranoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang handal.
Hamka juga aktif dalam gerakan Islam melalui organisasi Muhammadiyah. Beliau mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang. Mulai tahun 1928, beliau mengetuai cabang Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929, Hamka mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian beliau menjadi konsul Muhammadiyah di Makassar. Kemudian beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah, menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada tahun 1946
Pada tahun 1953, Hamka dipilih sebagai penasihat pimpinan Pusat Muhammadiah. Pada 26 Juli 1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali melantik Hamka sebagai ketua umum Majlis Ulama Indonesia tetapi beliau kemudiannya meletak jawatan pada tahun 1981 karena nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah Indonesia.
Kegiatan politik Hamka bermula pada tahun 1925 ketika beliau menjadi anggota parti politik Sarekat Islam. Pada tahun 1945, beliau membantu menentang usaha kembalinya penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidato dan menyertai kegiatan gerilya di dalam hutan di Medan. Pada tahun 1947, Hamka diangkat menjadi ketua Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia. Beliau menjadi anggota Konstituan Masyumi dan menjadi pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum 1955. Masyumi kemudiannya diharamkan oleh pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Dari tahun 1964 hingga tahun 1966, Hamka dipenjarakan oleh Presiden Sukarno karena dituduh pro-Malaysia. Semasa dipenjarakanlah maka beliau mulai menulis Tafsir al-Azhar yang merupakan karya ilmiah terbesarnya. Setelah keluar dari penjara, Hamka diangkat sebagai anggota Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majelis Perjalanan Haji Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia.
Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, Hamka merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit. Sejak tahun 1920-an, Hamka menjadi wartawan beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun 1932, beliau menjadi editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di Makasar. Hamka juga pernah menjadi editor majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.
Hamka juga menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (10 jilid) dan antara novel-novelnya yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan Singapura termasuklah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli.
Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan antarabangsa seperti anugerah kehormatan Doctor Honoris Causa, Universitas al-Azhar, 1958; Doktor Honoris Causa, Universitas Kebangsaan Malaysia, 1974; dan gelar Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno dari pemerintah Indonesia.
Hamka telah pulang ke rahmatullah pada 24 Juli 1981, namun jasa dan pengaruhnya masih terasa sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Beliau bukan sahaja diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara kelahirannya, malah jasanya di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia, Brunei dan Singapura, turut dihargai.
Keistimewaan Pak Hamka ialah kebolehannya menulis novel dan menghasilkan kitab-kitab agama yang terkenal. Berikut ialah beberapa buah buku karangan tersebut:
a. Novel
Tenggelamnya Kapal Vanderwick
Dalam Lembah kehidupan
Di Bawah Lindungan Kaabah
Kenangan Hidup
Merantau Ke Deli
Ayahku
Laila Majnun
Siti Sabariah
b. Kitab Agama dan Falsafah
Tafsir Al Azhar ( 30 Juz)
Khatib Ul Ummah ( 1925)
Tarikh Abu Bakar As Sidiq
Ringkasan Tarikh Umat Islam
Islam dan Adat Minangkabau
Tasawuf Moden
Falsafah Hidup
Lembaga Hidup
Lembaga Budi
c. Majalah
Kemahuan Zaman ( 1929)
Al Mahdi ( 1933)
Pendoman Masyarakat ( 1936 – 1942)
Semangat Islam ( 1944- 1948)
Menara ( 1946-1948)
Panji Masyarakat ( 1959)

KECERDASAN EMOSI MENURUT PANDANGAN HAMKA
Seorang Budiman
Perangainya halus, hatinya suci, sikapnya jujur, perkataannya teratur dan budinya mulia. Kelakuannya baik, mukanya jernih, sebab dia memandang hidup dengan penuh pengharapan dan tidak pernah putus asa. Apa yang diyakininya, itulah yang dikatakannya, dan apa yang dikatakannya itulah yang diyakininya. Maka kita ambillah kesimpulan, bahawa dia seorang budiman.
Seorang Cerdas
Dia cerdas, akalnya tajam, buah fikirannya baik, dan iapun cepat mengambil kesimpulan, terang otaknya, luas pandangannya dan jauh tiliknya.
Orang Masyarakat
Dia suka bergaul, suka menolong, tidak menyisih dari masyarakat, tidak memikirkan kepentingan dirinya sendiri atau keluarganya sahaja, tidak gila pangkat; mengerti akan kedudukan orang lain dan merasa dirinya turut dalam kedudukan itu. Hormat kepada orang tua, kasih kepada orang muda, pandai bergaul, pandai berkawan.
Orang Sihat
Badannya sihat, mukanya berseri-seri kerana kesihatan tubuh dan kesihatan jiwanya. Pakaiannyapun bersih kerana kebersihan hatinya. Dia gemar akan olah-raga untuk kesihatan tubuh dan dia suka muzik untuk kesihatan batin.
Orang Cerdik-Pandai
Fahamanya luas, penyelidikannya dalam, bacanya banyak. Sebab itu banyaklah yang diketahuinya, sehingga dia tidak merasa canggung dalam pergaulan dengan segala lapisan. Oleh kerana pengetahuannya dalam sesuatu hal, maka dia berani bertanggungjawab.
 Peribadi
Semuanya itu; budi, akal, pergaulan, kesehatan dan pengetahuan, berkumpul menjadi satu, pada suatu orang. Kumpulan itulah yang membentuk suatu peribadi. Lemah atau kuat, berlebih atau berkurang daripada segala yang tersebut itu, menyebabkan lemah atau kuat, lebih atau kurang peribadi. Dialah yang menentukan mutu seseorang.
Harga Kerbau & Manusia
Dua puluh ekor kerbau pedati, yang sama gemuknya dan sama kuatnya, sama pula kepandaianya menghela pedati, tentu harganyapun tidak pula berlebih berkurang. Tetapi 20 orang manusia yang sama tingginya, sama kuatnya, belum tentu sama “harganya”. Sebab bagi kerbau tubuhnya yang berharga. Bagi manusia peribadinya.
Orang Bodoh
Kalau kita berkawan atau bersahabat dengan orang, harus kita ketahui bahawa sebagai manusia, dia harus mempunyai suatu segi yang lemah dalam peribadinya. Hanya orang yang bodoh yang dipenuhi perasaan semata, sentiment semata, bila ia sayang, ia lupa akan segala kesalahan. Dan bila ia benci iapun lupa akan segala kebajikan.





Thursday, July 28

PEMBIAKAN MEIOSIS ( 28/07/2011)

meiosis ialah proses pembahagian sel yang berlaku pada organ pembiakan untuk menghasilkan gamet.

manusia & haiwan
-testis jantan: menghasilkan sperma.
-ovari betina: membentuk ovum.

tumbuhan
-anter bunga: membentuk debunga
-ovari bunga: membentuk ovul.

(gambar bahagian2 bunga)

meiosos terbahagi kepada 2
-meiosos 1 ( pembahagaian nukleus pertama)
-meiosis kedua ( pembahagian neukleus kedua)

setiap pembahagaian sel terbahagi kepada 4 fasa
-meiosis 1 : profasa 1, metafasa 1, anafasa 1, telofasa 1.
-meiosis 2 : profasa 2, metofasa 2, anafasa 2, telofasa 2.

sebelum meiosis bermula,  sel melalui peringkat interfasa ( pringkat rehat)
- kromosom tidak jelas dan wujud sebagai jalinan kromatin.
-kromosom mereplikasikan iaitu menggandakan dua kandungan bahan genetiknya.
-sentriol mengganda dua pada sel haiwan.

seks tumbuhan ( pembentukan gamet )
-meiosis ialah prosis pembahagaian sel dalam organ pembiakan untuk menghasilkan gamet yang menghasilkan separuh ( haploid) daripada bilangan kromosom sel induknya (diploid)
-meiosis berlaku dalam sel induk debunga (membawa gamet jantan) dan sel induk pundi embrio (menghasilkan sel ovum) yang terdapat dalam ovum.

proses pendebungaan
-proses pemindahan debunga dan anter ke stigma bunga sama, atau bunga berlainan bagi pokok yang sama atau bunga yang lain pada pokok yang berlainan.

( gambar bahagian2 bunga)

-sebelum pendebungaan berlaku, dinding enter akan mengering, mengecut dan seterusnya merekah di sisinya. dinding anter yang merekah membebaskan debunga yang akan dipindahkan ke stigma oleh agen pendebungaan.

proses pembentukan bunga

antaga agen-agen pendebungaan
-serangga
-angin
-haiwan
-air
-pendebungaan beradas.

proses pembentukan bunga
-sel induk membahagi secar ameiosis untuk membentuk satu tetrad yang terdiri daripada empat debunga haploid.
-neukleus setiap debunga membehagi secara meiosis untuk menghasilkan dua haploid. (neukleus penjana & nukleus tiub).
-hanya nukleus penjana yang menghasilkan gamet jantan.

persenyawaan.
-pembiakan seks berlaku dalam tumbuhan berbunga/angiosperma.
-bunga ialah agen pembiakan tumbuhan berbunga.
-butir debunga mengandungi gamet jantan manakala ovul mengandungi gamet betina.