MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Wednesday, July 2

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Unsur tradisi adalah sangat penting dalam memastikan perpaduan yang utuh di kalangan rakyat Malaysia. Unsur tradisi ini sebenarnya telah lama wujud dan diserapkan ke dalam Perlembagaan Malaysia. Hal yang demikian, unsur-unsur tradisi ini hendaklah dinilai dan difahami dengan baik bagi memastikan tidak timbul perselisihan faham antara rakyat. Unsur-unsur tradisi yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia terhasil kerana dilihat dari pelbagai aspek yang dikaji berdasarkan sejarah dan sebagainya.
“Terdapat fasal-fasal yang diwarisi sejak zaman penjajahan dan masih dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Unsur-unsur tradisi sebenarnya telah wujud sejak ratusan tahun yang lalu sebelum pembentukan perlembagaan pada tahun 1957. Ia dianggap sebagai satu kontrak sosial yang meliputi 4 aspek termasuklah institusi beraja, agama islam, bahasa melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.”
(Mohd Salleh Abas, 1985).
Keempat-empat unsur tradisi ini adalah sangat penting dalam menjaga hubungan dan hak keistimewaan terutama kepada kaum Melayu. Apakah yang dimaksudkan dengan kontrak sosial? Kontrak sosial adalah satu istilah yang bermaksud persetujuan yang telah dicapai oleh pembesar dari setiap kaum di Malaysia bersama-sama bersetuju untuk menekankan empat unsur tradisi ini semata-mata mencapai kemerdekaan dan mewujudkan satu negara yang harmonis.
            ”Keempat-empat unsur tradisi ini diserap menjadi sebahagian daripada kandungan penting perlembagaan persekutuan. Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957.”
(Mohamed Suffian Hashim, 1987).

3.1 INSTITUSI BERAJA
Pemerintahan beraja menjadi salah satu unsur tradisi yang sangat penting dalam Malaysia. Sepertimana yang kita tahu, Raja-raja memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga dan mengekalkan adat dan sistem pemerintahan tertua negara. Raja adalah berkuasa mutlak dalam apa jua bidang pemerintahan yang terdapat di dalam negeri. Yang Dipertuan Agung adalah Raja yang mempunyai kuasa tertinggi di dalam Malaysia. Setiap bidang pemerintahan, hak mahupun kuasa yang dijalankan di Malaysia hendaklah mendapat perkenan daripada Yang Dipertuan Agung.    
Rentetan sejarah telah membuktikan bahawa pentingnya pemerintahan beraja terutama bagi penduduk berbangsa Melayu. Penjajahan British telah membuktikan bahawa mereka secara halus telah menghilangkan kuasa raja pada ketika itu. Pada masa tersebut, pihak penjajah telah mengutuskan Residen atau pemerintah berbangsa Inggeris dalam mentadbir setiap negeri. Hal ini menyebabkan ketidakadilan berlaku di mana kuasa raja hanyalah terletak pada adat istiadat serta hal agama.

“Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja
boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.”
                                                                                    Perkara 38(2), Perlembagaan Malaysia
            Jika dirujuk pada Perlembagaan Malaysia iaitu pada Bab 2 (Majlis Raja-Raja) menekankan keperluan, kepentingan serta fungsi Majlis raja-raja. Hal ini membuktikan raja masih mempunyai kuasa serta pertimbangan dalam mengutus atau membuat keputusan. Tanpa majlis Raja-Raja sesuatu keputusan boleh dilaksanakan selagi ianya tidak menyentuh kepada keistimewaan atau apa-apa sahaja mengenai Raja-Raja.

3.2 AGAMA ISLAM

Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian
Persekutuan.
                                                Perkara 3 (1), Perlembagaan Malaysia
            Agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Islam telah lama bertapak di Malaysia dan majoriti penduduk di Malaysia adalah Melayu dan memeluk agama islam. Perlembagaan Malaysia telah memberi kelonggaran agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindhu yang dianuti oleh kaum Cina, India dan lain-lain di mana-mana kawasan di Malaysia. Ketua agama islam di Malaysia merupakan Yang Dipertuan Agong dan para pembesar atau Raja di setiap negeri dilantik menjadi ketua agama islam.

                        Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan
agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
                                             Perkara 11, Perlembagaan Malaysia
            Malaysia mempunyai peraturan dalam memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk. Setiap agama hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain supaya tidak menimbulkan rasa tidak puas hati antara penganut.
3.3 BAHASA MELAYU
          
Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah
dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh
Parlimen
                                    Perkara 152, Perlembagaan Malaysia

            Unsur-unsur tradisi termasuklah memperuntukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Memandangkan pelbagai etnik dan kaum yang menetap di Malaysia, Perlembagaan tidak melarang mereka untuk bertutur atau berurusan dalam bahasa lain. Bahasa Melayu adalah berkuatkuasa sebagai bahasa rasmi dalam apa jua urusan rasmi atau urusan surat menyurat antara badan kerajaan.
            Bahasa lain boleh digunakan sekiranya ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan:
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada
menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada
mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak
Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri
untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan
pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

Bahasa lain masih boleh dituturi serta diajari kerana Perlembagaan tidak menghalang atau menyekat mana-mana individu untuk menggunakannya. Dalam erti kata lain, segala apa yang terkandung dalam Perlembagaan adalh untuk menjaga hak Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia.

3.4 KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK
Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

Perkara 153. (1), Perlembagaan Malaysia

“Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama
Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan—
(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau
Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu
atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di
Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di
Persekutuan atau di Singapura; atau

(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian;


            Yang di-Pertuan Agong juga memainkan sebagai penjaga adat resam masyarakat Melayu. Ini menunjukkan bahawa kepentingan Yang di-Pertuan Agong adalah melindungi seluruh kedudukan istimewa orang Melayu di samping masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak. Masyarakat Sabah dan Sarawak termasuklah semua etnik dan bangasa seperti Dayak, Bidayuh, Penan, Melanau, Melayu dan lain-lain.
            Kedudukan istimewa lain turut terdapat dalam Perkara 86 dan 90 di mana memperuntukan Tanah Rizab orang-orang Melayu yang melindungi tanah rizab orang Melayu. Kedua-dua perkara ini termasuklah dalam bidang pemajakan, pertukaran hak milik dan peruntukan khas dan lain-lain.apa-apa peruntukan yang mengehadkan pengambilan masuk tentera ke dalam Rejimen Askar Melayu kepada orang Melayu.
Perkara 8 (5)(f), Perlembagaan Malaysia
            Kemasukan orang Melayu juga dianggap sebagai hak keistimewaan orang Melayu. Hal ini kerana orang Melayu turut layak mempertahan dan menjaga tanah air mereka. Rejimen Askar Melayu ini turut menjaga kepentingan orang Melayu amnnya sepertimana yang berlaku pada peristiwa berdarah 13 Mei. Rejimen Askar Melayu turut ditadbir atau diketuai oleh Yang di-Pertua Agung.

4.0  SUMBANGAN UNSUR-UNSUR TRADISI KE ARAH HUBUNGAN ETNIK YANG HARMONIS.
Pelbagai sumbangan yang telah diperoleh berdasarkan kajian tentang sumbangan unsur-unsur tradisi ini kepada setiap etnik. Pertama, unsur-unsur ini adalah bermatlamat membawa kepada kestabilan ekonomi dan politik. Hal ini kerana sekiranya semua etnik bersatu-padu dalam satu keadaan yang aman dan makmur, pastinya Malaysia bakal menjadi sebuah negara yang mempunyai keutuhan dari sektor ekonomi dan dari segi politik di mana ratanya mempunyai latar belakang berbeza. Unsur-unsur tradisi ini turut membantu dalam menjaga ketuanan terutama kepada masyarakat Melayu amnya. Memandangkan masyarakat Melayu merupakan pemilik asal Malysia ini, mereka seharusnya diberi kelebihan berbanding masyarakat lain yang terkandung di dalamnya.





SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Setiap negara memerlukan perlembagaan bagi menjamin segala keselamatan atau kestabilan seperti unsur politik, keagamaan dan pemerintahan yang adil dan cekap. Perlembagaan merupakan dokumen tertinggi negara yang bertujuan memberi petunjuk mengenai hal-hal perundangan dan peraturan sesebuah negara. Perlembagaan ialah merangkumi kepercayaan, keinginan dan tolak ansur dalam masyarakat pada waktu ia dirangka (Joseph M. Fernando, 2007). Perlembagaan mengandungi satu set peraturan peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dan memandu hubungan antara satu autoriti dengan autoriti lain serta antara autoriti dengan rakyat awam (Nazaruddin Mohd. Jali et al. 2001). Perlembagaan jika dilihat pada pelembagaan sebenar Malaysia ialah satu rangka peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana kuasa tersebut dilaksanakan.

1.1 PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual. Perlembagaan Malaysia turut dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.  Setiap individu, Parlimen (Badan Perundangan, Badan Eksekutif, Badan Kehakiman) tidak boleh mengatasi Keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Malaysia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif (undang-undang), kehakiman, keduddukan agama islam, kewargenagaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain.
Seluruh kuasa atau undang-undang adalah tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Jadi, setiap keputusan tertinggi yang dibuat atau digubal hendaklah berlandaskan Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia telah diperkenalkan pertama kali sebagai Perlembagaan Perseketuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 iaitu pada tarikh kemerdekaan Malaysia.  Kemudian, ianya diperkenalkan sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada Hari Malaysia pada tanggal 16 September 1963. Setiap undang-undang yang dihasilkan termasuklah undang-undang negeri, organisasi atau apa-apa sahaja pertubuhan di Malaysia akan terbatal sekiranya percanggahan berlaku.
  
 “Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan
dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka
yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat
ketidakselarasan itu Perkara 4 (1) (Perlembagaan Malaysia)

Kenyataan di atas adalah bermaksud tidak ada satu pun peraturan yang digubal akan terlaksana sekiranya tidak memenuhi atau mematuhi prosiding mahupun kehendak yang diingini oelh Perlembagaan Malaysia. Oleh hal yang demikian, dalam Rukun Negara ke-3 yang menyebut kepada ‘Keluhuran Perlembagaan’. Kita telah berjanji dan bersetia bahawa Perlembagaan Malysia merupakan dokumen undang-undang tertinggi negara yang perlu dipatuhi dan diikuti selagi kita berpijak atau berada dalam bumi bertuah Malaysia ini.

2.0  RENTETAN PERISTIWA PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dan menyebabkan Perlembagaan Malysia terhasil. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik di dalamnya, Perlembagaan adalah sangat penting bagi memastikan keamanan dan kesepaduan penduduk di dalamnya. Akan tetapi, perlembagaan hendaklah menjaga hak keistimewaan penduduk asasnya iaitu kaum Melayu.
Rentetan peristiwa penggubalan perlembagaan Malaysia bermula dengan Perjanjian Pangkor di Perak. Perjanjian Pangkor dimenterai bagi mengatasi perang larut yang berlaku akibat perbalahan daripada dua kongsi gelap iaitu kumpulan Ghee Hin dan kumpulan Hin San. Terdapat banyak peristiwa yang berlaku sebelum Perjanjian Pangkor dimeterai. Terdapat sebanyak empat kali terjadinya Perang Larut di Perak. Perang larut pertama bermula dalam tahun 1861, disebabkan bekalan timah daripada Larut terganggu yang berpunca daripada pergaduhan mengenai laluan air ke kawasan perlombongan. Kerana tidak puas hati, kumpulan Ghee Hin di Klian Baru diserang oleh kumpulan Hai San di Klian Pauh. Selang 4 tahun kemudian, Perang Larut kedua meletus berpunca daripada pergaduhan semasa permainan judi melibatkan kumpulan ahli-ahli kongsi gelap. Kumpulan Hai San menawan 14 orang ahli Kumpulan Ghee Hin sebagai tebusan, dan akhirnya membunuh 13 orang daripada mereka. Kumpulan Ghee Hin membalas dendam dan menyerang perkampungan Hai San, dan membakar bangunan di dalam kampung itu dan membunuh 40 orang penduduk. Akhirnya Ngah Ibrahim mengambil tindakan proaktif dengan mengambil Kapten Tristam Speedy sebagai Setiausaha (Pentadbir) di Larut, khususnya untuk memodenkan sistem pentadbiran di Larut dan meningkatkan keselamatan dan keamanan. Untuk tujuan ini, Kapten Tristam Speedy membawa 110 orang askar Sepoi Sikh dari Punjab ke Perak untuk menggantikan 40 orang Polis Melayu di bawah pengajian Ngah Ibrahim. Perang Larut Ketiga meletus dalam tahun 1872, kali ini berpunca daripada tertangkapnya seorang ketua kumpulan Ghee Sin di pangkuan isteri anak saudara pemimpin Hai San.
Perjanjian Pangkor bukan sahaja disebabkan oleh peristiwa Perang Larut, tetapi antara faktor lain ialah perebutan kuasa oleh raja-raja di Perak. Bermula dengan kemangkatan Sultan Ali dalam tahun 1871 diikuti dengan perebutan kuasa di kalangan pembesar Melayu, iaitu Raja Ismail, Raja Yusof dan Raja Abdullah. Raja Abdullah yang tidak menghadiri majlis pengkebumian Al-marhum Sultan Ali telah menimbulkan kemarahan pembesar-pembesar Perak. Segolongan besar pembesar negeri bersama-sama Menteri Larut menabalkan Raja Ismail sebagai Sultan. Malahan pembesar negeri di selatan Perak memberikan sokongan kepada Raja Ismail dan menabalkannya sebagai Sultan. Pertabalan ini ditentang oleh Raja Abdullah, tetapi Raja Abdullah tidak mempunyai tapak untuk berkuasa. Oleh itu, Raja Abdullah memberikan sokongan kepada kumpulan Ghee Hin dengan harapan sekiranya mereka menang dalam perbalahan mereka dengan kumpulan Hai San, kedudukan Ngah Ibrahim akan terhakis dan kedudukan Raja Abdullah sendiri akan teguh, membolehkan ia mencabar pertabalan Sultan Ismail sebagai Sultan Perak. Akhirnya, askar Sepoi di bawah pimpinan Kapten Tristam Speedy berjaya membantu Ngah Ibrahim mengembalikan penguasaan pihak Hai San ke atas Klian Pauh. Akibat daripada kekalahan itu, kumpulan Ghee Hin tidak berupaya membantu Raja Abdullah dalam usahanya menabalkan diri sebagai Sultan. Perang Larut Keempat meletus dalam tahun 1873, kurang setahun selepas berakhirnya Perang Larut Ketiga meyebabkan harta benda milik Ngah Ibrahim juga turut dimusnahkan dan penduduk Melayu dibunuh dan harta benda mereka dimusnahkan. Akhirnya Raja Abdullah membuat keputusan dengan meminta bantuan daripada British dengan menghatar surat bantuan. Surat daripada Raja Abdullah meminta bantuan British membolehkan dia dilantik menjadi Sultan Perak dan digunakan sebagai pemunca oleh Sir Andrew Clarke untuk mencampuri hal ehwal negeri-negeri Melayu.
Perjanjian Pangkor ditandatangan pada 20 Januari 1874 di atas sebuah kapal berkuasa wap yang dahulunya HMS Pluto tetapi kini dikenali sebagai Kapal Kolonial Pluto (Colonial Steamer Pluto). Perjanjian pangkor pertama ini bagi menagani masalah yang telah timbul oleh dua kongsi gelap di Perak. Sejarah perlembagaan Malaysia bermula apabila Sultan Abdullah menandatangani Perjanjian Pangkor pada 10 September 1877 di Pulau Pangkor dan merupakan perjanjian bertulis antara negeri Perak dengan British. Antara pekara yang terdapat di dalam Perjanjian Pangkor ialah:
Pihak British akan melantik seorang Residen untuk menasihati Sultan dalam semua aspek pentadbiran negeri kecuali perihal agama Islam dan adat resam Melayu. Bayaran gaji Residen akan dibiayai oleh Sultan Perak, dan nasihat Residen mesti diperolehi dan diikuti oleh Sultan dalam semua perkara pentadbiran negeri kecuali perihal agama Islam dan adat resam Melayu. Sultan akan menyediakan sebuah tempat tinggal kepada Residen.
            Perjanjian tersebut menjadi kesinambungan kepada pembentukan perlembagaan Malayan Union. Perlembagaan Pangkor 1874 ini kekal sehinggalah Jepun menjajah Malaysia dan apabila Jepun menyerah kalah dalam perang dunia kedua. British kembali ke Tanah Melayu dan memperkenalkan Malayan Union. Malayan Union ini adalah untuk menukarkan status 'melindungi' kepada status "koloni" penuh British. British telah menyatakan untuk terus menguasai 'Tanah Melayu' dan menjadikannya jajahan penuh British. Oleh kerana itu, Harold Macmicheal telah dihantar untuk membuat perjanjian formal dengan Sultan Melayu dan telah menyelesaikan tugasnya pada 25 Disember 1945 . Selain itu, Malayan Union ini juga mempunyai peranan lain iaitu memudahkan pentadbiran British dengan menyatukan pentadbiran. Segala kuasa terletak di tangan Gabenor yang boleh membatalkan segala keputusan Majlis Perundangan manakala Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam hal-ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat orang-orang Melayu sahaja. Sultan telah hilang kuasa setelah menandatangani perjanjian ini dan ini bermakna Sultan hanya boneka semata-mata untuk memastikan orang Melayu tidak menentang British. Lantaran itu, Perlembagaan Malayan Union telah diselenggarakan oleh pihak British Colonial Office. Malayan Union diselenggarakan di England yang diusulkan oleh kerajaan 'Labour' yang memerintah pada masa itu. Perlembagaan ini bukanlah hasil daripada perbincangan atau rundingan dengan Sultan atau mana-mana pegawai di Tanah Melayu.
Malayan Union ditubuh disebabkan berlaku pergaduhan yang melibatkan orang Melayu dan Parti Komunis Malaya yang majoritinya adalah orang Cina, dalam tempoh penyerahan Jepun dan kedatangan semula British ke Tanah Melayu. Akibatnya Inggeris telah memperkenalkan Pentadbiran Tentera British  (British Military Administration – BMA) dan seterusnya digantikan dengan Malayan Union. Malayan Union telah diluluskan oleh Parlimen British pada 10 Oktober 1945.
Antara sebab Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu ialah untuk menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran negeri-negeri di semenanjung Malaysia dibahagi dibawah  Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Seterusnya British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu bekerjasama dengan Jepun sebelum ini dan pengenalan Malayan Union dapat melemahkan kuasa orang Melayu terutamanya Raja-Raja Melayu.
Ciri-ciri Malayan Union ialah Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British yang dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan, Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan, kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan, Sultan hanya berkuasa dan boleh bersuara dalam soal yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja, hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan dan bagi yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union, boleh menjadi warganegara secara automatik jika berumur 18 tahun ke atas dan telah menetap selama 10 tahun. Pengenalan Malayan Union telah memberikan hak warganegara kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu.
Masyarakat Melayu tidak menyokong Malayan UniĆ³n disebabkan ciri-ciri yang berat sebelah. Antara sebab-sebabnya ialah Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu, Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan Inggeris, hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli, hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan, dan cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu secara paksaan dan ugutan. Walaupun wujud tentangan daripada orang Melayu, Malayan Union tetap diisytiharkan pada 11 April 1946 dan Sir Edward Gent sebagai Gabenor yang pertama.
Selepas British membatalkan cadangan menubuhkan Malayan Union hasil tetangan hebat daripada orang Melayu, British telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946 yang terdiri daripada empat wakil raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam pegawai British bagi merangka  sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang Melayu. Selepas itu, British telah menubuhkan Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947 yang terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India bagi tujuan mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. British telah mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.

`Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Community Liason Committee (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949. CLC merupakan satu jawatankuasa yang dianggotai oleh para pemimpin pelbagai kaum di Tanah Melayu yang bertujuan untuk mewujudkan persefahaman antara kaum yang akhirnya membawa kepada perpaduan kaum. Pada peringkat awal, CLC hanya dianggotai oleh orang-orang Melayu di bawah UMNO yang diketuai oleh Dato’ Onn bin Jaafar dan kaum Cina di bawah MCA yang diketuai oleh Tan Cheng Lock. Namun pada Ogos 1949, CLC telah dianggotai oleh kaum-kaum lain seperti India, Sri lanka, Serani (Ceylon) dan Eropah dan CLC telah mengadakan beberapa rundingan. UMNO yang mewakili kaum Melayu menuntut Ketuanan Melayu dikekalkan. Namun tuntutan ketuanan Melayu  telah ditentang oleh pemimpin-pemimpin kaum lain. Hasilnya beberapa tolak ansur telah dipersetujui, seperti, syarat kerakyatan Persekutuan dilonggarkan, orang Melayu diberi bantuan ekonomi dan pelajaran, sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar diwujudkan dan pilihan raya peringkat bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) akan diadakan Hasil daripada rundingan telah dilaksanakan selepas tahun 1951. Kesemua persetujuan ini dicapai sebagai satu kerjasama kaum untuk kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Pada Januari 1951,Sistem Ahli telah diperkenalkan hasil idea Dato’ Onn bin Jaafar yang mendapat sokongan daripada kerajaan British dan Raja-raja Melayu. Sistem Ahli merupakan suatu sistem pentadbiran yang melatih orang Melayu dan kaum lain dalam pentadbiran Tanah Melayu. Cadangan tersebut selaras dengan hasrat British untuk menjalankan satu dasar yang dikenali sebagai ’dekolonisasi’. Kerajaan British berpendapat Sistem Ahli akan dapat mengurangkan tekanan parti Komunis Malaya yang sedang berusaha meluaskan pengaruhnya di kalangan penduduk Tanah Melayu. Sistem Ahli dilaksanakan selama 5 tahun setengah dan tamat pada Jun 1955.
Ciri-ciri sitem ahli ialah  satu sistem kabinet bayangan iaitu seakan-akan Kabinet Menteri di negara merdeka tetapi tidak dipilih secara pilihan raya yang mengandungi beberapa orang pegawai tadbir atau tokoh masyarakat dan anggotanya dikenali sebagai Ahli, contohnya, Ahli Pelajaran ( Menteri Pelajaran) dan pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu. Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota, iaitu lima penduduk Tanah Melayu terdiri daripada tiga orang Melayu, seorang Cina dan  seorang India dan empat orang lagi adalah terdiri daripada pegawai British. Ahli-ahli yang telah dipilih diletakkan di bawah kuasa Pesuruh Jaya Tinggi British. Ahli-ahlinya ialah Dato’Onn bin Jaafar Ahli Hal-Ehwal Dalam Negeri (1951-1955), Dato’ Mahmud Mat Ahli Tanah dan Perlombongan (1951-1954), Tunku Yaacob Almarhum Sult.Abdul Halim Shah Ahli Pertanian dan Perhutanan (1951-1955), E.E.C. Thuraisingham Ahli Pelajaran (1951-1955) dan Dr. Lee Ting Keng Ahli Kesihatan (1951-1954). Pada tahun 1955, Wakil UMNO, Tun Dr. Ismail, Abdul Rahman dan wakil MCA, H.S.Lee telah menganggotai Sistem Ahli.
Sistem Ahli menggambarkan proses perpaduan kaum yang kukuh di Tanah Melayu. Ini adalah kerana ahli-ahli yang dilantik adalah gabungan pemimpin-pemimpin pelbagai kaum di negara ini. Sistem Ahli merupakan unsur penting dalam menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai dapat diperjuangkan oleh semua penduduk pelbagai kaum. Selain daripada itu, sistem Ahli juga memberi pendedahan kepada penduduk tempatan untuk mentadbir dan menerajui sebuah kerajaan walaupun Tanah Melayu masih dikuasai British.
Ketika arus kesedaran mengenai kemerdekaan kuat bergelora, Inggeris bimbang sekiranya orang Melayu mengalihkan sokongan mereka kepada parti berhaluan kiri seperti Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Parti Komunis Malaya (PKM). Oleh itu, apabila Parti Perikatan, UMNO dan MCA begitu kuat mendesak mengadakan pilihanraya, Inggeris akhirnya tunduk menunaikan tuntutan dan tekanan mereka. Pilihanraya Persekutuan pertama pada 27 Julai 1955 telah diadakan. Beberapa parti seperti UMNO, MCA, MIC, Parti Negara, PAS, Parti Buruh telah ikut serta dalam merebut 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Bagi menunjukkan komitmen ke arah kemerdekaan sejagat, UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada  Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihanraya tersebut.  Hasilnya mereka berjaya menguasai 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Ia menjadi asas kepada persefahaman untuk memenuhi tuntutan Inggeris bahawa kemerdekaan boleh dicapai dengan adanya kerjasama dan saling bertolak ansur antara kaum di Tanah Melayu. Manifestasi Perikatan ialah menjanjikan kemerdekaan dalam masa empat tahun. Pada 1Ogos 1955, Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama yang dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India. Tunku  Abdul Rahman selaku Ketua Menteri dan Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri. Antara barisan ahli yang lain ialah Datuk Abdul Razak Hussain, Dr. Ismail Datuk Abdul Rahman, En. H.S. Lee, En. Abd. Aziz Ishak, En. Baba Leong Yew Koh, En. Sardon Haji Jubir, Tun V.T. Sambathan, En. Sulaiman Datuk Abd. Rahman dan En. Bba Ong Yok Lin. Mereka   mengangkat sumpah jawatan pada 9 Ogos 1955.
Pada Januari 1956, satu rombongan yang terdiri dari lapan orang wakil yang terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu dan Perikatan yang telah dipersetujui, berangkat ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Wakil Raja-raja Melayu ialah Datuk Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar Perak sebagai ketua, En. Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid, Menteri Besar Selangor, Datuk Mohammad Seth Bin Mohammad Said, Menteri Besar Johor dan Datuk Nik Ahmad Kamil bin Haji Mahmood, Bekas Menteri Besar Kelantan. Manakala wakil daripada Wakil Perikatan ialah Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai ketua, Datuk Abdul Razak bin Hussain, Menteri Pelajaran, Kol. H.S. Lee, Menteri Pengangkutan, Dr. Ismail bin Datuk Abdul Rahman, Menteri Hasil Bumi dan Setiausaha: T.H. Tan.
Hasilnya pada 8 Februari 1956, Perjanjian London telah ditandatangani. Beberapa hasil persetujuan yang telah dicapai iaitu British memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi, British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu, sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid dan Jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan akan diganti dengan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan dan dipegang oleh rakyat tempatan.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada 1956.  Keahliannya terdiri dari Lord Reid (British), Sir Ivor Jennings (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).  Suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum bertulis dan telah bersidang banyak kali dari bulan Jun hingga Oktober 1956. Perlembagaan ini menjadi kukuh dan praktikal serta dihormati kerana Suruhanjaya ini telah meminta cadangan dan pandangan daripada parti-parti politik, orang ramai, individu-individu dan Raja-raja Melayu.  Perkara ini menjelaskan bahawa Perlembagaan Malaysia sekarang ini telah mendapat persetujuan dan pandangan semua rakyat Malaysia.   Inilah yang dikatakan kontrak sosial iaitu kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan negara.  Melalui kontrak sosial ini, orang bukan Melayu telah diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli.  Manakala orang Melayu diperuntukkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.
Pada tarikh 31 Ogos 1957, Tanah Melayu telah mendapat kemerdekatan dan disambut diseluruh Tanah Melayu. Selain daripada itu, ianya merupakan pengisytiharan Perlembagaan Tanah Melayu dan Perlembagaan ini diambil dari Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan ianya dilaksanakan di Semenanjung Tanah Melayu sahaja.
Dengan terjalin rundingan antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan British pada November 1961, satu Suruhanjaya Cobbold dibentuk untuk mendapat pandangan rakyat Sabah dan Sarawak. Pada Tahun 1962 Suruhanjaya ini membuat peninjauan yang menyeluruh di kedua-dua negeri tersebut. Pada Pertengahan tahun 1962 laporan Suruhanjaya Cobbold telah dikemukakan. Mengikut laporan hampir semua rakyat Sabah dan Sarawak monyokong pembentukan Persekutuan Malaysia.Parti-parti politik di kedua negeri tersebut telah memberi pandangan dan pendapat mereka kepada Suruhanjaya ini. Penubuhan Malaysia ini mendapat tentangan dari Parti Rakyat Bersatu Sabah. Tuntutan kemerdekaan dituntut pada negeri Sarawak terlebih dahulu dan persetujuan untuk memasuki atau bergabung kedalam Persekutuan Malaysia selepas tuntutan diterima. Parti rakyat Sabah juga menyangkal Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan juga agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia. Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu bersetuju dengan penubuhan Malaysia dan berpendapat penubuhan ini keselamatan Asia Tenggara akan lebih terjamin jika Malaysia ditubuhkan. Menerusi gagasan ini, satu masyarakat berbilang bangsa yang damai dan aman akan di wujudkan.
Pembentangan Suruhanjaya Cobbold telah mengesyorkan beberapa syor mengenai penubuhan Persekutuan Malaysia, ialah persekutuan yang ditubuhkan bersetuju dan sesuai dengan nama “Malaysia”, pemberian kuasa menentukan hal ehwal agama dan dasar imigresen di beri kuasa pada Majlis Undangan Sabah dan Serawak, kaum pribumi Sabah dan Sarawak diberi kedudukan istemewa dan di kekalkan, perwakilan Sabah dan Sarawak akan di wujudkan dalam Parlimen Malaysia, bagi memudahkan pengendalian hal ehwal kewangan, kewarganegaraan, kedudukan bumiputra, kebebasan beragama, pendidikan dan penubuhan sebuah jabatan persekutuan di cadangkan ditubuh di negeri Sarawak dan Sabah dan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) hendaklah ditubuhkan dan jawatankuasa ini bertanggungjawab menjamin hak dan kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak.Agar tidak tergugat apabila menyertai negeri-negeri di Malaysia.
Hampir Semua cadangan Suruhanjaya Cobbold ini telah Pengerusikan oleh Lord Cobbold dan dipersetujui oleh  Kerajaan Persekutuan Melayu dan Kerajan British.Suruhanjaya juga telah meninjau meluas selama 4 bulan serta menerima 2,200 memorandum, dan pada akhir tinjauan,satu laporan telah dikemukakan kepada Kerajaan British, antara keputusan ialah lebih kurang 80% rakyat Sabah dan Serawak menyokong penubuhanPersekutuan Malaysia.danselebihnya 20% tidak bersetujui dengan Pembentukan penubuhan Persekutuan Malaysia.



RUMUSAN.
Sejak peristiwa 13 Mei 1969, para pemimpin politik Malaysia telah menyedari bahawa politik berkonfrantasi tidak ada tempat di Negara ini dan akan membawa akibat yang tidak diingini. Prinsip tolak ansur dan asas penbentukan perlembagaan menunjukan bahawa orang Melayu telah bersetuju memberikan kerakyatan kepada bukan melayu atas dasar ‘Jus Soli’ atau dasar 4+1. Dasar 4+1menunjukkan bahawa 4 bahagian diberikan kepada kaum Melayu manakala satu bahagian kepada kaum bukan Melayu. Empat bahagian kepada kaum Melayu menerima kedudukan Raja-raja Melayu sebagai raja Berpelembagaab, hak istemewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahsa rasmi dan agama Islam sebagai agama rasmi. Manakala satu bahagian untuk kaum bukan Melayu merujuk kepada persetujuan daripada kaum melayu terhadap kewarganegaraan yang diperolehi oleh kaum bukan Melayu. Ini menunjukan bahawa setiap kaum di  Malaysia perlulah menghormati hak dan kepetingan kaum-kaum lain.
     Oleh itu, kejayaan Perseketuan amat bergantung kepada kebijaksanaan dalam mengimbagi dua pekara iaitu kedudukan istemewa orang Melayu serta kepentingan sah kaum lain dan melahirkan persepakatan dan keazaman kebangsaan. Jika keseimbangan ini diganggu, maka kesetabilan politik mungkin akan tergugat dan mengancam persepakatan serta keazaman dan kekacauan dalam negara akan berlaku. Akan tetapi rekod dalam sepuluh tahun atau lebih kebelakangan ini memberikan kita segala keyakinan dan galakan bahawa pemimpin-pemimpin kita telah lama mendapat kematangan politik dan mempunyai cukup budi bicara dan kemampuan untuk memimpin Negara ini kea rah kestabilan dan kemakmuran untuk generasi yang akan datang.









Kepentingan perlembagaan dalam konteks hubungan etnik
Kepentingan perlembagaan dalam konteks hubungan etnik
Perlembagaan adalah undang-undang yang mengandungi peraturan yang boleh dikuatkuasakan atau prinsip asas yang mengasaskan sistem pemerintahan seperti yang termaktub dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlaksanaan Perlembagaan telah banyak membawa kebaikan kepada negara secara amnya dan kepada rakyat secara khususnya.
Perlembagaan merupakan penentu kepada rangka dan bentuk pemerintahan serta kuasa yang diamanahkan kepada mereka yang menerajui tampuk pemerintahan dan terbukti Pelembagaann mampu menjamin satu pentadbiran yang cekap, jujur dan adil. Oleh itu Perlembagaan adalah penting bagi sesebuah negara untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik seterusnya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
Perlembagaan juga menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti kebebasan diri, kebebasan bercakap, kebebasan memiliki harta dan kebebasan beragama. Dengan peruntukan tersebut, Perlembagaan menjamin keselamatan dan keamanan melalui undang-undang yang digariskan sejara jelas. Selain itu, Perlembagaan menentukan batasan bagi menjaga keselamatan dan memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar bagi kemakmuran rakyat
Perlembagaan Malaysia juga memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum. Bagi menjamin keadilan antara kaum, kebebasan sosial dihadkan. Ini bermakna seseorang itu diberi kebebasan bercakap tetapi kebebasan ini dihadkan kerana seseorang itu tidak dibenarkan bercakap mengenai isu sensitif seperti keistimewaan hak orang Melayu dan bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta agama Islam sebagai agama rasmi kerajaan yang boleh menimbulkan kebencian terhadap kaum lain serta akan mengakibatkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum yang bakal mengancam keselamatan negara.

Perkara ini telah  termaktub dalam pindaan Akta Hasutan pada tahun 1970 yang mengehadkan hak kebebasan seseorang bercakap. Dengan ini Perlembagaan boleh menjamin keselamatan dan rakyat daripada dianiaya serta keamanan negara.
Unsur taat setia kepada negara adalah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Perkara tersebut menyatakan bahawa seseorang itu akan diperintah dilucutkan kerakyatannya sekiranya kerajaan Malaysia berpuas hati bahawa seseorang itu telah memperolehi kerakyatan negara lain. Seseorang itu juga diarahkan dilucutkan kerakyatannya sekiranya terbukti yang dia tidak setia atau tidak suka kepada negara ini. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa kepentingaan Perlembagaan di negara kita adalah untuk menjaga kedaulatan, keamaan dan kesejahteraan negara.
Perlembagaan juga menentukan supaya hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan kerana ini adalah jaminan awal sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan sebelum Sabah dan Sarawak bersetuju memasuki Malaysia pada tahun 1963. Walau bagaimanapun semua warganegara Malaysia, tanpa mengira kaum adalah sama rata di sisi undang-undang, bebas menganut dan mengamal agama masing-masing, boleh mengajar dan bertutur dalam bahasa ibunda mereka sendiri serta berhak memiliki harta.
Selain itu, terdapat juga peruntukan mengenai hak pelajaran yang menegaskan bahawa tidaklah boleh ada perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir untuk kemasukan dan bayaran yuran ke institusi pendidikan yang diselenggarakan oleb kerajaan. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan begitu menitik beratkan soal keaman, kemakmuran dan hak sama rata di kalangan rakyat di negara ini.

Seperti negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menyerahkan kuasanya dalam beberapa bidang kepada kerajaan pusat seperti pendidikan dan kesihatan.  Kesan daripada penyerahan kuasa ini ialah pembangunan yang sangat pesat dalam bidang pendidikan dan perkhidmatan seperti kesihatan, pos, telekom dan polis. Di sini, perkongsian budaya telah wujud dan mengeratkan perasaan kekitaan dan persefahaman. Selain itu, usaha ke arah mewujudkan integrasi nasional telah  menampakkan hasil dan dapat mempercepatkan lagi proses pembentukan negara bangsa yang bersatu dan berdaulat.
Bagi dunia pendidikan pula, pemilihan pelajar ke institusi pengajian tinggi telah merima sistem meritokrasi yang menolak pelaksanaan sistem koata yang dilaksanakan sebelum itu. Sistem meritokrasi melaksanakan pemilihan pelajar berdasarkan prestasi akademik tapa mengira golongan etnik. Walaupun kedudukan istimewa mengenai pendidikan telah termaktub dalam Perlembagaan, namun pelbagai sikap akomodatif antara Melayu dan bukan Melayu telah diwujudkan ke arah memantapkan lagi hubungan etnik di Malaysia.

Sesungguhnya, apabila wujudnya perpaduan nasional, maka barulah terjamin kesejahteraan masyarakat majmuk, dan seterusnya akan melahirkan pula sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu, demokratik, adil, liberal, dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Pendeknya, jelas sekali sistem Perlembagaan merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ini, demi untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara Malaysia itu sendiri.




















Perlembagaan Merdekaan

Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada bulan Jun 1957. Draf Perlembagaan Merdeka telah dibentangkan untuk diluluskan oleh Majlis Perundingan Persekutuan. Pada 15 Ogos 1957, upacara menandatangani Perjanjian Merdeka 1957 telah diadakan antara raja-raja Melayu dengan British di Kuala Lumpur.

Perlembagaan merdeka mempunyai beberapa fasal penting.
Antaranya ialah:
> Sebuah kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu
> Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.
> Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran negara dibantu oleh sebuah kabinet.
> Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan Tanah Melayu.
> Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
> Kerakyatan terbuka kepada sesiapa sahaja yanmg lahir di Persekutuan Tanah Melayu. Kerayatan secara permohonan dengan syarat tertentu juga diberi pertimbangan.
> Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan tanpa mengurangkan hak warganegara yang lain.


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1956
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1956 telah digubal oleh Suruhanjaya Reid.
Perjanjian London telah menetapkan agar perlembagaan digubal perlu mengambil kira perkara berikut :-
i) Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat
ii) Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-raja Melayu
iii) Pewujudan jawatan Ketua Negara yang bergelar Yang di-Pertuan Agong
iv) Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain
v) Pembentukan satu sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan
Tanah Melayu
Akhirnya, draf Perlembagaan Malaysia telah diterima dan diisytiharkan sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan Malaysia sekali lagi dipinda dan diperbaharui apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu lalu membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

KAEDAH MEMBACA


a.    Kaedah Fonik
Kaedah fonik merupakan kaedah mengajar membaca dengan melatih pelajar-pelajar menghubungkaitkan bunyi-bunyi tertentu dengan lambang-lambang tertentu (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010:414). Jelaslah bahawa kaedah fonik ini merupakan kaedah pengajaran membaca yang lebih menekankan terhadap proses membunyikan huruf-huruf yang hadir dalam teks bacaan. Hal ini kerana kebiasaannya pada peringkat awal, kanak-kanak menghadapi kesukaran untuk memahami perkataan-perkataan yang mempunyai suku kata yang panjang dan banyak. Hal ini telah menyebabkan mereka gagal untuk memahami makna perkataan tersebut. Oleh sebab itu, sebagai langkah awal, kanak-kanak perlu diajar untuk menyebut huruf-huruf yang hadir dalam perkataan kerana dengan cara ini mereka akan mencuba untuk menyebut bunyi huruf-huruf tersebut dengan sebutan yang betul sekali gus mereka akan melatih diri mereka untuk mengeja suku kata perkataan tersebut.       
            Selain itu, menurut Naffi Mat (2006:87), kaedah fonik ini amat bersesuaian dengan pelajar KBSR. Hal ini kerana pendekatan ini lebih mementingkan kaedah bunyi fonem yang merupakan hasil gabungan antara suku kata dan kaedah pandang sebut. Sebagai contohnya, jika guru menunjukkan huruf “m” sambil menyebutnya, murid-murid akan mengikut bunyi yang disebut oleh guru sehingga mereka dapat mengingati huruf berserta bunyi bagi huruf tersebut. Kemudian guru akan menggabungkan huruf konsonan dengan huruf vokal bagi membentuk suku kata seperti “m” + “a” = “ma”. Jika proses pengajaran berjalan dengan lancar, guru boleh melanjutkan pembelajaran dengan membentuk satu suku kata tertutup yang lain”, iaitu “mak”. Guru boleh menggabungkan kedua-dua suku kata tersebut untuk membentuk perkataan “mamak’ dan guru boleh meminta murid-murid untuk membaca perkataan “mamak” secara berulang kali sehingga murid-murid mahir dan menguasai makna perkataan tersebut.
b.    Kaedah Pandang Sebut
Pendekatan ini merupakan kaedah yang dimulakan dengan mendedahkan pelajar-pelajar kepada perkataan-perkataan. Kaedah ini berbeza dengan pendekatan kaedah fonik yang lebih mementingkan pembelajaran huruf (fonem) atau suku kata kepada pelajar-pelajar terlebih dahulu. Proses pengajaran dengan menggunakan kaedah ini boleh dimulakan dengan aktiviti memandang dan menyebut beberapa perkataan. Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar (ABM) dengan menyediakan beberapa keping gambar yang melambangkan perkataan-perkataan yang disebut. Oleh itu, pelajar boleh melihat gambar yang ditunjukkan oleh guru dan mereka perlu menyebut perkataan-perkataan yang mewakili gambar-gambar tersebut dengan tepat.

            Selain itu, kaedah ini berfungsi dengan pelajar perlu mengecam dan mengenal pasti keseluruhan perkataan. Setelah pelajar berjaya mengecam perkataan tersebut, pelajar tidak mengeja atau membunyikan suku kata perkataan tersebut, tetapi pelajar perlu menyebut perkataan tersebut. Dengan erti kata lain, dalam  konteks ayat pendek dan mudah, pelajar-pelajar tidak mengeja satu persatu perkataan yang terdapat dalam binaan ayat tersebut, tetapi pelajar-pelajar akan terus menyebut ayat tersebut setelah mereka mampu mengecam ayat tersebut. Kaedah ini memerlukan latih tubi yang berterusan kerana tahap pelajar-pelajar yang mampu untuk  menguasai kemahiran membaca terus adalah berbeza-beza. Hal ini kerana kebiasaannya pada peringkat awal, kanak-kanak sukar untuk menyebut perkataan-perkataan atau rangkai kata tanpa perlu mengeja terlebih dahulu.

c.    Kaedah Abjad-Suku Kata


Kaedah ini merupakan kaedah gabungan antara Kaedah Abjad dan Kaedah Suku Kata. Pelajar sekolah rendah sangat sesuai untuk mengaplikasikan kaedah ini dalam pembelajaran mereka. Menurut Sofia Hamid (1981), pada peringkat awal murid-murid diajar mengenal huruf sebelum mereka mengenal perkataan. Huruf-huruf tersebut digabungkan dengan menjadi suku kata. Gabungan huruf vokal dan konsonan akan membentuk suku kata, kemudian dijadikan perkataan dan seterusnya dijadikan ayat. Melalui kaedah yang bersifat binaan ini, pelajar atau pembaca mesti belajar mengenal huruf sebelum mereka boleh membaca perkataan. Oleh itu, murid dapat memproses maklumat berkaitan huruf , suku kata, perkataan dan ayat.

PENDEKATAN KEMAHIRAN MEMBACA


a.    Pendekatan Membaca Asas.
Menurut Yahya Othman (2004),  pendekatan ini meliputi aktiviti mengajar membaca yang biasa di mana ia menggunakan pelbagai kemahiran. Antaranya ialah tujuan rekreasi, mencari maklumat serta bimbingan. Dalam pendekatan ini juga, ia turut menekankan tentang kesinambungan pengulangan dan mengulang kaji perkara yang diajar sebelumnya. Ia bermaksud sentiasa membuat latihan terhadap sesuatu yang telah diajar. Dalam pengajaran membaca juga, penambah bahan kepada perkara yang telah diajar merupakan salah satu cara yang boleh membantu pelajar dalam menguasai kemahiran membaca mereka.
     Pendekatan ini mempunyai prinsip-prinsip yang tertentu. Antaranya ialah pengajaran perkembangan kemahiran. Ia merujuk kepada guru menekankan aspek yang penting dalam pengajaran. Sebagai contoh, semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru menulis di papan hitam. Kemudian, guru membulatkan perkara yang penting yang ingin di tekankan. Malah, dalam pendekatan membaca asas juga turut meliputi membaca secara terarah. Ianya terbahagi kepada lima cara, iaitu motivasi, persediaan latarbelakang, menetapkan tujuan, membaca semula secara senyap ataupun lisan secara terarah dan juga tindakan balas dan perluasan.

         
b.    Pendekatan Teknologikal
Pendekatan ini menekankan keupayaan menghasilkan pengajaran berurutan yang dapat dilakukan semula pada masa yang lain. Malah, ia turut menekankan perkara yang dapat dirasai oleh pancaindera serta diberikan bukti kebenarannya. Dalam pendekatan ini juga terdapat beberapa aspek. Antaranya ialah berkenaan dengan objektif tingkah laku. Seterusnya ialah ujian kriteria bagi setiap objektif. Ia menentukan status dan kedudukan individu dengan merujuk kepada domain tingkah laku. Pada masa yang sama, rangsangan yang diberikan hendaklah sesuai dengan setiap objektif yang telah ditetapkan. Selain itu, strategi pengajaran juga perlu digunakan dalam pendekatan teknologikal ini.

Pendekatan Pengalaman Bahasa.
Pendekatan ini merujuk kepada pelajar-pelajar yang mempunyai perbezaan linguistik. Menurut Lewis (1990), pendekatan ini mempunyai kelebihan yang tertentu. Antaranya ialah guru dapat menilai penggunaan sintaksis dan struktur ayat apabila mereka menggunakan bahasa lisan itu sendiri, dapat menggabungkan penulisan dalam mengarang cerita daripada pengalaman individu ataupun kumpulan, dapat mengembangkan perbendaharaan kata dan sintaksis apabila pelajar menulis cerita daripada bahan yang didengari serta hasilnya akan membuatkan kesan yang positif.
         Pendekatan ini melibatkan aktiviti hubungan antara pemikiran, pertuturan, penulisan dan membaca. Dalam konteks ini, guru merangsang pelajar mengenai sesuatu perkara yang diajar. Pada masa yang sama, pelajar hendaklah melahirkan pemikirannya secara lisan berdasarkan huraian situasi, analisis masalah serta beberapa cadangan penyelesaian daripada perkara yang dilihat. Dalam konteks ini, ia menjelaskan bahawa perkara yang di fikir, diucapkan, dan dituliskan sangat bermakna. Hal ini kerana ia secara tidak langsung menunjukkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu perkara. Dalam pendekatan ini, ia juga menjelaskan terhadap bahan dan kandungan yang perlu dilaksanakan oleh guru. Kemudiannya perbendaharaan kata dan pola ayat juga dibina sendiri oleh pelajar. Malah isi kandungan yang dilahirkan adalah merupakan refleksi daripada pengalaman pelajar sendiri dan juga aktiviti yang diucapkan.
           
d.    Pendekatan Membaca Individu
Pendekatan ini lebih menekankan kepada aspek pemeringkatan yang berbeza dalam pembacaan individu. Malah, ia juga menekankan aspek memilih bahan bacaan yang mengaitkannya dengan keperluan, minat dan juga keupayaan seseorang untuk membaca. Pada masa ini, guru perlu membantu cara memilih buku dengan cara penyiringan serta menerangkan kesukaran ketika membacanya. Biasanya guru akan memberi peluang kepada membaca secara meluas serta bebas berdasarkan buku dan majalah pelbagai tajuk.
e.    
Pendekatan Bahasa Bersepadu berdasarkan Falsafah Bahasa Keseluruhan.
Pendekatan seterusnya ialah lebih kepada mencerminkan teori utama yang berasakan bahasa kedua dan membina kekuatan linguistik pelajar. Pada masa ini pelajar membaca bagi keseronokan dan pada masa yang sama mereka mencari maklumat. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa mendapatkan maklumat merupakan matlamat utama pendekatan ini.  Guru sangat diperlukan pada masa ini kerana guru harus membantu pelajar untuk menyelesaikan masalah pelajar. Heges (1991) pengajaran guru yang menggunakan pendekatan ini menggunakan sifat autentik terlalu penting kepada pelajar bahasa yang pertama dan kedua.
f.     
Pendekatan Membaca berasaskan Bahan Kesusasteraan.
Dalam konteks ini, ia menekankan bahan-bahan kesusasteraan yang mungkin dalam bentuk yang paling asas. Malah, melalui pendekatan ini juga boleh membina kebolehan berbahasa, bahan sastera yang digunakan pada peringkat awal membaca. Hal ini kerana ia dapat mendorong pelajar untuk lebih memahami dengan lebih meluas berkenaan dengan aspek bahasa yang terkandung dalam struktur ayat. Membaca menggunakan bahas kesusasteraan juga akan memperlihatkan keindahan bahasa yang wujud dalam bahan itu sehingga pelajar dapat mengetahui dan memahami jalan cerita yang ingin disampaikan itu.
g.    
Pendekatan Pembacaan Lisan
Melalui pendekatan pembacaan lisan, ia boleh dilakukan dengan menggunakan buku kerana ia mempunyai bahasa yang mengulangi sesuatu bahan bacaan. Sebagai contoh, guru membaca teks yang terdapat dalam buku kemudian diikuti oleh pelajar. Malah, mereka boleh berbincang berkenaan cerita yang disampaikan dan membacanya sekali lagi. Dalam konteks ini, ia dilakukan secara berulang-ulang.

h.    Pendekatan Pembacaan Asas
Semasa guru menggunakan pendekatan ini, pelajar perlu memberi perhatian melalui beberapa aspek. Antaranya ialah mengembangkan konsep latar belakang dan perbendaharaan kata sebelum membaca, mahir mengemukakan soalan semasa membaca senyap bagi mengenal pasti dan menghapuskan kekeliruan serta bagi meningkatkan pemahaman pelajar dan penegasan lebih khusus ke atas kemahiran mendengar bahasa berbanding membaca lisan.
i.    
  Pendekatan Mengajar Bacaan Peringkat Awal

Untuk melaksanakan pendekatan ini, terdapat beberapa peringkat asas yang perlu dilaksanakan oleh guru. Antaranya ialah pendekatan Binaan iaitu Kaedah abjad dan kaedah suku kata dan Kaedah fonik . seterusnya Pendekatan Cerakinan iaitu Kaedah perkataan dan Kaedah ayat dan cerita 

TEKNIK KEMAHIRAN MEMBACA


a.    Teknik Membaca KWLH
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut; K (know) Apa yang telah diketahui W (want) Apa yang hendak diketahui, L (learned) Apa yang telah diketahui H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan. Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah diketahui membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui melakukan pembaca mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh.


b.    Teknik Membaca SQ3R
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan suatu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. SQ3R adalah singkatan bagi S (Survey) tinjau, Q (Question) soal/Tanya, R (Read) baca, R (Recite) imbas kembali tau nyatakan secara lisan dan R (Review) baca semula.
Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi. Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu ciri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasnya. Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawaban kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga, setelah selesai membaca pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawaban-jawaban kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga.
c.    Skimming dan Scanning
Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahupun bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perenggan untuk mendapat gambaran umum. Ide-ide khusus sengaja diabaikan. Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bagian-bagian tertentu yang dipikirkan kurang penting. Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama.