MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Friday, October 26

CONTOH-CONTOH PERMAINAN BAHASA


Radio Ajaib
Objektif: Melatih pelajar mendengar dan mengenalpasti.
Bahan: Rakaman suara binatang, fenomena alam, perbualan dan lain-lain.
Cara bermain: Berkumpulan

Langkah:
1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Anda kemudiannya memperdengarkan bunyi dari rakaman anda. (persediaan yang
rapi diperlukan).
3. Anda meminta kumpulan tertentu menjawab / meneka secara bergilir.
4. Kumpulan yang berjaya meneka bunyi yang gagal diteka kumpulan lawan akan
mendapat markah bonus. 

Membentuk Perkataan 
Objektif: Supaya pelajar mahir membentuk perkataan daripada huruf-huruf yang
diberi.
Bahan: Kad yang mengandungi huruf tertentu.
Cara bermain: Berkumpulan

Langkah:
1. Setiap kumpulan pelajar diberi senarai perkataan yang tidak betul susunan ejaannya.
2. Mereka dikehendaki menyusun huruf-huruf yang diberi supaya membentuk
perkataan yang betul ejaannya.
3. Peruntukan masa tertentu untuk setiap soalan yang diberi.
Permainan Teka Lukisan/Lakaran 
Objektif : Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimaginasi dengan baik
Bahan: Kertas dan Pensel
Cara bermain: Kelas/Berkumpulan

Langkah:
1. Pelajar duduk ditempat atau di dalam kumpulan masing-masing.
2. Anda akan melukis sesuatu objek sambil meminta pelajar anda meneka apakah
objek yang sedang anda lukis. Pertanyaan anda perlu dilakukan berdasarkan
peringkat lukisan atau lakaran.
3. Kumpulan yang paling banyak dapat meneka dengan tepat dikira pemenang.
4. Aktiviti melukis ini pula diikuti
oleh wakil kumpulan masing-masing manakala
kumpulan lawan membuat tekaan.

Pemainan Telefon Rosak 
Objektif: Membolehkan pelajar menghafal beberapa ungkapan tertentu dan
menyampaikannya kepada rakan dengan tepat.
Bahan: Kad yang mengandungi ayat tertentu.
Cara bermain: Berkumpulan. 

Langkah:
1. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai
bilangan ahli yang sama.
2. Anda perlu menerangkan apakah langkah-langkah yang perlu diikuti oleh setiap
kumpulan.
3. Ketua kumpulan diberikan sekeping kad yang mengandungi nota atau ayat yang
perlu diingati.
4. Ketua kumpulan tersebut
5. Ketua kumpulan perlu membisikkan ayat yang telah diingatinya itu kepada orang
kedua dan orang kedua pula membisikkan kepada orang ketiga dan seterusnya
kepada orang terakhir.
6. Pelajar terakhir akan menyampaikan maklumat yang didengari melalui bisikan
tersebut.
7. Laporan maklumat kumpulan yang tepat akan dianggap pemenang.

Permainan Kotak Beracun
Objektif: Melatih keberanian pelajar dalam menyebut atau menjawab soalan.
Bahan: Kotak, radio (sumber muzik), lipatan kertas yang mengandungi soalan.
Cara bermain: Kumpulan/Kelas. 

Langkah:
1. Permainan ini boleh melibatkan semua pelajar dalam satu kumpulan.
2. Apabila muzik dimainkan, kotak mula diedarkan. Pelajar akan meyerahkan kotak
tersebut kepada rakan sebelahnya dan begirulah seterusnya.
3. Apabila muzik dihentikan, pelajar yang terakhir yang memegang kotak itu akan
didenda.
4. Pelajar yang didenda, perlu membuka kotak itu dan mengambil lipatan kertas yang
mengandungi soalan (denda), pelajar dikehendaki membaca denda itu dengan kuat.
5. Pelajar yang didenda akan melakonkan / menjawab soalan.
6. Muzik dimulakan semula dan kotak diedarkan semula.
7. Seperti pusingan pertama, apabila mizik diberhentikan, pelajar terakhir yang
memegang kotak itu akan dikenakan denda mengikut arahan yang terdapat pada
lipatan kertas yang terdapat di dalam kotak tersebut.

Permainan Fikir dan Nyatakan
Objektif: Memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir
Bahan: Pen (marker/kapur), papan tulis, beberapa perkataan.
Cara bermain: Kumpulan 

Langkah:
1. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan yang
dibahagikan perlu mempunyai bilangan ahli yang sama.
2. Anda perlu membuat garisan pada papan hitam mengikut bilangan huruf yang
hendak diteka. 

3. Selepas itu, pelajar-pelajar perlu meneka huruf-huruf yang bersesuaian yang perlu
diisi pada ruang kosong tersebut. Kumpulan yang silap meneka akan dikenakan
hukuman dimana guru akan melukis orang lidi satu persatu bermula dengan kepala,
diikuti badan, tangan, dan akhir sekali kaki bagi setiap kesalahan teka yang mereka
lakukan.
4. Kumpulan yang pertama melengkapkan gambarajah orang lidi tersebut dikira tewas. 


Permainan Teka Lakonan
Objektif: Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimiginasi dengan baik
Bahan: Kertas arahan (sampul)
Cara bermain: Kelas/berkumpulan 

Langkah:
1. Pelajar duduk di tempat masing-masing.
2. Anda perlu membuat satu lakonan.
3. Pelajar diminta meneka apa yang dilakonkan oleh anda.
4. Kemudian anda perlu memilih seorang pelajar membuat lakonan berdasarkan
arahan dalam sampul yang dipilih.
5. Pelajar lain diminta meneka lakonan tersebut.
6. Seterusnya anda boleh melakukannya berdasarkan perlawanan kumpulan.
Kumpulan lawan akan meneka lakonan wakil kumpulan lain.
7. Penilaian dilakukan berdasarkan ketepatan meneka.