MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Thursday, November 3

RUKUN, SUNAT DAN MAKRUH SEMASA WUDUK

Rukun Wuduk

Wuduk jadi sempurna, kerana sempurna rukunnya. Rukun wuduk ada enam perkara. (4basah, 2kering)

1) Niat (sunat atau wajib)

2) Membasuh muka. Kawasan muka - panjangnya ialah daripada tempat tumbuh anak rambut hingga ke bawah dagu dan lebarnya ialah daripada anak cuping telinga kiri hingga anak cuping telinga kanan.

3) Membasuh tangan hingga ke siku.

4) Menyapu kepala, memadai menyapu sedikit kepala atau tepi, tetapi tidak memadai pada rambut panjang yang melebihi had kepala.

5) Membasuh dua kaki hingga ke buku lali.

6) Tertib. Tidak boleh didahulukan tangan daripada kepala atau kaki daripada tangan.




Makruh Semasa Wuduk

1) Berwuduk dalam keadaan tidak berpakaian

2) Berwuduk dalam tandas

3) Bercakap-cakap semasa mengambil wuduk

4) Menggunakan air musyammas

5) Menggunakan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk

6) Memulakan membasuh anggota wuduk dengan anggota kiri

7) Meninggalkan sunat wuduk seperti meninggalkan dari membaca Bismillah pada permulaan wuduk.


Sunat Wuduk


1) Membaca Bismillah di awal wuduk

2) Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke pergelangan sewaktu awal wuduk

3) Menggosok gigi

4) Berkumur-kumur dengan air

5) Menyedut air ke dalam hidung menggunakan tangan kanan dan menghembuskannya ke tangan kiri

6) Meratakan air ke dalam janggut (bagi lelaki yang berjanggut tebal)

7) Menggosok-gosok air di celah-celah jari tangan dan kaki

8) Menyapu seluruh rambut di atas kepala atau semua bahagian kepala

9) Menyapu kedua cuping telinga luar dan dalamnya

10) Mengulang-ulangi membasuh semua anggota wuduk tiga kali setiap anggota

11) Memulakan dengan mendahulukan membasuh anggota kanan kemudian kiri

12) Menggosok anggota dengan air menggunakan tangan

13) Berturut-turut teratur mengikut giliran pada membasuh segala anggota (mualat) yakni dahulukan yang dahulu serta kemudiankan yang kemudian

14) Membasuh tangan lebih daripada had siku ke atas sedikit dan lebihkan daripada paras buku lali

15) Menjimatkan penggunaan air ketika berwuduk

16) Menghadap ke kiblat ketika berwuduk

17) Membaca doa wuduk sebaik sahaja selesai berwuduk

18) Solat sunat dua rakaat setelah selesai wuduk.