MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Thursday, September 4

RPH BM Tahun 2 Saya Anak Malaysia ( Bahasa Kita)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA TAHUN 2 EARTH SK LUKUT
Tarikh : 2 September 2014
Masa : 8.40- 9.40 pagi
Tahun : 2 Earth
Bilangan Murid : 28 Orang
Tema : Saya Anak Malaysia
Tajuk Pelajaran : Bahasa kita
Standard Kandungan :
2.3 membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
Standard pembelajaran  :
2.3.1 membaca kuat ayat penyata dengan lancar, sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan berjeda.
Objektif pembelajaran: pada akhir pembelajaran, murid dapat,

i.              Membaca teks “Minggu Bahasa Malaysia” dengan kuat , lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dengan bantuan guru.
ii.            Membaca sekurang-kurangnya tiga ayat penyata dalam teks dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tanpa bantuan guru.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menyertai Minggu Bahasa Malaysia yang dijalankan di sekolah.

Sistem Bahasa : ayat penyata
Kamahiran berfikir : menjana idea, membuat rumusan, mengimbas kembali
Teknik dan strategi : soal-jawab, penerangan, persembahan boneka.
Penerapan nilai-nilai murni : bersyukur, sopan-santun, berdikari, bekerjasama
ABM : boneka, buku teks Bahasa Melayu Tahun 2,  kertas majung dan soalan.

















Langkah & Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan









Set Induksi
( 5 minit )

Persembahan Boneka
Persembahan ini menunjukkan perbualan dua orang sahabat mengenai peranan bahasa Malaysia.

Soalan
i.              Berdasarkan perbualan tadi, berikan satu peranan Bahasa Malaysia.
ii.            Selain bahasa Melayu, apakah bahasa lain yang digunakan oleh masyarakat Malaysia?

Cadangan Jawapan
i.              Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan.
ii.            Bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Kadazan, Iban dan sebagainya.

*      Persembahan boneka disampaikan oleh guru.
*      Murid memerhati persembahan boneka dengan teliti.
*      Murid disoal oleh guru mengenai persembahan yang disampaikan.
*      Murid menjawab soalan yang guru kemukakan.
*      Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran iaitu “Bahasa Kita”


           
ABM
·         Boneka

Kemahiran Berfikir
·         Menjana idea

Pembelajaran Kontekstual
·         Mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman sedia ada.








Langkah 1
( 10 minit )

Teks “ Minggu Bahasa Malaysia”


Soalan
      i.        Teks “Minggu Bahasa Malaysia” menceritakan tentang apa?
    ii.        Siapakah watak yang terlibat dalam teks tersebut?
   iii.        Apakah aktiviti yang diadakan pada Minggu Bahasa Malaysia?
   iv.        Apakah anugerah yang Adam peroleh?


Cadangan jawapan
i.              Teks tersebut menceritakan tentang Minggu Bahasa Malaysia yang diadakan di sekolah Adam.
ii.            Terdapat tiga watak dalam teks tersebut iaitu Adam, Nani dan Rajan.
iii.           Aktiviti yang diadakan ialah pertandingan
iv.           Adam mendapat tempat pertama dalam pertandingan mencipta logo.

*      Murid diminta melihat buku teks Bahasa Melayu Tahun 2 halaman 124 iaitu teks bertajuk  “Minggu Bahasa Malaysia”.
*      Murid diminta membaca teks secara beramai-ramai.
*      Beberapa orang murid dipilih untuk membaca secara individu.
*      Untuk mencungkil pengetahuan murid, murid disoal mengenai “Minggu Bahasa Malaysia”.
*      Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. 

ABM :
·         Buku teks bahasa melayu tahun 2

Nilai Murni
·         Perpaduan
·         Bersyukur
·         Patuh arahan guru

Teknik dan kaedah
·         Bmembaca beramai-ramai
·         Soal-jawab

Kemahiran Berfikir
·         menjana idea


Langkah 2
( 15 minit)




Pengenalan Ayat Penyata
·         Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan.
·         Bertujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal.
·         Dikenali juga sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
·         Contoh ;
i.              Dia wartawan.
ii.            Abdullah sedang tidur.
iii.           Guru mengajar murid.
iv.           Bunga itu wangi.

*      Guru menerangkan makna ayat penyata.
*      Murid diterangkan mengenai contoh-contoh ayat penyata.
*      Guru memilih murid-murid secara rawak untuk memberikan contoh ayat pernyataan.

ABM
·         Kad manila


Teknik dan Strategi
·         Penerangan
·         Soal-jawab

Nilai Murni
·         Memberi tumpuan

Langkah 3
( 10 minit)

Memberi contoh ayat penyata dari teks “Minggu Bahasa Malaysia”

*      Murid dikehendaki mengenalpasti ayat penyata pada teks “Minggu Bahasa Melayu” dan menulis semula ayat pernyataan pada kertas yang guru edarkan.
*      Murid dikehendaki menampal kertas tersebut pada kertas majung.
*      Muri diberikan peneguhan positif daripada guru.

ABM
·         Kertas manila

Nilai Murni
·         Berdikari

Kemahiran Berfikir
·         Mengenalpasti ayat penyata

Pengukuhan
( 15 minit)

Aktiviti Cuba Teka.
·         Wakil kumpulan diminta mencabut ayat daripada kotak dan membaca ayat di hadapan kelas. Ahli kumpulan akan meneka sama ada itu ayat penyata atau bukan.


*      Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
*      Murid diterangkan syarat permainan oleh guru.
*      Guru memberikan peneguhan positif kepada murid.

ABM
·         senarai ayat (ayat Tanya, ayat seru, ayat penyata)

Nilai Murni
·         Bekerjasama

Penutup
(5 Minit)

Penutup Kognitif

Penutup Sosial.

*      Guru bersoal-jawab debgan murid.
*      Murid diminta merumus isi pelajaran dengan teknik soal jawab.
*      Murid diminta mengingatkan semula apa yang telah dipelajari.
*      Guru memberi pujian kepada semua murid kerana melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang.

Kemahiran Berfikir
·         membuat rumusan
·         mengimbas kembali

Nilai Murni
·         Berani mencuba


Wednesday, July 2

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Unsur tradisi adalah sangat penting dalam memastikan perpaduan yang utuh di kalangan rakyat Malaysia. Unsur tradisi ini sebenarnya telah lama wujud dan diserapkan ke dalam Perlembagaan Malaysia. Hal yang demikian, unsur-unsur tradisi ini hendaklah dinilai dan difahami dengan baik bagi memastikan tidak timbul perselisihan faham antara rakyat. Unsur-unsur tradisi yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia terhasil kerana dilihat dari pelbagai aspek yang dikaji berdasarkan sejarah dan sebagainya.
“Terdapat fasal-fasal yang diwarisi sejak zaman penjajahan dan masih dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Unsur-unsur tradisi sebenarnya telah wujud sejak ratusan tahun yang lalu sebelum pembentukan perlembagaan pada tahun 1957. Ia dianggap sebagai satu kontrak sosial yang meliputi 4 aspek termasuklah institusi beraja, agama islam, bahasa melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.”
(Mohd Salleh Abas, 1985).
Keempat-empat unsur tradisi ini adalah sangat penting dalam menjaga hubungan dan hak keistimewaan terutama kepada kaum Melayu. Apakah yang dimaksudkan dengan kontrak sosial? Kontrak sosial adalah satu istilah yang bermaksud persetujuan yang telah dicapai oleh pembesar dari setiap kaum di Malaysia bersama-sama bersetuju untuk menekankan empat unsur tradisi ini semata-mata mencapai kemerdekaan dan mewujudkan satu negara yang harmonis.
            ”Keempat-empat unsur tradisi ini diserap menjadi sebahagian daripada kandungan penting perlembagaan persekutuan. Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957.”
(Mohamed Suffian Hashim, 1987).

3.1 INSTITUSI BERAJA
Pemerintahan beraja menjadi salah satu unsur tradisi yang sangat penting dalam Malaysia. Sepertimana yang kita tahu, Raja-raja memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga dan mengekalkan adat dan sistem pemerintahan tertua negara. Raja adalah berkuasa mutlak dalam apa jua bidang pemerintahan yang terdapat di dalam negeri. Yang Dipertuan Agung adalah Raja yang mempunyai kuasa tertinggi di dalam Malaysia. Setiap bidang pemerintahan, hak mahupun kuasa yang dijalankan di Malaysia hendaklah mendapat perkenan daripada Yang Dipertuan Agung.    
Rentetan sejarah telah membuktikan bahawa pentingnya pemerintahan beraja terutama bagi penduduk berbangsa Melayu. Penjajahan British telah membuktikan bahawa mereka secara halus telah menghilangkan kuasa raja pada ketika itu. Pada masa tersebut, pihak penjajah telah mengutuskan Residen atau pemerintah berbangsa Inggeris dalam mentadbir setiap negeri. Hal ini menyebabkan ketidakadilan berlaku di mana kuasa raja hanyalah terletak pada adat istiadat serta hal agama.

“Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja
boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.”
                                                                                    Perkara 38(2), Perlembagaan Malaysia
            Jika dirujuk pada Perlembagaan Malaysia iaitu pada Bab 2 (Majlis Raja-Raja) menekankan keperluan, kepentingan serta fungsi Majlis raja-raja. Hal ini membuktikan raja masih mempunyai kuasa serta pertimbangan dalam mengutus atau membuat keputusan. Tanpa majlis Raja-Raja sesuatu keputusan boleh dilaksanakan selagi ianya tidak menyentuh kepada keistimewaan atau apa-apa sahaja mengenai Raja-Raja.

3.2 AGAMA ISLAM

Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian
Persekutuan.
                                                Perkara 3 (1), Perlembagaan Malaysia
            Agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Islam telah lama bertapak di Malaysia dan majoriti penduduk di Malaysia adalah Melayu dan memeluk agama islam. Perlembagaan Malaysia telah memberi kelonggaran agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindhu yang dianuti oleh kaum Cina, India dan lain-lain di mana-mana kawasan di Malaysia. Ketua agama islam di Malaysia merupakan Yang Dipertuan Agong dan para pembesar atau Raja di setiap negeri dilantik menjadi ketua agama islam.

                        Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan
agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
                                             Perkara 11, Perlembagaan Malaysia
            Malaysia mempunyai peraturan dalam memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk. Setiap agama hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain supaya tidak menimbulkan rasa tidak puas hati antara penganut.
3.3 BAHASA MELAYU
          
Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah
dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh
Parlimen
                                    Perkara 152, Perlembagaan Malaysia

            Unsur-unsur tradisi termasuklah memperuntukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Memandangkan pelbagai etnik dan kaum yang menetap di Malaysia, Perlembagaan tidak melarang mereka untuk bertutur atau berurusan dalam bahasa lain. Bahasa Melayu adalah berkuatkuasa sebagai bahasa rasmi dalam apa jua urusan rasmi atau urusan surat menyurat antara badan kerajaan.
            Bahasa lain boleh digunakan sekiranya ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan:
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada
menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada
mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak
Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri
untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan
pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

Bahasa lain masih boleh dituturi serta diajari kerana Perlembagaan tidak menghalang atau menyekat mana-mana individu untuk menggunakannya. Dalam erti kata lain, segala apa yang terkandung dalam Perlembagaan adalh untuk menjaga hak Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia.

3.4 KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK
Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

Perkara 153. (1), Perlembagaan Malaysia

“Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama
Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan—
(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau
Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu
atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di
Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di
Persekutuan atau di Singapura; atau

(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian;


            Yang di-Pertuan Agong juga memainkan sebagai penjaga adat resam masyarakat Melayu. Ini menunjukkan bahawa kepentingan Yang di-Pertuan Agong adalah melindungi seluruh kedudukan istimewa orang Melayu di samping masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak. Masyarakat Sabah dan Sarawak termasuklah semua etnik dan bangasa seperti Dayak, Bidayuh, Penan, Melanau, Melayu dan lain-lain.
            Kedudukan istimewa lain turut terdapat dalam Perkara 86 dan 90 di mana memperuntukan Tanah Rizab orang-orang Melayu yang melindungi tanah rizab orang Melayu. Kedua-dua perkara ini termasuklah dalam bidang pemajakan, pertukaran hak milik dan peruntukan khas dan lain-lain.apa-apa peruntukan yang mengehadkan pengambilan masuk tentera ke dalam Rejimen Askar Melayu kepada orang Melayu.
Perkara 8 (5)(f), Perlembagaan Malaysia
            Kemasukan orang Melayu juga dianggap sebagai hak keistimewaan orang Melayu. Hal ini kerana orang Melayu turut layak mempertahan dan menjaga tanah air mereka. Rejimen Askar Melayu ini turut menjaga kepentingan orang Melayu amnnya sepertimana yang berlaku pada peristiwa berdarah 13 Mei. Rejimen Askar Melayu turut ditadbir atau diketuai oleh Yang di-Pertua Agung.

4.0  SUMBANGAN UNSUR-UNSUR TRADISI KE ARAH HUBUNGAN ETNIK YANG HARMONIS.
Pelbagai sumbangan yang telah diperoleh berdasarkan kajian tentang sumbangan unsur-unsur tradisi ini kepada setiap etnik. Pertama, unsur-unsur ini adalah bermatlamat membawa kepada kestabilan ekonomi dan politik. Hal ini kerana sekiranya semua etnik bersatu-padu dalam satu keadaan yang aman dan makmur, pastinya Malaysia bakal menjadi sebuah negara yang mempunyai keutuhan dari sektor ekonomi dan dari segi politik di mana ratanya mempunyai latar belakang berbeza. Unsur-unsur tradisi ini turut membantu dalam menjaga ketuanan terutama kepada masyarakat Melayu amnya. Memandangkan masyarakat Melayu merupakan pemilik asal Malysia ini, mereka seharusnya diberi kelebihan berbanding masyarakat lain yang terkandung di dalamnya.