Saturday, January 22

FONETIK & FONOLOGI BAHASA MELAYU

FONETIK

Kajian mengenai bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia.

Berasal daripada perkataan ‘phone’ yang bermaksud bunyi.

Kajian tertumpuh kepada ‘fon’ atau bunyi bahasa dan bagaimana bahasa  itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.

Sebahagian daripada ilmu linguistik yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang-lambang yang menunjukkan sebutannya.

Terbahagi kepada 3 bahagian;

a).Fonetik artikulasi
Mengkaji car bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia ( bumyi vokal dan konsonan) dengan menggunakan alat tutur, misalnya kedudukan dan pergerakan bibir, lidah, laluan udara dan sebagainya.

b).Fonetik auditori
Mengkaji corak/cara otak memproses bunyi yang diterima melalui  telinga dan cara bunyi-bunyi tersebut diinterprestasikan. Dengan kata lain, bidang ini mangkaji cara telinga manusia bertindak balas terhadap bunyi yang didengar dan cara otak menganalisis bunyi tersebut.

C).fonetik akustik
Mengkaji gelombang bunyi dan cara gelombang tersebut mencapai pendengaran manusia, misalnya bunyi yang kuat, frekuensi dan jarak jauh.

FONOLOGI

Menurut linguistik, fonologi merupakan cabang linguistik yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. 

Bunyi bahasa disusun dalam satu sistem bezaan kemudian dianalisis dari segi fonem dan fitutir distintif atau unit fonologi yang lain.

Bertujuan menunjukkan pola bunyi distingtif dalam sesuatu bahasa.

Kajian tentang sistem bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa, dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan vara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain.

Mengkaji bentuk-bentuk bunyi yang terdapat dala sesuatu bahasa, turut melihat cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan dan dideskripsikan serta mendapat satu cara yang tepat untuk menyebut sesuatu bahasa.

Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu;
a).Diakronik
b).Frosodi

PERBEZAAN FONETIK & FONOLOGI

Fonetik

Kajian tentang bunyi sebagai fenomena dalam dunia fizikal, fisiologi, anatomi, neurologi, dan psikologi manusia yang menghasilkannya
Mengkaji bunyi bahasa iaitu tentang fungsi, perilaku dan organisasi bunyi sebagai item linguistik.

Kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan
Kajian berkaitan dengan hubungan antara butir-butir leksikal dengan butir-butir leksikal lain yang membentuk ayat.

Terbahagi kepada 3 iaitu fonetik akustik, fonetik artikulator, dan fonetik auditori
Kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum. Segala yang berkaitan dengan sistem dalam bahasa iaitu opasangan terkecil, fonotaktik dan sebagainya.

Mengkaji unsur setiap bunyi.

Kajian berkaitan dengan penelitian pola-pola intonasi.

Menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa.

Menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa.


No comments:

Post a Comment